“First, let me take a selfie.”

Selfie kini sudah menjadi satu fenomena global yang melanda majoriti manusia di muka bumi. Tanpa mengira waktu dan tempat, pasti insan yang gilakan selfie akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mengambil gambar kenangan. Namun begitu, ada juga selfie yang berakhir dengan tragedi memilukan. Hari ini, kami ingin kongsikan 12 selfie yang pasti mengingatkan kita bahawa ajal dan maut itu memang tidak dapat diduga.

1. Oscar Otero Aguilar

Oscar Otero Aguilar

Mabuk yang mengundang padah! Oscar yang berada di dalam keadaan mabuk cuba berselfie dengan sepucuk pistol sebagai pelengkap gaya. Malangnya, dia telah tertembak diri sendiri sewaktu sedang mengambil gambar.

2. Seorang lelaki di Jaen, Sepanyol

Lelaki di Jaen, Sepanyol

Selfie tidak bertempat! Lelaki berusia 21 tahun ini menemui ajal sewaktu cubaan untuk mengambil gambar di atas sebuah kereta api akibat renjatan elektrik.

3. Ahli Muzik Reggae Jadiel (Ramon Gonzalez)

Jadiel

Jadiel sempat merakam selfie terakhir ini sebelum dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kematiannya.

4. Collete Moreno dan Ashley Theobald

Collete Moreno dan Ashley Theobald

Dua gadis manis ini sedang berada di dalam perjalanan menuju ke parti meraikan bakal pengantin baru, Collete Moreno sewaktu dia merakam selfie ini. Selang beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu Ashley telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kematian Collete.

5. Gary Slok dan ibunya

Gary Slok dan Ibunya

Mereka berdua sepatutnya sedang berada di dalam perjalanan ke Malaysia untuk menikmati percutian musim panas. Tetapi Gary Slok dan ibunya yang merupakan penumpang MH17 tidak berpeluang menikmati percutian idaman setelah kapal terbang malang itu ditembak jatuh sebelum terhempas di kawasan sempadan Ukraine-Rusia.

6. Mohammed al-Chaar

Mohammed al-Chaar

Mohammed al-Chaar (berbaju merah) adalah seorang remaja Lebanon berusia 16 tahun yang sedang keluar bertemu rakan-rakan sepertimana kebiasaan remaja lain. Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya apabila turut terkorban di dalam serangan bom yang dikatakan berkait dengan konflik yang berlaku di Syria. Berang dengan apa yang menimpa al-Chaar, sekumpulan remaja telah menggunakan media sosial Facebook dan Twitter untuk kempen anti-keganasan.

7. Dua wanita di Iran

Dua Wanita Iran

Kedua-dua wanita ini memang penggila selfie yang tegar! Mereka telah terlibat dengan kemalangan sewaktu merakam video nyanyian mereka di dalam kereta. Mujur kedua-duanya terselamat dalam kemalangan itu. Namun begitu, mereka masih sempat berselfie sewaktu di dalam perjalanan ke hospital. Nampaknya mereka memang tidak akan berasa serik untuk berselfie pada masa akan datang!

8. Karen Hernandez

Karen Hernandez

Karen sedang cuba untuk berselfie di sungai El Tunal yang terletak di Mexico. Namun begitu, malang tidak berbau apabila wanita itu tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai sebelum mati lemas.

9. Jenni Rivera

Jenni Rivera

Selebriti sensasi Mexico ini telah merakam foto terakhir bersama krewnya sebelum penerbangan berlepas. Jet peribadi yang dinaiki mereka telah terhempas berhampiran Iturbide, Nuevo León, Mexico lalu meragut nyawa kesemua penumpang.

10. Courtney Sanford

Courtney Sanford

Courtney Sandford telah memuat naik gambar selfienya beberapa minit sebelum terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Ironinya, wanita itu juga sedang mendengar lagu Happy nyanyian Pharrel Williams ketika kejadian berlaku.

11. Pasangan dari Poland

Pasangan Poland

Pasangan suami isteri ini telah menemui ajal akibat terjatuh dari tebing tinggi Cabo De Roca semasa sedang berselfie. Mereka berdua dikhabarkan sedang melancong ke Portugal sewaktu insiden buruk ini berlaku.

12. Xenia Ignatyeva

Xenia Ignatyeva

Remaja berusia 17 tahun ini dikatakan telah hilang keseimbangan sewaktu cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan. Xenia meninggal dunia akibat renjatan elektrik melalui kabel yang cuba dipautnya sewaktu terjatuh.

Semoga kita mendapat pengajaran daripada kisah yang dikongsikan ini. Hendak berselfie pun perlulah memikirkan aspek keselamatan diri dan semua orang. Ingatlah insan tersayang sebelum berselfie!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤