1. Patuh pada jadual tidur.

Mic Drop
HYPE
Sterk Production Buat Hal Lagi Dengan Parodi Mantap ‘Mic Drop’ BTS
Baca lagi →

Pergi tidur dan bangun tidur pada waktu yang telah ditetapkan walaupun di hujung minggu. Kaedah ini membantu mengatur masa badan dan boleh membantu anda tertidur dan lena sepanjang malam.

2. Praktik ritual relaks ketika masa tidur.

Bertenang dijadikan satu rutin sebelum tidur adalah dengan mengawal persekitaran tempat tidur seperti menjauhi cahaya terang dan bunyi bising. Ini boleh membantu otak membezakan masa tidur anda dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan keterujaan, tekanan dan debaran yang akan buat anda sukar tidur.

3. Elak tidur sebentar jika ada masalah tidur.

Tidur sebentar di waktu tengah hari membantu mengecas tenaga. Namun, jika anda ada masalah tidur, dicadangkan elakkan tidur sebentar di waktu tengah hari.

4. Bersenam setiap hari.

Bersenam lebih baik berbanding langsung tiada aktiviti. Pastikan senaman tidak dibuat waktu sepatutnya anda tidur.

5. Menilai bilik anda.

Reka persekitaran tempat tidur yang membantu anda untuk tidur. Bilik mestilah sejuk dan bebas daripada sebarang bunyi yang boleh mengganggu tidur anda. Bilik anda juga mestilah bebas daripada cahaya. Anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan langsir, pelindung mata, penyumbat telinga, humidifiers, kipas dan pelbagai alatan yang boleh membantu kondisi tidur anda.

6. Tidur dengan tilam dan bantal yang sedap dan empuk.

Pastikan tilam anda selesa dan menyokong bentuk badan anda. Pilih bantal yang bebas daripada penyebab alergi yang mungkin boleh menganggu anda ketika tidur di waktu malam.

7. Guna cahaya untuk bantu urus rentak circadian.

Rentak circadian ialah perubahan fizikal, mental dan perbuatan berikutan perubahan dalam kitar 24-jam yang bertindak balas dengan cahaya dan kegelapan di dalam sesuatu persekitaran. Elak cahaya terang pada waktu malam dan dedahkan diri anda pada cahaya matahari di waktu pagi akan membantu rentak circadian anda.

8. Elakkan minuman beralkohol, rokok dan makan berat di waktu malam.

Alkohol, rokok dan kafein boleh menganggu tidur. Makan berat/banyak atau makan pedas boleh menyebabkan ketidakselesaan sistem penghadaman yang sekaligus membuatkan anda sukar tidur. Elak makan berat sebelum 2 hingga 3 jam waktu tidur. Anda boleh makan snek ringan 45 minit sebelum tidur jika anda masih lapar.

9. Elak barang elektronik sebelum tidur.

Digalakkan sejam sebelum tidur, anda membaca buku atau melakukan satu aktiviti yang menenangkan. Cahaya daripada alat elektronik seperti laptop akan buat anda sukar tidur. Maka, elakkan sekiranya anda ada masalah sukar tidur.

10. Jika anda masih belum boleh tidur, buat sesuatu hingga anda rasa penat.

Jauhi bilik tidur anda daripada kertas kerja, komputer atau televisyen. Gunakan katil hanya untuk tidur dan seks (bagi pasangan yang telah berkahwin). Jika anda bawa kerja ke katil atau layari internet atau menonton televisyen, ia beri isyarat pada otak bahawa anda masih aktif dan tidak mahu tidur.

11. Jika anda masih belum boleh tidur juga, dengar alunan ayat al-Quran.

Ayat-ayat al-Quran dapat beri ketenangan dan rasa selamat kepada pendengarnya. Maka, sekiranya anda masih belum boleh tidur dan rasa tidak tenang atau fikiran terganggu, digalakkan tidur anda ditemani alunan al-Quran.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group