Clash of Clans merupakan antara aplikasi permainan paling popular yang mempunyai jutaan pemain tegar daripada seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Penangan fenomena Clash of Clans (COC) ini sangat luar biasa. Anda sendiri pasti pernah berhadapan dengan situasi rakan yang terlalu fokus terhadap COC seolah-olah anda tiada di situ.

Tetapi situasi di bawah ini lebih dahsyat daripada apa yang anda rasakan. Di sini kami kongsikan 12 gambar aksi paling gila dilakukan oleh pemain Clash of Clans. Kami berharap sangat anda tidak meniru aksi-aksi mereka ini.

10

1. Main Clash of Clans ketika sedang makan malam

Mungkin kedengaran seperti normal, tetapi yang kami maksudkan ialah ketika makan malam penting contohnya seperti bersama pasangan anda dan juga makan malam bersama orang-orang besar. Anda pasti tidak mahu merosakkan mood yang ada.

1

2. Hilang fokus semasa memandu kerana bermain Clash of Clans

Jangan sesekali mahu mencuba kerja gila ini kerana semasa memandu kita perlu fokus sepenuhnya terhadap pemanduan. Jika tidak, banyak perkara buruk yang boleh berlaku jadi.

2

3. Layan Clash of Clans semasa melakukan pembedahan

Oh kami tidak dapat bayangkan apa yang berlaku kepada pesakit yang sedang menjalani pembedahan tersebut apabila salah seorang krew pembedahan terlalu asyik bermain COC.

3

4. Melakukan eskperimen dan bermain Clash of Clans serentak!

Sesuatu penyelidikan perlukan perhatian penuh terutamanya jika ianya melibatkan sesuatu yang besar seperti pencarian penawar kepada penyakit HIV/AIDS. Seandainya ini yang berlaku, maka semua penyelidikan akan berakhir sia-sia.

4

5. Bermain Clash of Clans semasa trafik sesak

Mungkin niat anda cuma mahu menghilangkan bosan menunggu aliran trafik kembali pulih, tetapi bermain COC pada waktu ini boleh mengundang kecelakaan kepada anda sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.

5

6. Menunggu giliran melakukan tugas dengan kemaskini Clash of Clans

Ketika bekerja seeloknya anda fokus pada kerja yang dilakukan lebih-lebih lagi jika tugas anda melibatnya nyawa manusia. Jangan kerana takut kampung anda diserang, orang lain kehilangan nyawa pula.

6

7. Main Clash of Clans semasa sedang mengendalikan pesawat

Kalau anda mengendalikan pesawat komersil, anda memperjudikan nyawa krew dan penumpang pesawat anda manakala jika anda seorang juruterbang pesawat tentera anda memperjudikan nyawa kesemua rakyat Malaysia. Jadi buatlah keputusan terbaik.

7

8. Main Clash of Clans semasa hari perkahwinan

Kami tidak pasti apa yang akan berlaku kepada anda jika anda melakukan perkara ini, tetapi kami rasa di hari bahagia apa salahnya berpuasa daripada main COC buat sementara waktu.

8

9. Layan Clash of Clans semasa sedang lemas

Kami rasa perkara yang paling utama pada waktu-waktu begini adalah meminta tolong dan cuba sedaya upaya mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Bila dah selamat nanti bolehlah sambung main COC macam biasa.

9

10. Semasa mahu melahirkan anak dikandungan

Saat melahirkan anak adalah satu perjuangan besar bagi seorang ibu jadi kami tidak rasa bermain Clash of Clans pada ketika ini adalah satu perbuatan yang wajar.

11

11. Serang kampung lain ketika sedang memasak

Ya, kami tahu masa yang berbaki untuk berperang sudah suntuk tapi bukankah lebih elok kalau anda tumpukan perhatian terhadap masakan terlebih dahulu. Barulah masakan anda sempurna, cukup garam dan gulanya.

12

12. Bermain Clash of Clans semasa dalam kelas

Kami rasa mungkin anda juga pernah lakukan perkara ini. Betul tak? Mungkin guru anda tidak perasan akan perbuatan tersebut tetapi sebagai seorang pelajar kita perlu menjaga adab semasa belajar agar mendapat keberkatan guru seterusnya menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

COC

Penafian: Gambar-gambar ini semua diambil daripada Facebook Clash of Clans, yang dikongsikan oleh pemain COC dari seluruh dunia untuk tujuan hiburan semata-mata. Artikel yang ditulis tidak berkaitan sama sekali dengan gambar yang ada tetapi mesej yang disampaikan adalah ikhlas buat semua.

Jangan lupa Like kami di Facebook The Vocket.