Nota Editor: 11 tip ini telah dikongsikan oleh Faiz Najmi yang telah mengembara ke Kashmir. Sebagaimana ramai yang telah tahu, Kashmir memiliki kecantikan alam yang unik dan menarik, ditambah pula dengan kawasan pergunungannya yang dikatakan sebagai bumbung dunia. Semoga tip ini dapat membantu anda yang ingin mengunjungi Kashmir satu hari nanti.

faiz-2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

I have done single-handed cart wheel at 4000 meters above sea level at Kashmiri Himalayas. Have you done this before?

Many asked me about Kashmir. It is certainly not a place for shopping, it is a place to appreciate cultures, colors, people, natures. Please come to Kashmir while you are still young, it is NOT expensive.

Why young? The physiological compensation mechanism of high altitude is better in younger people compared to older ones with heart problems for example. You will breathe rapidly and your heart beats 20-30% more than your usual resting heart rate. Bumbung dunia kot!

Ladakh Kashmir is awesome for those who are looking for adventure, culture and nature on top of the “Roof of the World” (Bumbung Dunia). Saya nak kongsikan 11 tip untuk mereka yang plan nak ke sini.

faiz-3

1. Perjalanannya mencabar, tak sesuai untuk kanak-kanak atau warga emas ikut, mereka akan kerap dapat motion sickness. Naik turun gunung, selekoh merbahaya, jarang tidak rata, gaung curam dan menggerunkan.

2. Boleh jadi tempat honeymoon yang menarik jika pasangan anda sehati-sejiwa dengan anda. Pemandangannya sangat indah dan romantik guling-guling hindustan pun boleh.

kashmir-1

3. Perlu ketahanan fizikal yang kuat: susah bernafas setelah 3000m. Bak kata pepatah, NYHA 1 pun boleh jadi NYHA 3-4 atas gunung (orang perubatan paham kot).

4. Sanggup makan vegetarian seminggu. Mungkin boleh dapat ayam halal sikit tapi kena tahan mual. Susah cari ikan atau seafood kat sini.

Baca: Mengembara Ke Sri Lanka, Lelaki Ini Jatuh Cinta Dengan Negara Mundur Ini

faiz-5

5. Kena ada life dan travel insurans. Dengan perjalanan bahaya yang penuh ketidak pastian, pastikan ada travel insuran dan jangan susahkan hati orang tersayang di rumah.

Kami mengalami kelewatan bagasi selama 3-4 hari di Kashmir. Terasa annoying jugalah, namun sebab ada travel insurance, kuranglah kerisauan perjalanan.

kashmir-2

6. Ambil travel agent tak mahal kalau dalam kumpulan dan masa travel yang singkat dan terhad. Mereka uruskan apa yang patut seperti permit masuk tempat yang sangat menarik, pendaftaran dengan pihak authoriti, cari hotel yang sesuai, dan tempat makan yang sesuai.

kashmir-4

7. Bawa stok ubat demam (awak akan demam), ubat tahan muntah (tahan motion sickness), lip balm (bibir akan kering), vitamin C chewable atau multivit (makanan di Kashmir kurang seimbang). Untuk ubat mountain sickness (diamox) lebih senang dapat di Kashmir dari Malaysia.

8. Bawa kamera yang baik! Anda akan ambil beribu-ribu gambar. Siapa nak kejar milky way, bawa DSLR atau sewaktu dengannya.

kashmir-3

Rumah atas bukit di Kashmir

9. Cuba cara hidup nomad satu atau dua malam. Anda akan bersyukur dengan apa yang anda ada di Malaysia seperti sumber air yg baik, tandas yang indah, bilik tidur yang selesa, wifi dan sebagainya.

10. Hormat budaya dan agama orang. Menarik sebenarnya memerhati cara kehidupan mereka, lantas membuatkan kita rasa bersyukur ada nikmat iman dan Islam yang kita ada.

kashmir-6

11. Guna travel agent jika tempoh pergembaraan anda singkat. Kasmir sebuah daerah yang besar. Menggunakan travel agent bukan saja menjimatkan masa tapi mereka boleh uruskan perkara penting seperti pengangkutan dan kenderaan terutama sewaktu merentasi gunung dengan laluan berbahaya.

Baca lagi: 23 Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi. #10 Dan #13 Paling Terbaru!


LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram