Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melawat New York. Ni saya share kan beberapa tip dan info penting jika ke New York :

1. Sistem bandar yang sangat tersusun dengan kemudahan public transport yang sistematik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Untuk lebih penjimatan, beli kad MTA pass 7 hari, boleh guna unlimited public transport selama 7 hari, harga USD30.

3. Purata harga penginapan USD20-USD30 seorang/malam (private & shared room).

4. Nak cari makanan halal dan murah boleh pergi ke kawasan Roosevelt dan Jackson Heights, dekat situ ada banyak pilihan restoran dan kiosk halal, sekeping roti Nan dan kebab ayam boleh dapat USD2 sahaja. Di sini juga ada 2 buah masjid.

5. Disebabkan kapasiti beberapa masjid yang agak kecil, solat jumaat diadakan dua kali, jemaah pertama solat jam 1:30pm, dan jemaah kedua solat jam 2:30pm.

6. Tak perlu beli air mineral, sediakan botol kosong dan isi je dengan air paip, sistem air paip di USA sangat bersih dan selamat untuk diminum.

Baca: 9 Tip Travel Di New York Buat Anda Yang Ingin Ke Sana

tip-bercuti-di-new-york-5

tip-bercuti-di-new-york-2

tip-bercuti-di-new-york-1

tip-bercuti-di-new-york-3

7. Sekiranya anda ingin membeli makanan halal di kiosk tepi jalan terutamanya di area Manhattan, pastikan kiosk tersebut mempamerkan tanda harga yang jelas. Elakkan dari membeli di kiosk yang tiada tanda harga, silap hari bulan anda akan dipancung dengan harga yg mahal. Huhu.

8. Kalau dah kering sangat bajet, buka web indeed.com, dan search part time job, kat dalam tu ada macam-macam jenis kerja boleh dibuat seperti house cleaner, angkat barang dan lain-lain. Purata bayaran 10USD-16USD sejam untuk kerja part time macam tu.

9. Jangan terkejut sekiranya anda pertama kali sampai di NYC dan anda akan dapat lihat orang asing memonopoli bandar New York ni. Kalau naik subway boleh dikatakan 70% akan nampak wajah-wajah dari Asian dan Mexico. Tapi itulah dia USA.

10. Bagi yang beragama Islam terutamanya wanita bertudung, anda tak perlu risau, kerana mereka semua berfikiran terbuka dan menerima orang asing.

11. Sistem jalan di New York dan bandar-bandar lain menggunakan sistem Grid, setiap satu blok bermakna bergerak satu huruf atau nombor dari tempat kita berdiri. Contoh, mereka akan guna 2 blocks from here, 3 blocks from here, semua guna pertembungan nombor dan huruf (contoh : 11th & H). Lagi cepat anda mahir lagi senang untuk anda mencari bangunan atau tempat yang nak dituju.

12. Orang US ni sebenarnya agak pengotor juga (di New York, tempat lain mungkin berbeza), dia orang suka kunyah chewing gum, lepas tu campak merata-rata. Anda boleh lihat terdapat banyak tompokan hitam samada di atas lantai ataupun jalan kesan dari chewing gum tersebut. Mungkin sebab tu kot Singapura mengharamkan penjualan chewing gum di negara mereka.

Baca lagi: 10 Tip Penting Travel Cara ‘Road Trip’ Di USA Yang Perlu Anda Tahu