Kebiasaannya, perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru mengambil masa selama 4 jam jika tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Sebut tentang dugaan, pasti anda pernah berdepan dengan sesuatu yang tidak terduga terutama sekali ketika mahu pergi ke sesuatu destinasi.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @alepsw telah berkongsi sebuah video dimana memaparkan ‘kepayahan’ perjalanannya ke Kuala Lumpur. Menerusi perkongsiannya, pada awalnya dia dan rakan-rakan terlepas untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur disebabkan lambat, kemudian mengambil keputusan untuk beli sahaja di kaunter.

Baca Juga:

@alepsw

jb – kl 12jam

♬ original sound – alepsw – alepsw🇵🇸

Ketika perjalanan untuk ke rumah rakannya yang lain, dia dan seorang rakan menaiki motosikal terpaksa berhenti di bahu jalan beberapa kali kerana motosikal tersebut tiba-tiba ‘meragam’. Kemudian, setelah tiba di rumah rakannya, mereka pun bertolak ke stesen bas tetapi mereka hampa apabila tiket bas Kulai habis.

Selepas itu, mereka pun ke stesen bas Larkin untuk membeli tiket bas dan akhirnya mereka berjaya untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, dugaan mereka tidak terhenti di situ apabila tayar bas dinaiki mereka meletup dan perlu menukar bas lain.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat dugaan yang ditimpa pemuda terbabit serta dalam masa yang sama turut berasa kasihan.

Malah, para netizen turut mendoakan agar perjalanan pemuda itu dan rakan-rakannya dilindungi serta diberikan kesabaran berdepan dugaan ini. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 80 ribu tontonan dan lebih 9 ribu tanda suka.

Difahamkan, pemuda tersebut bersama rakan-rakannya sudah bertukar bas untuk ke Kuala lumpur. Adakah anda juga pernah berdepan dugaan seperti ini?