Anda hadapi banjir buat pertama kali?

Ini maklumat penting sebagai persediaan untuk menghadapi dugaan banjir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kenalpasti kawasan yang berisiko dilanda banjir di kawasan anda.

2. Semak polisi insurans anda, sama ada ia akan cover kerugian akibat bencana banjir.

3. Selamatkan dokumen penting seperti surat beranak, passsport, geran tanah, polisi insuran, surat cinta dulu-dulu atau lain-lain dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.

4. Sediakan kit persediaan banjir seperti kad pengenalan, bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan bantal busuk kegemaran anak anda (ia membantu dia bertenang).

5. Kenalpasti kawasan selemat jika diarahkan berpindah dari kediaman anda. Maklumat bencana terkini boleh diakses di sini : Portal Bencana Majlis Keselamatan Negara

6. Kurangkan kadar kerosakan harta benda dengan pindahkan ke tempat tinggi di dalam rumah seperti di loteng atau atas almari.

7. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini amaran banjir. Banjir boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam malahan dalam beberapa minit juga tidak mustahil.

8. Apabila amaran banjir dikeluarkan, segera alihkan perabot ke tempat lebih tinggi di rumah anda.

9. Dengar radio tempatan dan tonton siaran televisyen untuk mendapatkan maklumat apabila amaran banjir telah dikeluarkan. Kamera pengawasan real time banjir boleh dilihat di sini : Info Banjir

10. Elakkan berjalan kaki di kawasan air banjir melimpah. Anda tak akan tahu apa yang ada di bawah air.

11. Jika enjin kereta anda mati semasa meranduk air banjir, tinggalkan kereta dengan segera. Ia mungkin hanyut dibawa arus kuat dan ia sangat berbahaya.

Kami di The Vocket sentiasa mendoakan pembaca kami selamat dan turut bersimpati dengan dugaan yang sedang anda hadapi.

Sumber : Wikihow, MKN, Water.gov.my

Like page The Vocket di Facebook