Pemilihan kawan untuk mengembara bersama ke satu destinasi idaman merupakan satu elemen penting bagi memastikan percutian yang dirancang tidak menjadi satu pengalaman buruk kepada pengembara.

Di sini saya kongsikan beberapa jenis manusia yang patut dihindarkan dari menyertai percutiaan kita agar ia satu kembara yang memberi sebuah kenangan yang indah semasa bercuti:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kuat merungut

Sentiasa merungut tentang sesuatu perkara yang sama berulang kali seperti keadaan cuaca yang panas, terpaksa berjalan berbatu batu demi mengurangkan kos, berpeluh peluh bila melakukan sebarang aktiviti.

Ini mampu menambahkan rasa panas di hati semasa bercuti. Seeloknya mereka dikurung di dalam kiub ais sahaja! Ahaks

2. One side interest

Mereka hanya mahukan anda mengikut apa yang mereka ingin lakukan dan pergi ke tempat mereka sahaja. Apa yang kita suka? Dipandang sebelah mata dan dibiarkan kita pergi sendiri ke tempat yang kita suka.

travel-mate-2

3. Lupa dengan siapa dia bercuti

Makhluk sebegini seeloknya dijentik dahinya supaya kembali ingat dengan siapa dia bercuti. Mereka mudah lupa dengan siapa mereka sedang melakukan percutiaan bila berjumpa rakan dari negara sama atau luar.

Beramah mesra tidak salah, tapi usah dibiarkan teman bercuti terkontang kanting dan ditinggalkan tanpa pesan. Rasa nak maki kalau dapat jenis camni kan?

4. Berkira tahap cipan

Biasanya mereka ni segala benda akan berkira termasuk nak minum mulut sendiri, duit dia ikat kemas-kemas dalam toncang. Air orang dia beduk sampai habis telan haaa. End up kau dapat serdak je. Hahaha

5. Beria-ia dengan itinerari

Yang bersikap begini juga tidak kurang memeningkan emosi. Apa yang tercatit dalam itinerari harus diikut sampai ke garisan penamat.

Itinerari sekadar flow dan kita fleksible untuk rancang sama ada nak pergi ke tempat yang telah tercatit atau tidak mengikut kesesuaian masa dan ketika.

Jadi janganlah beria sangat kena patuh pada sekeping kertas tu dik non.

travel-mate-3

6. Obses pada icon traveller

Tak salah menjadikan seseorang sebagai idola, tapi jangan jadikan setiap bait yang dikeluarkan sesuatu yang wajib. Realistik lah sikit!

Jangan dok ulang “Eh sidia cakap kalau kita ke sini, camni camtu blab la bla. Rimas tau dak?

7. Tolak ansur

Jenis yang tidak mempunyai tolak ansur harus dijauhi ketika sedang bercuti.  Kalau pergi ramai-ramai sikap ini perlu dititik beratkan.

Jika sebilik kita sumbat reramai pandai-pandai fikir sendiri jela kan? Tak kan hari ni kau mandi dulu, kau masak dan esok dan hari seterusnya kau juga yang kena.

Tak ke boleh jadi tsunami bila dah masuk hari ketiga? Kalau abang dah setepek abang tarbiah!

travel-mate-5

8. Ikut kepala sendiri

Fuh yang ni mencabar jugak! Kalau pergi reramai kena ada sesi perbincangan sebelum buat sesuatu keputusan, kena ikut suara majoriti dan paling penting kena rasional.

Jangan kau rasa kau nak berjalan sana-sini kau menonong je, sebab yang lain belum tentu nak lalu laluan yang sama. Jadi bincang elok-elok supaya tak ramai murung!

9. Pura-pura sawan masa nak bayar

Makhluk macam ni kalau ikut bercuti seminggu, boleh koyak dompet weh! Dinasihatkan sebelum pergi buat kutipan awal-awal.

Lantik sorang untuk jadi bendahari. Dikhuatiri ada yang pura-pura tak dengar masa nak bayar. Fuh sekali boleh lagi berkali-kali memang mintak penampar kapit!

10. Pentingkan diri sendiri

Setiap orang punya daya keupayaan mereka masing-masing. Jadi kalau pergi berpasangan wajib fikir teman kita boleh buat tak apa yang kita nak buat?

Kalau tak boleh, lebih baik cari alternatif sebab kau pergi berkumpulan. Jangan acah-acah kau pergi solo kau tinggalkan yang lain tersipu-sipu kat situ.

Dah lah kau beria nak lakukan juga aktiviti yang kawan kau tak boleh buat lepas tu kau hasut ketua rombongan suruh tinggalkan yang tidak punya kudrat kat hotel sorang-sorang. Seram! Kalau jadi sila azan tepi telinga dia!

travel-mate-1

11. Tak ada common sense

Aku yakin semua ada deria common sense kan? Kalau yang tak ada tu mohon tampar diri sendiri berulang kali.

Biasanya sikap ni, bila duduk berjemaah kalau kongsi katil kau tidur terbaring telentang penuh kain baju atas katil tanpa fikir kawan kau nak tidur kat mana?

Semua almari penuh dengan baju dia je. Baju kau? Atas lantai je ke nak susun haaaaa?

12. Gunakan kawan sendiri

Sakit hati nau kalau kena spesis macam ni. Semua benda kau nak kena buat sedangkan dia rileks memerhati dari jauh.

Nak keluar bilik semua barang dia suruh kau pegang dan usung. Setiap kali keluar menggelembung beg dengan barang-barang yang dia nak kena usung termasuk kunci rumah, kunci kereta, roti jala, jem bagai.

Bila tiba waktu makan,  kau nganga mulut nak makan ja! Aishh panasssss betul!

Biasanya makhluk sebegini kita akan jumpa semasa bercuti. Mungkin pertama kali bercuti kita tidak akan tahu perangai sebenar tapi bila dah tau mohon insaf! Hahahaha.

Rancanglah percutiaan anda dengan memilih rakan yang boleh kurangkan sikap sebegini.

Pastikan percutiaan unggul anda berjalan dengan baik tanpa dirosakkan jiwa raga dari spesis sebegini. Ambil iktibar dan jom hindarkan sifat sebegini! Happy travelling.

Baca lagi: 5 Sebab Travel Dalam Group Dengan Kawan Juga Sesuatu Yang Best