Nota Editor: 12 lokasi makanan sedap di Batu Pahat ini telah dikongsikan oleh Amalina Is di Facebook group. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia boleh dijadikan rujukan buat anda yang sukakan food hunting.

Batu Pahat Syurga Makanan

Kalau tanya pasal Batu Pahat, serius tak tahu nak suggest tempat menarik untuk dilawati selain shopping kat Air Hitam tu dan Pantai Minyak Beku. Terbaru, Taman Botani Sri Medan yang baru je dirasmikan hari ni. So belum berpeluang nak explain apa yang best kat sana.

Tapi, kalau orang tanya pasal jjcm kat Batu Pahat ni, serius 2 hari 1 malam tak cukup nak cover semua. Dari asam pedas, sampai goreng pisang. Ada je port yang best ikut selera masing-masing. So, kat bawah ni ada disertakan beberapa port makanan terbaik sekitar Batu Pahat. Maaf, gambar nasi beriani takde. Selalu tak ingat nak ambil gambar. Hehe.

  1. Roti Tampal Pak Omar, Taman Bukit Perdana
    makan-sedap-batu-pahat-1

Roti canai memang makanan biasa, tapi tekstur roti pakcik ni memang lembut rasa macam terbang ke langit ke tujuh. Haha! Lokasi terkini kat corner lot, sederet 7Eleven kat Taman Perdana tu. Rasanya cuma bukak hujung minggu sahaja.

2. Asam Pedas Mak Limah

makan-sedap-batu-pahat-2

Asam Pedas Mak Limah, sederet KFC bandar. Dibuka pagi. Selalu kitorang makan sarapan kat sini pukul 10 pagi. Jimat tak payah lunch lepas tu. Kombo biasa rutin: asam pedas ikan merah, telur dadar, kobis goreng. Memang terbaikkk!

3. Nasi Lemak tepi Parit Dobi, Taman Sri Kenangan

makan-sedap-batu-pahat-3

Benda yang paling awesome selain sambal yang sedap adalah ikan masin cinonet tu! Actually tak tahu nama kedai tu, tapi kitorang panggil nasi lemak parit sebab lokasinya tepi parit.

5. Magnum Ice Cream, Weis Cafe Taman Flora

makan-sedap-batu-pahat-4

Magnum Ice Cream, Weis Cafe Taman Flora. Area Square One sana tu. Cafe hipster yang baru bukak rasanya. Ada lagi beberapa cafe hipster area ni. Belum sempat nak try.

6. Nasi Lemak Che Chom

makan-sedap-batu-pahat-5

Nasi Lemak Che Chom yang viral haritu. Beratur panjang gila. Kalau tengah kebulur mohon jangan datang. Mau lebih sejam beratur sini. Yang menarik pasal nasi lemak ni selain sotong saiz king tu, adalah epal hijau sebagai pengganti timun.

7. Yong Tau Fu, Tasik Y

makan-sedap-batu-pahat-6

Yong Tau Fu, Tasik Y. Chinese style sebab ada sup dan dimakan dengan sos. Kalau tempat lain makan dengan kuah coklat dan kacang hancur tapi takde kuah. Memang wajib try kalau datang Batu Pahat.

  1. Mee Racun Gearbox, Jalan Sultanah

makan-sedap-batu-pahat-7

No 1 favorite mee racun in BP. Dibuka daripada petang sampai malam. Stok selalu limited. Kalau dah habis awal, diorang tutup kedai awal.

8. Nasi Lemak Mak Yah, Lowpiak/ Taman Nira.

makan-sedap-batu-pahat-8

Nasi lemak ni memang terbaik. Lagi mantap kalau korang order sekali dengan sup tauhu. Memang cap jempol!

9. Cendol Akbar, Jalan Engan

makan-sedap-batu-pahat-9

Cendol ni dulu RM1.00. Sekarang RM1.20. Tapi memang sedap. Style makan macam touch n go. Order, makan, bangun bagi orang lain duduk pulak. Bukan tempat melepak sebab ada cendol sahaja.

10. Nasi Ayam Hamid, Parit Yaani

makan-sedap-batu-pahat-10

Dari tol Yong Peng, belok kiri. Kedai terletak betul-betul tepi jalan sebelah kanan selepas traffic light masjid biru.

11. Mee Udang, Tasek Merdeka

makan-sedap-batu-pahat-11

Bukak petang sampai malam. Udang memang fresh dan manis! Sebelum buang kepala, sila sedut air udang yang manis tu!

12. Tempe Tauhu Goreng, Dewan Jubli Intan

makan-sedap-batu-pahat-12

Dibuka hanya pada hari bekerja sahaja. Pukul 6.30petang ke atas. Selalu missed tempat ni sebab Sabtu die tak bukak. Makanan goreng pun sedap kat sini!

 

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram