Musim sejuk menjelma lagi. Ada yang nak ke Norway, Iceland , Sweden dan Scotland untuk menyaksikan fenomena Arora berjoget riang di angkasa raya.

Ada yang nak bermain ski di Swiss, Jepun, Korea. Ada yang nak ke bermain salji di China, Jepun dan Russia malahah ada yang nak berboxing day di UK. Ini adalah antara negara yang biasa dilawati untuk merasai musim sejuk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada musim sejuk, terdapat beberapa perubahan yang berlaku pada organ badan kita untuk menyesuaikan dengan suhu yang sejuk.

Ini ada tip-tip yang boleh anda gunakan untuk kekal sihat semasa travel pada musim sejuk:

1. Tingkatkan kuantiti pengambilan air putih

Pada musim sejuk, kadar metabolism badan akan meningkat untuk menjana lebih tenaga. Ini akan menyebabkan badan mudah terhidrasi dan kekurangan air. Pengambilan air putih secukupnya amatlah digalakkkan untuk mengelak daripada dehidrasi.

2. Tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam makanan

Pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang. Ini adalah kerana pada musim sejuk, kita akan cepat lapar disebabkan peningkatan kadar metabolisma. Contoh buah-buahan yang sesuai adalah seperti buah guava, tomata dan buah- buah citrus.

3. Jangan tinggal sarapan pagi

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi untuk meningkatan kadar metabolisma badan dan memberikan tenaga. Antara sarapan yang bagus adalah seperti sup.

4. Tidur secukupnya

Pada musim sejuk, waktu malam adalah panjang. Jadi pastikan anda mendapat waktu tidur yang cukup. Cuba elakkan daripada pengambilan alkohol, kopi dan juga merokok.

Baca: Travel Bersama Anak Kecil Pada Musim Sejuk, Ini Tips Daripada Saya

5. Kesihatan kulit

Pada musim sejuk, kulit akan cepat kering dan senang mengelupas. Jadi pastikan anda membawa krim-krim yang sepatutnya. Pada musim sejuk juga, alergik terhadap kulit juga meningkat disebabkan beberapa faktor.

6. Tingkatkan imuniti dengan mengambil suplimen

Pada musim sejuk, imuniti badan juga berkurang. Jadi, pengambilan suplimen amatlah digalakkan untuk meningkatan kadar imuniti.

7. Bawa ubat- ubatan travel yang basic secukup rasa

Pada musim sejuk, antara penyakit yang biasa dihadapi adalah selsema disebabkan virus, cold sores, hidung berdarah dan winter bug atau pun simptom-simptom cirit-birit. Pastikan anda membawa bekalan ubat-ubatan yang secukupnya.

9. Immunisasi

Pengambilan vaksin untuk flu (influenza) juga digalakkan terutama untuk golongan yang berusia lebih 65 tahun, wanita mengandung, kanak-kanak, golongan yang mempunyai rendah imun sistem.

10. Bawa hand sanitizer dan basuh tangan secara kerap

Oleh kerana keadaan yang lembab, penyakit seperti batuk senang berjangkit. Jadi pastikan anda membasuh tangan secara kerap dan membawa hand sanitizer.

11. Dapatkan rawatan dengan cepat jika terdapat simptom-simptom penyakit

Jika simptom-simptom penyakit bertambah teruk, pastikan anda mendapat rawatan dengan cepat dan jangan berlengah.

Baca lagi: 7 Langkah Dan Cara Pakai Baju Yang Sesuai Bila Travel Ke Negara Sejuk Melampau