Tak kesah lah di ceruk mana pun dalam dunia ni mesti semua kenal Paris kan dengan mercu tanda Eiffel Tower yang terkangkang luas berbentuk seperti huruf A. Paris merupakan destinasi popular bagi pelancong yang datang ke Eropah.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Aku agak dah ramai yang telah tahu tentang Paris sedikit sebanyak kan?

Jadi di sini aku tak akan tunjuk di mana terletaknya Paris di dalam peta tetapi aku akan menceritakan tentang jenis-jenis penipuan yang aku lihat dengan mata aku sendiri di sekitar bandar Paris ini.

Tidak semua di kota romantik cinta itu indah.

1. Trick barang jatuh di lantai

Ketika aku sedang menikmati angin segar di taman berdekatan dengan Eiffel tower. Aku memerhati beberapa orang gypsy yang mundar mandir meliar menegur orang dan apa yang diorang buat ini memeranjatkan aku.

Ketika pelancong melepasi diorang, budak gypsy ini panggil pelancong ini dan menyatakan dia terjumpa cincin/gelang/perhiasan apa-apa sahaja dari lantai dan menyatakan ianya milik pelancong tersebut.

Jikalau tersilap langkah ada pelancong yang mengakui barang itu miliknya, si budak gypsy itu akan meminta sedekah dari pelancong tersebut.

Selepas dipulangkan barang, mungkin kita tidak tergamak nak bagi 1-2€ kan. Si gypsy ini nampak seperti merayu-rayu mintak 10-20€ dari pelancong tersebut.

2. Penyeluk saku

Ramai yang datang ke Paris nak tengok lukisan Mona Lisa di Louvre. Di saat semua orang sibuk mengangkat tangan mengambil gambar lukisan Mona Lisa, di saat itu lah si penyeluk saku buat kerja.

Bayaran masuk ke muzium adalah 15€. Dan dihadapan pintu masuk sudah tertera dengan signboard ‘beware of pick pocket‘. Mengikut apa yang diperkatakan oleh petunjuk arah muzium Lourve, purata sebulan 50 orang yang telah hilang barangan seperti dompet di dalam museum.

Penyeluk saku di mana-mana sahaja.

penipuan-di-paris-5

3. Gelang pelangi persahabatan

Biasanya sindiket ini di dalangi oleh orang Africa. Modus operandi diorang adalah dengan menawarkan benang/gelang warna warni persahabatan (friendship bracelet) kepada pelancong dan mereka akan mengikat ketat di tangan pelancong sehinggakan sukar untuk dibuka.

Dan selepas itu diorang akan minta wang dan ada juga yang dibawa ke bank untuk keluarkan duit bayaran. Kadang-kadang ada yang seperti bertanya nak tengok silap mata tak? Meh nak tunjuk dengan membuat ikatan tali di tangan.

Dan kadang-kadang ada juga yang bagitau ianya adalah hadiah dari gereja, cenderahati tempatan Paris dan sebagainya. Kalau pelancong tak nak bayar diorang akan melekat dekat anda seperti lipas sepanjang masa untuk menuntut wang.

4. Bunga Ros

Biasanya ia terjadi kepada pasangan couple. Apabila berdua-duaan di sekitar Eiffel Tower konon-konan nak sweet, sindiket ros akan cuba mendekati pelancong dengan menawarkan ros merah.

Selepas menerima mawar, sindiket ros akan cuba minta harga. Kalau anda menolak anda tak akan dilepaskan dengan sewenang-wenangnya. Mereka akan kacau jugak pelancong sampai bayar harga diorang.

penipuan-di-paris-4

5. Teksi

Ini merupakan penipuan di mana-mana sahaja di dalam dunia. Jangan sesekali ambik teksi yang tidak mempunyai meter, sebab itu bukannya teksi. Dah banyak kes dekat Paris pemandu teksi buang pelancong merata-rata selepas bayaran yang diterima tidak memuaskan hati.

Lebih baik anda gunakan Grabcar atau Uber jadi korang akan tahu harga berapa yang perlu dibayar.

6. Orang yang baik hati

Kalau di metro atau stesen kereta api, ramai yang akan cuba membantu korang kalau lihat korang sedikit sesat.

Sindiket ini akan memakai pakaian seakan pegawai dekat metro. Jangan sesekali biarkan mereka belikan anda tiket metro. Diorang akan belikan tiket budak untuk korang dan bakinya akan diambil oleh mereka.

Baca: 10 Cara Berjimat Sehingga 50% Kos Pengangkutan Sewaktu Travel Di Eropah

penipuan-di-paris-2

7. Pengemis

Biasanya sindiket ini dianggotai oleh gypsies, Afrika atau budak kecil.

Mereka akan merayu korang dan mendapatkan wang untuk mangsa kemalangan, rumah anak yatim atau apa-apa sahaja. Apabila kita sudah leka dengan diorang, rakan mereka akan lihat dari jauh dimana korang simpan wallet dan akan copet korang.

Benda ni berlaku di hadapan mataku sendiri dimana budak permpuan gypsy merayu pelancong INggeris sambil menangis meminta derma dan kawan si gypsy tu menunggu di belakang memerhati. Apabila selesai bagi derma, wallet hilang. Tak sempat aku nak kejar.

8. Pelancong sesat

Modus operandi sindiket ini adalah dengan satu kumpulan dengan memegang peta kelihatan seperti sesat. Biasanya kita rakyat Malaysia hati mulia akan cuba nak menolong.

Tapi ingat. Di saat anda tolong tu, akan ada ahli sindiket itu akan cuba mengambil kesempatan di atas anda dengan mencopet wallet anda tanpa disedari.

Kebiasaannya ia berlaku di stesen-stesen keretapi dan stesen bas yang utama di mana ramai pelancong datang tanpa tahu apa-apa.

9. Game street

Ingat. Tiada benda yang free di dunia. Menuju ke Eiffel Tower, anda akan nampak ramai orang di sekitar jalanan yang sedang membuat taruhan terhadap bola di dalam cup.

Sebenarnya, yang membuat taruhan itu adalah ahli sindiket sendiri. Modus operandinya adalah dengan masukkan bola di dalam cawan dan pusing-pusing dan meneka di manakah bola itu tersebut.

Aku membuat tekaan 2x betul dan sepatutnya aku mendapat 100€. Tapi aku harus menunjukkan wang aku 100€ dan membuat taruhan terakhir bagi mendapatkan 100€ tersebut. Sori. Gua tak ada wang.

penipuan-di-paris-7

10. Jogger

Ketika anda sedang leka berjalan melihat kawasan sekitar, akan ada mamat yang tengah berjogging kononya berlanggar dengan kanu.

Di saat pelanggaran tersebut, dengan secepat pantas kilatnya barang anda mungkin disnap. Ianya berlaku di tempat yang sesak, di taman dan di mana-mana sahaja. Jaga barang anda dengan baik.

11. Petition

Biasanya ianya dilakukan oleh kumpulan kanak-kanak dan wanita yang akan mendekati anda dan bertanya “are you speak English?
Can you sign this petition? It’s free.

Disaat anda tanda tangan nama di dalam borang tanpa disedari wallet anda boleh hilang atau anda diminta untuk memberi derma kepada petition yang anda sign. Diorang akan ikut anda sebaik saja anda dah sign petition tersebut.

12. Badut/pakaian tradisional

Ketika anda melawat tempat tarikan pelancong yang terkenal, akan ada ramai yang pakai pakaian yang pelik dan menarik seperti snow white, clown, iron man dan sebagainya.

Modus operandi diorang ni adalah ketika anda sedang mengambil gambar bersama-sama, diorang akan datang mencelah ditengah-tengah bagi mengambil gambar bersama. Sesudah mengambil gambar diorang akan meminta bayaran seperti kita yang inginkan bergambar dengan diorang.

Tidak ada tempat di dunia ini yang 100% selamat. Jenayah dan penjenayah itu sentiasa wujud. Jaga lah barangan anda sebaik mungkin.

Sedikit sebanyak penipuan yang aku saksikan dan tahu di Paris. Chill & Chooi.

Baca lagi: Itinerari Bajet Ke Paris, Brussels Dan Amsterdam Selama 7 Hari Dengan Bajet RM1500

Artikel di atas disumbangkan oleh Jeroong Wia. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group