Sekarang ramai dah yang buat road trip ke Thailand. Bagi kawan-kawan yang tak pernah lagi masuk ke Thailand dengan kenderaan sendiri, saya ceritakan sedikit prosedurnya. Harap dapat membantu.

Sila ambil perhatian tips ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya keluar masuk Thailand melalui beberapa sempadan dengan menggunakan kereta, motorsikal mahu pun basikal. Ianya mungkin berbeza dengan orang lain yang pernah melakukan perkara yang sama. Harap maklum.

Langkah 1

cara-bawa-kenderaan-ke-thailand-1

cara-bawa-kenderaan-ke-thailand-2

1. Anda perlu membawa geran asal atau salinan geran di mana ia mestilah di atas nama salah seorang pemegang passport yang akan ikut serta (gambar no 1). Sekiranya ianya bukan di atas nama anda atau atas nama syarikat, surat kuasa membawa kenderaan tersebut hendaklah dibuat.

2. Menggunakan ejen untuk urusan membeli insurans (gambar no 3) di bandar-bandar terdekat dengan sempadan adalah lebih senang. Semasa membuat insurans ini, sila serahkan geran dan passport anda kepada mereka.

3. Ejen akan uruskan sekali kad putih (gambarĀ  no 6) dan borang TM3 (gambar no 4) yang mengandungi senarai penumpang sebanyak 2 salinan.

cara-bawa-kenderaan-ke-thailand-5

Langkah 2

4. Setelah lengkap dokumen seperti di atas diperolehi, bolehlah lanjut ke ICQ Malaysia. Di sebelah Malaysia, anda tak perlu turun dari kenderaan. Teruskan memandu ke bahagian imigresen, serahkan passport anda tanpa kad putih tu.

5. Setelah selesai, teruskan memandu dan sebaik sampai di ICQ sebelah Thailand, park kereta anda ditempat yang disediakan. Penumpang semua harus turun. Semua penumpang termasuk pemegang geran harus selesaikan urusan passport terlebih dahulu

6. Semua nama yang tersenarai dalam borang TM3 (gambar no 4) haruslah berada di lorong yang sama. Kesemua passport bersama borang tersebut harus diserahkan dan pegawai imigresen akan memanggil sorang-sorang mengikut passport untuk diambil gambarnya. Kalau sesetengah ICQ yang kecil, kanak-kanak tidak dipanggil pun.

7. Pastikan borang TM3 tersebut distamp masuk, begitu juga kad putih (gambar no 6) dan passport anda (gambar no 5). Satu salinan TM3 diambil oleh imigresen dan satu lagi haruslah anda simpan utk diserahkan kembali kepada imigresen Thai semasa anda keluar.

Adalah menjadi kebiasaan untuk memberi ‘tips’ sebanyak RM2 kepada pegawai imigresen tersebut. Boleh cuba untuk tidak beri tips selagi tidak diminta.

8. Setelah itu pemegang geran haruslah ke booth Kastam. Di situ, serahkan passport dan geran anda kepada pegawai yang bertugas. Anda akan diberikan permit import sementara (gambar no 2). Sekali lagi, ‘tips’ harus diberi iaitu sebanyak RM10 (atas teguran orang utara, saya dinasihatkan supaya tidak beri apa-apa tips selagi tidak diminta). Semua tips ni tiada resit. Jadi faham-faham saja la ye.

9. Baru saya teringat, kalau naik motor dia minta M5. Kalau tak minta langsung bersyukurlah banyak-banyak. Duit lebih bleh buat shopping!

Yahuuu! Dah selesai dan boleh lah terus ke destinasi yang dituju.

Bila dah selesai, untuk keluar dari Thailand, ikutilah prosedur tersebut.

Baca: 6 Strategi Berjimat Sewaktu Travel Di Bangkok, Thailand

cara-bawa-kenderaan-ke-thailand-6

Langkah 3

9. Sebaik sampai di sempadan, pemegang geran hendaklah menyerahkan semula permit sementara (gambar no 2) di booth kastam. Lain sempadan lain cara. Ada yang serah je (di sempadan Wang Prachan) dan ada yang perlu menandatangani buku (sempada Sadao). Kalau tak pasti tunggulah depan muka pegawai kastam tu sampai dia halau hehehe. Di peringkat ni, tiada ‘tips’ diperlukan

cara-bawa-kenderaan-ke-thailand-3

10. Sekali lagi sepertimana masa masuk, masa keluar nanti, semua nama yang tersenarai dalam TM3 haruslah beratur sekali. Ketua rombongan serahkan borang tersebut untuk dichop keluar. Mereka akan ambil borang tersebut dan kad putih (gambar no 6). Pastikan semua passport ada chop keluar seperti dalam gambar no 7.

11. Jika anda masih menyimpan kad putih, atau tiada chop keluar pada passport anda, anda dianggap masih berada di dalam Thailand. Sekiranya tarikh tempoh menetap di Thailand telah tamat anda akan dianggap sebagai ‘overstay’. Thailand sangat serius dan ketat undang-undang tinggal melebihi tempoh mereka. Denda sangat tinggi dan anda akan menghadapi banyak masalah birokrasi yang melibatkan banyak kos. Ramai yang terlepas pandang dengan prosedur terakhir ni.

Ok, your road trip holiday was done! Prosedur masuk ke lain-lain negara Asean adalah sama. Cuma ada yang memerlukan ejen di sepanjang perjalanan anda seperti Vietnam dan Myanmar. Dan CARNET di Indonesia.

Baca lagi: 17 Tip Travel Ke Krabi, Thailand