Nota Editor: 11 tip ini telah dikongsikan di laman web mysuperkids.net. Kmai kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat membantu anda berjimat sebelum travel.

Hari ni kita take one step ahead dengan cara-cara nak cari tambang kapal terbang murah-murah pulak. Kot ada yang teringin ke London, kita godek-godek dulu. Mana la tahu dapat best deal, terus angkat!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Gunakan Kayak Explore

Tool yang sangat best untuk berangan. Layari www.kayak.com/explore

Mana tak berangannya bila tengok world map dengan possible tambang nak pergi sana.

kayak

Dan yang bestnya kita boleh main-main select nak gi time summer ke winter ke, bebile ke.

2. Naik kapal terbang yang berbeza

Jangan tengok satu airlines je. Survey macam-macam airlines yang ada offer route yang kita nak pegi tu.

tiket-travel

Misalnya pegi naik MAS, balik naik Air Asia. Survey, OK. Kadang-kadang naik kapal terbang yang berbeza ni lebih berbaloi.

3. Guna fungsi Multi-city

Satu lagi boleh guna fungsi multi-city dengan airlines yang sama. Contohnya kita pegi Australia turun di Sydney, dan balik dari Adelaide. Tapi multi-city ni kena guna function “Multi-city” yang dalam website masa booking tu tau. Jangan beli asing-asing, mahal sesangat!

Contoh boleh rujuk pada gambar di bawah.

Pilihan multi-city di web Air Asia

multicity-1

Ini pula pilihan multi-city MAS

multicity-2Pilihan multi-city Singapore Airlines

multicity-3

4. Book tiket sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal

Kalau nak tiket murah, mesti booking awal-awal. Seberapa awal?

early-bird

Sekurang-kurangnya 2 bulan atau 6 minggu sebelum tarikh nak terbang. Siap ada kajian yang dibuat pasal benda ni. Harga tiket yang dibeli sebelum tempoh 2 bulan terakhir tu biasanya lebih murah dari biasa.

5. Ambil connecting flight (transit)

Untuk perjalanan jauh, penerbangan terus biasanya lebih mahal dari transit. Misalnya tiket kelas ekonomi ke London kalau direct flight dengan British Airways, one way boleh dapat dalam RM2,200 paling murah (harga premium ekonomi dalam RM5,000).

Vietnamairline

Tapi kalau naik Vietnam Airlines transit di Ho Chi Minh boleh dapat dalam RM1,200 je. Kan ke jimat RM1,000 tu!

6. Survey harga di macam-macam website

travel-apps

Jangan rely pada satu website je. Tadi dah berangan dengan Kayak Explore, then mesti compare dengan site lain-lain seperti Sky Scanner, Expedia, Travelocity, Orbitz, Airfarewatchdog, Cheaptickets, etc.

7. Survey juga di website airlines

Jangan lupa untuk buat comparison dengan website asal airlines pilihan kita tu. Kadang-kadang diorang ni buat offer eksklusif hanya di website dia je.

8. Daftar sebagai member/frequent flyers

Jangan terbang begitu saja tanpa daftar sebagai frequent flyers. Setiap miles adalah dikira tau. Setiap kali travel, kumpul points & nanti boleh redeem balik. Mana tahu dapat tiket free!

malaysia-airlines-enrich-award-sale

Kalau dapat silver/gold card contohnya Enrich ni, boleh check in di kaunter Business Class, priority baggage, & pemegang gold card boleh masuk MAS Golden Lounge walaupun kita naik ekonomi.

9. Guna kad kredit yang ada link dengan airlines atau yang boleh redeem airlines points

Bab nak guna kad kredit ni ada teknik dia. Kalau tak reti teknik dia ni, alamat boleh bangkrap. Tahu tak ramai rakyat Malaysia yang bangkrap sebab hutang kad kredit?

cimb enrich gold mastercard

Kalau nak guna kad kredit, guna yang tie dengan airlines points, misalnya CIMB Enrich Gold, boleh dapat 2 kali Enrich points tiap kali buat pembelian.

Lepas tu, point-point mata ganjaran segala yang lelain tu convert ke Enrich point. Tak ke best tu. Travel free!

10. Terbang pada waktu tak masuk akal

early-flight

Harga tiket pada waktu-waktu tak masuk akal, misalnya pagi sangat, tengah malam sangat biasanya lebih murah dari waktu-waktu lain. Kami pun selalu fly ambik flight jam 2-3 pagi, jam 5 pagi.

11. Follow Twitter & FaceBook

Social media on smartphone

Kadang-kadang airlines ni suka announce sebarang offer kepada followers mereka di media sosial. Jadi sila follow lah ye Twitter, FB, IG, subscribe newsletter mereka tu.

Amacam? Berguna tak tips-tips ni? Kalau berguna kongsi-kongsikan dengan kawan-kawan. Mudah-mudahan boleh bantu mereka yang sedang cari pasal nak habiskan cuti!

BACA: 9 App Percuma Ini Boleh Bantu Anda Travel Dengan Lebih Mudah. Ramai Tak Tahu #6

BACA juga: Nah, Ini Tips Dapatkan Harga Diskaun Untuk Tiket Kapal Terbang. Mungkin Juga Dapat Tiket FREE!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram