Buat sehabis baik, tak sia-sia segala usaha yang dicurahkan oleh Neelofa dalam drama siri Suri Hati Mr Pilot apabila drama itu mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat drama Melayu sehingga stail fesyen Warda turut menjadi ikutan.

Stail fesyen Warda yang mendapat sentuhan fashion stylist, Abu Shaef Hamza itu telah menawan hati para wanita. Ini menunjukkan Abu Shaef berjaya menjadikan gaya Warda always on point.

Dia menyesuai-padankan pakaian Warda dengan tudung Naelofar Hijab termasuk 3 koleksi terbaru iaitu Warda Collections yang dikeluarkan khas bersempena dengan Suri Hati Mr Pilot.

Saya menemubual Abu Shaef Hamza mengenai fesyen Warda agar anda boleh menggayakannya sendiri mengikut tip-tip yang dikongsikan olehnya.

Siapa Abu Shaef Hamza

Boleh dikatakan Instagram @abushaefhamza pasti menjadi antara tontonan peminat Suri Hati Mr Pilot apabila dia kerap memuatnaik Insta Stories yang menarik berkaitan drama ini.

Abu Shaef bin Abu Hamza, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur ini telah berada dalam industri fesyen hiburan selama 6 tahun. Abu buat fashion stylist 4 tahun, dan 2 tahun in-production.

Lebih menarik, Abu memiliki diploma pengurusan multimedia. Dengan minat yang tinggi dalam fesyen, Abu menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk mendalami bidang ini.

Tip Bagaimana Bergaya Menawan Seperti Warda

1. Gaya Preppy Looks

Idea awal untuk Warda ialah moden, preppy looks, dan tak ada pakai t-shirt saja. Ia mesti tak simple dan mesti pakaian double layer (preppy).

Preppy looks itu maksudnya adalah seseorang pakai double layer. Contoh, t-shirt pakai bersama cardigan, t-shirt pakai bersama jaket, t-shirt pakai bersama blazer. Ia bukan satu layer pakaian sahaja.

Gaya preppy ini akan menonjolkan aura gaya hidup tertentu yang istimewa. Ia mempersembahkan diri seseorang dengan cara yang betul boleh menjadi kunci pada gaya preppy yang dimahukan.

Ia semestinya hadir dengan gaya bersopan santun dan anggun dalam persekitaran sosial dan melakukan hobi yang akan menunjukkan sifat preppy anda.

2. Warna Pakaian

Dalam drama siri Suri Hati Mr Pilot ini, Abu banyak menggunakan warna-warna yang sweet seperti pastel kerana warna ini tengah menjadi trend semasa.

Warna pastel ini akan membangkitkan rasa romantik, sweet dan lembut pada si pemakai. Ia juga memberi aura elegance untuk mood cinta dan romantis sehingga wujud rasa istimewa.

Selain itu, gabungan warna pastel dengan warna lain akan menyebabkan ia kelihatan menonjol tetapi tidak menguasai sepenuhnya.

Warna pastel juga sesuai digabungkan dengan aksesori yang berbeza warna dan tekstur sekiranya pakai 1 ton warna.

3. Ton Warna Pakaian

Abu menyatakan seseorang perlu 1 tonkan warna pakaian yang dipakai. Contohnya, baju, seluar dan tudung menggunakan warna yang lebih kurang sama.

Jangan pula tetiba tudung hijau, baju merah, seluar merah cair, tak boleh. Kalau merah, merah dari atas, kan cantik one tone gitu. One suit one suit kan.

Ia akan kelihatan cantik dari tudung turun ke baju, baju turun ke seluar. Maka, perlu pandai menyesuai-padankan ton warna agar tak jadi cacamerba.

4. Mekap

Muka yang segar selalu kelihatan bergaya. Jadi, natural looks adalah sesuai untuk membuatkan anda kelihatan sempurna. Pilih warna yang paling hampir dengan warna kulit anda.

Usually Abu akan bincang dengan make up artist untuk ikut nude-nude colour. Jangan ikut yang eye-eye shadow terang-terang tidak. Guna pastel colour saja bagi nampak natural looks.

Menurut Abu, mekap yang digunakan untuk cerita ini tak banyak kali tukar pun. Kalau dekat rumah guna gaya mekap yang sama. Kalau di luar guna gaya mekap yang sama juga.

5. Suai-Padan Pakaian

Pandangan Abu berkenaan ini:

OK bagi Abu nowdays can be contra, can be disuaipadankan. Sedondonkan sebenarnya tengah on, tengah in sekarang ni, tapi depends on baju.

Kalau kita rasa baju tu dah cacamerba, tudung tu kita kena lembutkan. Kalau baju terang, kita lembutkan dengan tudung, Kalau tudung terang, kita lembutkan dengan baju dan seluar.

Kita kena balance benda tu (supaya) jangan semua terang. Terang di bawah, kita kena lembutkan di atas. Kalau terang di atas, kita lembutkan di bawah.

6. Tahu Fasa Kehidupan Diri

Ambil contoh daripada perwatakan Warda, pakaiannya berubah ikut umur dan status dalam kehidupannya.

Abu: Episod 1 sampai episod 3 Warda sebelum balik ke rumah famili, dia berpakaian seperti biasa. Dia tak pakai beg-beg brand, beg-beg Chanel apa semua, tak pakai baju-baju yang zass zass (gempak).

Episod 3 ke atas, baru fasa hidup tu berubah dan menjadi cantik dan cantik sampai habis. Jadi, anda perlu tahu dimanakah fasa anda berada sekarang dan guna fesyen yang sesuai dengan diri dan kehidupan anda.

7. Aurat

Abu: Cabaran bagi orang bertudung adalah kita kena alert dengan part-part yang kita kena tutup aurat. Itu kita kena jaga. Itu cabaran dia. Sometimes kita terlepas pandang, itu cabaran bagi Abu.

8. Styling Kits

6 benda yang sangat penting sebagai styling kit untuk drama ini bagi Abu ialah pin tudung, iron steam, iron board khas untuk tudung, cermin khas untuk Neelofa, wet tissue and hair dryer untuk keringkan peluh atau baju basah.

9. Kasut

Neelofa yang memegang watak Warda menggunakan kasut sendiri sepanjang di dalam set Suri Hati Mr Pilot. Dia menggunakan kasut yang selalu dipakainya dalam program Meletop iaitu jenama Zanotti, rekaan pereka kasut dari Itali, Giuseppe Zanotti.

10. Aksesori

https://www.instagram.com/p/BLLg57IFLEs/

Aksesori semua dapat dari Swarovski.

11. Tahu Kelemahan Diri

https://www.instagram.com/p/BLFdYc0hezA/

Abu: Basic rules yang perlu ada kalau pakai macam Warda adalah kena tahu kita tinggi ke rendah ke. Kalau kita rendah, kita mungkin boleh labuhkan dan pakai palazo nowdays.

So boleh panjangkan cover kaki kita ini dengan kaki-kaki sekali. So pakai kasut dah nampak lebih panjang (sebab) palazo kan sampai ke pusat macam tu (jadi nampak tinggi).

So kita kena tahu kelemahan diri kita yang mana patut kita cover, macam mana nak panjangkan kaki, nak nampak lebih tinggi. Itu semua kita kena tahu.

Kita kena try trend. Then kita tahu apa fesyen yang ngam (sesuai) dengan kita sebab setiap tahun fesyen akan berubah, kita akan ikut peredaran fesyen.

Pengalaman Abu Dengan Set Suri Hati Mr Pilot

Apa yang Abu paling suka dalam Suri Hati Mr Pilot ialah commitment semua orang terhadap kerja itu dan vibes iaitu positive vibes dan semua orang tahu buat kerja masing-masing.

Apa yang Abu suka tentang gaya Warda pula ialah kalau Abu perempuan Abu nak pakai macam tu.

Faktor-faktor yang dipertimbangkan semasa Abu menggayakan Warda adalah every scene kena tengok background, kita kena tengok surrounding, kita kena tengok location and kena baca skrip.

Kalau scene itu yang sweet kita kena bagi colour yang sweet. Kita kena jaga kontra colour diorang, tone colour scene tu kena jaga.

Kalau langsir belakang gelap, kita kena bagi baju warna terang. Kalau selimut warna gelap, depends on background, surrounding, skrip dan keadaan.

Tentang komunikasi pula, ia sangat-sangat penting. Setiap malam habis shooting dan setiap pagi, sebelum semua scene dijalankan sangat penting communication.

Abu dengan semua artis akan check ada ke tak mereka setuju untuk pakai atau tidak if selesa untuk pakai. Sebab keselesaan adalah benda utama, itu first.

Second adalah cantik untuk shooting sebab shooting pergerakan dia banyak, berbeza dengan photoshoot.

Communication Abu dengan Lofa pula adalah setiap pagi atau setiap malam Abu mesti berbincang dengan dia. Baju ini untuk scene ini, baju ini untuk scene ini.

Pagi-pagi Abu akan siapkan semua tu dan Neelofa akan datang dan check. Lepas tu kalau this baju OK, then kita bincang tudung ini why not kita tukar kepada ini, why not kita tukar kepada colour ini.

Perbincangan dengan Neelofa sangat seronok sebab dia suka share idea dan dia memberi dan membantu. So, kita communicate, borak, bincang every single baju kita akan bincang.

Every scene we will talk about the baju, what should wear and what shouldn’t untuk setiap scene.

Signature Abu Shaef Hamza Dalam Fesyen Artis

My signature looks is I’m going to pastel colour and preppy looks. Kalau awak tengok cerita Isteri VS Tunang, drama Maid, Isteri Separuh Masa pun Abu masih still guna preppy preppy looks tu.

Abu tidak bagi sehelai jer macam tu, no. It must be double layer kalau tengok cerita-cerita yang Abu buat. That’s one is my signature, I’m always do preppy looks. Must preppy looks.

Tidak yang simple-simple dan Abu lebih suka kita berfesyen walaupun di rumah, walaupun di mana-mana. Sebab is too boring to wear boring cloths.

Abu tak setuju tentang pendapat orang tentang baju Warda bercorak sebab Abu tak pernah, tak suka baju gambar. Abu tidak suka baju bercorak sangat pun.

I never-never like baju-baju yang bertulis, bercorak, bergambar. Bunga boleh terimalah tapi 1 scene jer. Abu bagi pun sebab baju tu cantik. Is it not sebab feminin ke tidak.

By the way, kalau baju bercorak, bergambar ia akan kacau scene tu, ia akan kacau framing, kacau semua benda.

Sebelum mengakhiri temubual ini, saya bertanya kepadanya definisi feminin. Bagi Abu, cara percakapan, cara first impression very important untuk seseorang itu feminin ke tidak.

First perbualan orang itu dengan kita sebab bagi Abu itu ciri yang feminin kalau dia pandai. Second one is your looks lah, pemakaian you.

Terima kasih Abu Shaef Hamza kerana sudi ditemubual oleh saya untuk Vocket! All the best for upcoming project, Urusan Hati Cik Drama Queen.