Assalamualaikum sahabat.

Ira tengok ramai sekarang berminat dengan barangan Ikea. Sekarang ni dah ada personal shopper. Lagi la senang nak beli barang-barang Ikea.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi Ira just nak share tips untuk beli perabot kat Ikea mengikut pengalaman ira sebelum-sebelum ni.

1. Pelan

Lukis pelan rumah pada kertas. Kemudian ukur setiap keluasan bilik / ruang. Lukiskan kedudukan tingkap, pintu, ketinggian tingkap, jarak tingkap dari lantai. Keluasan dinding jika dibuka pintu dan sebagainya. Termasuk kedudukan suis. Tulis ukuran tersebut kat pelan tadi.

2. Tema

Tetapkan theme decoration masing-masing. Kalau Ira, Ira suka Scandinavian style and minimalist style. Sahabat boleh tengok dalam majalah atau dalam pinterest untuk rujukan. Kalau boleh print gambar bilik yang kita berkenan tu, lebih baik.

3. Buat mood board

Buat mood board mengikut theme decoration masing-masing. Mood board tu macam di bawh. Tetapkan warna dinding, warna perabot dan hiasan dalaman. Kalau ada harga setiap barang, lebih baik.

Tuliskan di bawah gambar. Jika perabot tu dari Ikea, boleh ambil gambar dari katalog, Ira gunting katalog Ikea tu. Tampal dalam buku mood board my house.

Baca: Lelaki Ini Dedahkan Hiasan Dalaman Rumah Sewanya. Memang Cantik

mood-board-ikea-1

4. Susun atur perabot

Tetapkan susun atur perabot. Lukis atas kertas.Buatlah 2 atau 3 pelan susun atur. Lepas tu pilih la susun atur yang paling terbaik dengan kehendak hati masing-masing.

5. Bawa mood board ke Ikea

Bila dah ada mood board tadi, bolehlah pergi ke Ikea dengan bawa mood board tadi. Bawa tali tape sekali. Pen dengan kertas pun bawa juga. Senang kita nak lukis atau bincang dengan partner nanti.

6. Beli perabot yang ada di mood board sahaja

Beli perabot yang ada dalam mood board itu sahaja. Ira nasihatkan beli perabot ikut kualiti, fungsi, kepuasan hati dan juga sesuai dengan kewangan kita. Jangan beli perabot sebab nampak cantik kat bilik pameran Ikea.

Sebab kemungkinan perabot yang baru kita berkenan tu tak sesuai dengan theme decoration kita.

7. Beli sikit-sikit

Beli skit-sikit. Biarlah lambat dapat penuhkan rumah, tapi biar decoration yang bakal kita hasilkan puas hati dan sama macam dalam mood board kita tadi. Jangan beli sekaligus.

Kalau tak, rasa terbeban. Beli mana yang penting dulu. Jika beli perabot yang ‘sekadar ada’, pembaziran akan berlaku. Sebab perabot ni kita tak tukar setiap tahun melainkan orang tu memang dah kaya raya.

Memang waktu tu, duit kita tak cukup, baru kerja, baru kahwin, baru ada anak, semua pakai duit.

Ye. Ira tahu. Tapi kena ingat, gaji kita makin lama, makin banyak. Kalu kita beli perabot ‘sekadar ada’ sahaja, bila kita dah ada gaji banyak skit, kita akan rasa, nak tukar perabot baru sebab masa tu kewangan kita makin baik.

So barang lama kita tu macam mana? Nak jual? Belum tentu ada orang nak. Besar, susah orang nak ambil dan sebagainya. Jadi, beli perabot yang benar-benar macam decoration rumah impian kita. Macam Ira, bertahun juga baru dapat penuhkan rumah ni.

dekorasi-rumah-1

8. Beli screw driver electric.

Screw macam ni memudahkan kita pasang perabot Ikea. Ira dari mula sebelum kawan lagi, dah mula beli alat-alat tools ni, sebab mudah nak buat kerja nanti. Nak pasang sorang-sorang pun tak ada nak menyusahkan orang.

9. Jadi Family Ikea

Daftar kat komputer yang disediakan oleh Ikea. Ada kat dalam Ikea tu. Free je daftar. Isi maklumat yang diperlukan macam yang diminta. Nanti Ikea bagi kad sementara (kertas) yang akan keluar kat mesin komputer tu. Nanti Ikea akan hantar kad yang baru pada kita di rumah.

10. Redeem voucher

Bila dah jadi Ikea Family, beri kepada cashier Ikea setiap kali bayar. Nanti dapat point. Point yang terkumpul boleh ditukar kepada voucher. RM1 = 1 point. Memang berbaloi-baloi tau.

11. Return barangan

Yang bestnya Ikea ni, barang yang kita beli, kalu tiba-tiba kita rasa mcm menyesal pulak beli, kita boleh return semula barang tersebut kat Ikea.

Pergi je kat service counter. Bagi resit belian dan barang, nanti dia bagi duit kita semula. Senang kan? Return barang ni tak termasuk barang ‘as is’ ye. Barang ‘as is’ tak boleh tukar dah.

TQ semua sebab sudi baca. Apa yang baik, boleh digunakan, mana yang tak sesuai, sila abaikan. Peace yo.

Baca lagi: Idea Kreatif Dekorasi Ruang Tamu Kecil Di Rumah Kuarters