Skrin besar di pawagam pada tahun 2015 ini tidak kurang meriahnya dengan filem-filem hasil kerja anak Malaysia. Berikut kami kongsikan filem-filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, termasuk beberapa filem yang mungkin anda nak tonton pada tahun ini tetapi ia masih menunggu tarikh tayangan.

Villa Nabilla

Tarikh Tayangan: 15 Januari 2015
Pengarah: Syafiq Yusof
Pelakon: Pekin, Tisha Shamsir
Genre: Seram

Filem ini disampaikan dalam bentuk dokumentari dengan Syafiq menemubual beberapa individu yang mempunyai pengalaman misteri semasa berada di banglo tersebut.


Puaka Balai Gombak

Tarikh Tayangan: 29 Januari 2015
Pengarah: Wan Mohd Hafiz Wan Hussein
Pelakon: Hazwan As’ari, Shukri Mohd Tahir, Farhaziq
Genre: Seram

Pendapat sekumpulan penyiasat paranormal yang sering mempertikaikan kewujudan makhluk halus berubah setelah mereka menemui sesuatu di sebuah balai polis yang terbiar di Gombak.


Bangunan

Tarikh Tayangan: 5 Februari 2015
Pengarah: Khir Rahman, Sein Qudsi
Pelakon: Khir Rahman, Sein Qudsi, Aqasha, Yusran Hashim, Osh
Genre: Seram

Filem ini menggarap kisah Khir Rahman, Sein dan Aqasha ketika menyiapkan produksi sebuah filem. Mereka kemudiannya mengubah hala produksi tersebut ke arah kisah aneh yang dialami mereka di sebuah bangunan.


The Dream Boyz

Tarikh Tayangan: 12 Februari 2015
Pengarah: Ryon Lee
Pelakon: Alvin Chong, Eric Lin, Fuying, Sam, Rayz Lim, Teddy Chin
Genre: Komedi/Keluarga

Tentang lapan sekawan yang berusaha menyelamatkan kelab drama sekolah dengan menghasilkan filem berbajet rendah. Persahabatan mereka diuji serta pelbagai lagi masalah yang dihadapi mereka ketika menyiapkan filem tersebut.


Kung Fu Taboo

Tarikh Tayangan: 26 Februari 2015
Pengarah: Euho
Pelakon: Kara Wai, Henry Thia, Frederick Lee, Miau Miau, January So
Genre: Komedi/Keluarga

Mengisahkan seorang ketua rumah seni bela diri, yang dinamakan “Rumah Seratus Seni Bela Diri”, telah menyelamatkan seorang lelaki yang diburu oleh tiga lelaki bertopeng. Namun tanpa disedari, tindakan ketua tersebut telah membawa padah kepada diri dan rumahnya.


Cicakman 3

Tarikh Tayangan: 12 Mac 2015
Pengarah: Yusry Abdul Halim, Ghaz Abu Bakar
Pelakon: Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz
Genre: Aksi/Komedi

Kehidupan Man berubah apabila dia cuba belajar menjadi Cicakman yang baharu selepas terjumpa serum kepunyaan Cicakman yang terdahulu. Namun kehadirannya tidak lagi relevan kerana di Metrofulus sudah ada hero yang baru iaitu Super-Bro.


Hanyut / Gunung Emas Almayer

Tarikh Tayangan: Tidak diketahui
Pengarah: U-Wei Haji Saari
Pelakon: Peter O’brien, Sofea Jane, Alex Komang, Adi Putra, Diana Danielle, Bront Palarae
Genre: Sejarah/Drama

Tentang Almayer, pedagang Belanda yang berjuang untuk hidup di Malaya pada akhir abad ke-19. Impiannya mencari mitos gunung emas ditentang isterinya, Mem, para penguasa dan politik pimpinan tempatan serta pedagang Arab dan digawatkan lagi dengan percintaan anak perempuannya dengan seorang putera Melayu yang menuntut kebebasan.


1, 2 Jaga

Tarikh Tayangan: Tidak diketahui
Pengarah: Nam Ron
Pelakon: Beto Kusyairy, Nam Ron, Zaidi Omar, Amerul Affendi, Sofea Jane
Genre: Drama/Aksi

Menceritakan kisah yang tersingkap disebalik kehidupan penduduk tempatan dengan pihak berkuasa.

http://youtu.be/MXynQ6EatZk


Bravo 5

Tarikh Tayangan: Tidak diketahui
Pengarah: Yeop Hitler Zami
Pelakon: Beto Kusyairy, Remy Ishak, Shashi Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson
Genre: Sejarah/Aksi

Berlatarkan tahun 1989, ia mengisahkan lima anggota Komando ATM yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis di Semenanjung Malaysia. Malangnya perhubungan terputus dan sementara menunggu bantuan yang sepatutnya tiba, mereka terpaksa bertempur dengan hampir 200 anggota gerila komunis.


Nota

Tarikh Tayangan: Tidak diketahui
Pengarah: Yasu Tanaka
Pelakon: Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan, Rin Izumi
Genre: Drama/Thriller

Sepasang suami isteri menghadapi krisis pertengahan umur kerana belum dikurniakan anak. Mereka kemudiannya bercuti untuk menyambut ulangtahun perkahwinan sebelum sesuatu yang telah dirancang terjadi kepada salah seorang dari mereka.


TyIcKooUnS

Tarikh Tayangan: Tidak diketahui
Pengarah: Izan Hailmey Mokhtar
Pelakon: Bront Palarae, Wan Hanafi Su, Remy Ishak, Aaron Aziz, Anzalna
Genre: Drama/Aksi

Memaparkan penduduk di kampung Ciem Pang yang diduduki oleh mereka yang dibuang negeri dan dipulaukan masyarakat. Kemudian datang Tycoon Baha dan angkatannya untuk mengubah nasib penduduk kampung dan ini tidak disenangi oleh beberapa pihak.

http://youtu.be/bq08WaNwjzs


Robohnya Surau Kami

Tarikh Tayangan: Tidak diketahui
Pengarah: Dain Said
Pelakon: Tidak diketahui
Genre: Drama/Thriller

Filem usahasama Indonesia-Malaysia ini diadaptasi dari cerpen klasik karya Ali Akbar Navis. Pengarah filem Bunohan telah dipilih untuk mengarah filem ini.


Ada lagi filem-filem Malaysia yang anda nak tonton di pawagam dalam tahun ni? Kongsikan dengan kami!

Like page The Vocket di Facebook