Sebelum ini, China telah menutup Everest base camp buat para pelancong berikutan lambakan sampah di sana. Baru-baru ini, krew dari Nepal telah membawa turun empat mayat beserta dengan 11,000 kilogram (kg) sampah dari puncak gunung Everest.

Malah, pembersihan sampah-sampah dan mayat tersebut dilakukan sejak dua bulan yang lalu. Untuk pengetahuan anda, pendakian ke puncak gunung Everest boleh dilakukan dari China dan Nepal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pasukan pembersihan terdiri daripada 20 orang dan sampah yang dibawa turun adalah seperti cebisan khemah, botol oksigen, tin dan pembungkus plastik. Walau bagaimanapun, identiti empat mayat yang dijumpai masih belum diketahui identiti mereka.

Pembersihan gunung Everest amat sukar kerana cuaca, aksesibiliti, dan bahaya tekanan pada ketinggian menjadikan ianya sukar untuk membersihkan sampah yang tertinggal di sana. Semoga usaha yang dilakukan oleh mereka ini akan berjalan lancar dan gunung Everest kembali bebas sampah.