Kebanyakan orang sekarang menjadikan bisnes sebagai sumber pendapatan tambahan. Ia satu perkembangan yang baik, cuma sebaik-baiknya elakkan buat urusan bisnes itu di tempat dan waktu kerja hakiki anda.

Baca: 10 Dokumentari Bisnes Yang Patut Di Tonton Usahawan

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Contohilah 12 startup yang telah dibangunkan dari garaj rumah atau di ruang sempit sahaja. Fokus sepenuhnya diberikan sewaktu di garaj tersebut bagi menjayakan idea-idea yang akhirnya pada hari ini ia telah menguasai dan memberi impak kepada orang-orang di dunia melalui produk dan perkhidmatan mereka.

Startup Alat Permainan

1. MATTEL

Gara-gara tiada duit sepasang suami isteri, Harold “Matt” Matson dan Ruth dan Elliot Handler bekerjasama menjual kerangka gambar dan operasinya dijalankan di bengkel garaj.

Mereka telah mencipta rumah anak patung dan perabut rumah anak patung dari kerangka gambar yang tercalar atau baki cebisan di garaj yang terletak di Southern California untuk memaksimakan penggunaan bahan-bahan mereka.

Ruth yang bekerja di Paramount Pictures pada waktu itu telah membawa beg berisi perabut rumah anak patung ke kedai berdekatan tempat kerjanya di Wilshire Boulevard.

Selepas melihat ia mendapat sambutan, mereka masuk ke pasaran alat permainan dengan mencipta kota muzik permainan tanpa Matson yang kurang sihat. Pada 1948, Mattel telah ditubuhkan dan ibu pejabat mereka terletak di Hawthorne, California.

Sejak itu, bisnes mereka menjadi salah satu syarikat mainan terbesar di dunia. Antara alat permainan popular keluaran Mattel ialah Scrabble, Barbie, Hot Wheels dan Fisher Price. Barbie dicipta oleh Ruth dan nama itu sempena nama anaknya, Barbara.

Startup Automotif

2. LOTUS CARS

Pada usia 20 tahun (1948), Anthony Colin Bruce Chapman memulakan Lotus Cars di garajnya yang terletak di 472 Hornsey Road, London, United Kingdom. Dia menggunakan kereta model Austin Seven tahun 1930an dan drill untuk membina Lotus Mark 1. Kini, Lotus Cars menjadi salah satu pembuat kereta lumba yang disegani ramai.

Baca: 10 Negara Paling Mahal Untuk Beli Kereta. Adakah Malaysia Tersenarai?

3. HARLEY DAVIDSON

William S. Harley mula melukis enjin bersaiz kecil untuk basikalnya pada tahun 1901. Pada waktu itu dia berumur 21 tahun. Selepas dua tahun, Harley bersama kawan zaman kecilnya, Arthur Davidson telah membangunkan motosikal pertama mereka di garaj bersaiz 150 kaki persegi yang terletak di Milwaukee, Wisconsin. Ini bermakna mereka mengasaskan Harley-Davidson pada 1903 dan ia gah sehingga kini.

Buat pengetahuan anda, motosikal Harley Davidson pernah digunakan oleh askar Amerika semasa Perang Dunia Pertama dan mereka berjaya harungi kegawatan ekonomi. Selepas itu mereka membekalkan motosikal untuk Perang Dunia Kedua pula.

Startup Hiburan

4. DISNEY

Disney memulakan studio pertama syarikatnya di garaj yang boleh memuatkan sebuah kereta yang dimiliki oleh pakciknya yang bernama Robert Disney yang beralamat 4651 Kingswell Ave, Los Angeles, California.

Disney bersama adiknya, Roy mula penggambaran animasi Alice Commedies di situ yang kemudiannya menjadi sebahagian dari penerbitan asli Alice’s Wonderland. Pada 1923, mereka mula mencipta animasi bisu dengan percampuran watak hidup dan animasi.

Disney melalui banyak kesusuahan di dalam perjalannya mencapai kejayaan. Dia hanya diterima oleh pelabur selepas berusaha sekuat mungkin. Kini, Disney dikenali dan dikagumi dengan hasil-hasil penerbitan mereka.

Startup Internet

5. GOOGLE

Kredit: Justin Sullivan/Getty Images
Kredit: Justin Sullivan/Getty Images

Garaj yang disewa US$1,700 sebulan dari Susan Wijcicki pada September 1998 jadi tempat Larry Page dan Sergey Brin bangunkan Google. Mereka berdua graduan dari Universiti Stanford dan Wijcicki ialah kawan mereka.

Projek Google pernah dianggap sebagai “side project” oleh mereka. Malah, mereka pernah hendak menjualnya kepada Excite dengan harga USD$1 juta tapi ditolak.

Projek yang dibangunkan siang malam selama beberapa bulan itu dilakukan di dalam garaj dengan matlamat utama mencipta laman web yang boleh mengatur dan mengekalkan semua jenis maklumat di satu platform sahaja dan ia mesti mudah diakses dan digunakan oleh orang biasa di seluruh dunia.

Pada Mac 1999, Google mula mendapat perhatian media dan mereka memindahkan pejabat mereka di bangunan yang lebih besar. Wojcicki menjadi timbalan presiden pengurusan produk Google dan Silverstein, pekerja pertama Google menjadi pengarah teknologi.

Sekarang Google bernilai beratus billion USD dan melancarkan pelbagai aplikasi dan laman web yang memberikan kebaikan dan kegunaan kepada orang ramai. Page dan Brin juga membeli garaj pertama mereka sebagai satu penghargaan kepada satu permulaan untuk startup yang hebat.

6. AMAZON

Laman web Amazon itu asalnya sebuah kedai buku online yang dibangunkan oleh Jeff Bezos di garaj rumahnya di 10704 NE 28th in Bellevue, Washington pada 1994. Bezos meninggalkan kerjanya selepas peraturan baru Amerika menetapkan peruncit internet tidak dikenakan cukai jualan jika tiada pejabat.

Dia telah melabur hampir US$40,000 untuk pesan, jual dan menghantar buku ke 48 buah negara. Buku pertama dijual di Amazon.com pada tahun 1995. Dua tahun kemudian, Jeff Bezos menerbitkan saham Amazon (IPO) dan sahamnya melonjak naik pada 2011.

Kini, Bezos menjadi salah seorang terkaya di dunia dan Amazon menjadi seluas Amazon di bumi dalam arena bisnes peruncitan di internet sebagai platform jualan untuk pelbagai jenis produk.

Baca: Bagaimana Lelaki Ini Tukar Minat Menjadi Bisnes Yang Berjaya

7. FREELANCER.COM

Matt Barrie, usahawan dari Sydney, Australia telah membeli sebuah laman web dari orang Sweden pada 2007. Dia menamakan semula laman web itu sebagai Freelancer.com.

Operasi Freelancer.com dijalankan di garaj bersama seorang pekerja. Permulaannya agak memeritkan kerana laman web crash apabila terima trafik yang banyak hampir setiap hari.

Maka, Barrie menulis semula kod laman web dan sistem. 6 bulan kemudian Freelancer.com berkembang sehingga ke peringkat global dengan 40% kerja datang dari Amerika berbanding dari tempat ia diasaskan iaitu 5% dari Australia.

Startup Teknologi

8. APPLE

Kredit: Mathieu Thouvenin/Wikimedia Commons
Kredit: Mathieu Thouvenin/Wikimedia Commons

3 anak muda bernama Steve Jobs, Steve Wozniak, dan Ronald Wayne membangunkan komputer pertama Apple pada 1976 di garaj rumah ibubapa angkat Steve Jobs yang terletak di 2066 Crist Dr. in Los Altos, California.

Apple I dijual sebagai motherboard kepada pekedai tempatan dengan harga US$500 seunit. Kemudian mereka membina 50 buah komputer dalam tempoh 30 hari menggunakan tangan selepas menerima pesanan daripada pekedai tersebut. Tapi Wayne berhenti separuh jalan sahaja dan pesanan itu disiapkan oleh Jobs dan Wozniak.

Apple menjadi terkenal apabila mendapat jutaan dollar dari jualan produk Macintosh. Kini, Apple menjadi syarikat yang merevolusikan teknologi untuk pelbagai produk.

9. HEWLETT-PACKARD

Kredit: David Paul Morris/Getty Images
Kredit: David Paul Morris/Getty Images

Dengan modal US$538, Bill Hewlett dan Dave Packard mengasaskan syarikat Hewlett-Packard (HP) di sebuah garaj bersaiz 12 kaki lebar dan 18 kaki panjang di Palo Alto pada 1939. Mereka mencipta audio oscillator (HP200A) yang boleh dijual dengan lebih murah berbanding harga pesaing.

Bisnes HP meningkat naik apabila audio oscillator (HP200B) yang dipertingkatkan kualitinya dapat dijual kepada Walt Disney. Alat itu telah memberi kesan yang hebat terhadap sistem bunyi filem Fantasia menyebabkan Disney telah memesan 8 lagi HP200B.

Kini, HP telah membangunkan pelbagai produk dari aksesori sehinggalah komputer dengan mengetengahkan teknologi yang advanced.

Baca: 7 Tip Yang Mesti Dikuasai Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

10. MICROSOFT

Bill Gates dan Paul Allen mengasaskan Microsoft, sebuah perisian penting untuk komputer pada 1975 dengan sumber dan ruang kerja yang terhad di sebuah garaj di Albuquerque. Garaj itu hanya boleh memuatkan dua orang sahaja dalam satu masa.

Nama asal Microsoft pada waktu itu ialah Micro-Soft dan ia didaftarkan sebagai Microsoft selepas berjaya mengikat perjanjian dengan Micro Instrumentation and Telemetry Systems (MITS).

Mereka fokus kepada pembangunan perisian dan berkolaborasi dengan IBM untuk mencipta sistem operasi komputer. Mereka mendapat US$80,000 untuk sistem operasi pertama ciptaan mereka sendiri.

Sehinggalah mereka mencipta perisian yang begitu mengagumkan iaitu Windows yang kini digunapakai di seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 80% komputer di dunia menggunakannya.

Startup Barangan Rumah

11. MAGLITE

Migrasi dari Crotia ke Amerika pada 1950 telah mengubah nasib Tony Maglica dari miskin menjadi kaya. Selepas 5 tahun berhijrah, Tony Maglica yang tidak fasih berbahasa Inggeris masih bekerja dengan pendapatan yang rendah dan hidup susah.

Dia nekad menggunakan duit simpanannya sebanyak US$125 untuk memulakan projeknya di sebuah garaj di Los Angeles, California. Dia meyakinkan penjual untuk menerima US$125 sebagai deposit untuk sebuah alat pembentuk besi yang bernilai US$1000 dan berjanji melunaskan bakinya secara ansuran bulanan.

Dengan mesin itu Maglica memulakan pembuatan besi dengan menghasilkan bahagian-bahagian besi dengan ukuran terperinci di garajnya. Prestasi bisnesnya meningkat naik sehingga dia berjaya membuka kedai mesin sendiri yang akhirnya menjadi Mag Instrument pada 1974.

5 tahun kemudian Maglica menghasilkan lampu suluh jenama MagLite yang digunakan oleh orang ramai dan polis Amerika.

12. YANKEE CANDLE COMPANY

Remaja berusia 16 tahun telah memulakan lilin wangi di garajnya dengan mencairkan crayons untuk dibuat hadiah Krismas untuk ibunya pada 1969. Remaja itu ialah Michael Kittredge yang akhirnya memulakan Yankee Candle Company selepas jiranya sedar akan projek lilin wangi Kittredge dan mahu membelinya.

Sejak itu Kittredge menghasilkan banyak lilin dan 4 tahun kemudian dia memindahkan operasi pembuatan lilin wangi di garaj ke sebuah kilang lama di Holyoke, Massachusetts. Kini, Yankee Candle menjadi pembuat terbesar lilin wangi di Amerika.

Klik Startup untuk akses lebih banyak artikel berkaitannya.