Apa yang saya belajar dengan menonton Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffett & Charlie Munger mengendalikan 2017 Annual Shareholders Meeting beberapa hari lepas?

1. Uruskan syarikat secara transparen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siarkan secara live keseluruhan sesi selama 10 jam itu melalui internet. Beri peluang pelabur dan orang ramai menonton bagaimana mereka uruskan syarikat.

2. Beri peluang pelabur bertanya semua soalan.

Usah sekat. Usah sediakan skrip.

3. Simple.

Keseluruhan majlis berjalan dalam suasana ringkas. Hanya Warren Buffet dan Charlie Munger berada di atas pentas. Bill Gates, manusia terkaya di dunia, duduk di bawah bersama orang ramai.

4. Beri penghargaan kepada staf.

Sewaktu memulakan majlis, Warren Buffet berikan penghargaan kepada staf yang lama berkhidmat. Dia boleh sebutkan nama dan keluarga beliau.

5. Buat catatan sendiri.

Warren Buffet, manusia kedua terkaya di dunia, gunakan pen plastik saja untuk membuat nota. Dia sendiri ambil kertas dari poket dan catat. Beliau tidak heret tukang bawa fail ke hulu ke hilir.

6. Kuasai isu dalam syarikat

Walaupun beliau melabur di ratusan syarikat termasuklah Coca-Cola, Apple, American Express, IBM dan lain-lain, dengan 347,000 kakitangan, Warren Buffet menguasai isu-isu dalam syarikat tersebut. Dia juga menguasai perkembangan dunia bisnes global dan nasional.

7. Tidak melatah dengan soalan provokasi

Berhadapan dengan beberapa soalan provokasi, Warren Buffet dan Charlie Munger tidak melatah. Cara terbaik melawan provokasi ialah senyum dan berjenaka.

8. Orang kanan yang paling dipercayai

Charlie Munger ialah orang kanan dan paling dipercayai Warren Buffet. Dia tidak cuba ‘mencuri’ perhatian audien kepada bos nombor satu dengan cuba tunjuk pandai.

9. Pemegang saham penting kepada syarikat. Berikan masa untuk mereka – walaupun sehari suntuk.

10. Ambil tahu secara detail hal-hal operasi syarikat.

Fahami angka. Kuasai isu. Kenali kakitangan, walaupun tidak semua. Usah pandai bercakap saja.

11. Nasihat Warren Buffet, ambil tindakan apabila lihat perkara tidak betul dalam syarikat.

Katanya, kegagalan banyak syarikat ialah ahli lembaga pengarah dan pengurusan tahu apa yang tak kena, tetapi tidak buat apa-apa.

12. Tokoh pemasaran.

Sebagai Pengerusi dan CEO, Warren Buffet meletakkan dirinya sebagai tokoh pemasaran yang hebat.