12 lagi syarikat startup bakal menerima bimbingan daripada Endeavor Malaysia menerusi Program ScaleUp Cohort 3 yang sebelum ini sudah membantu beberapa syarikat startup tempatan untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam program ScaleUp sebelum ini, syarikat seperti BloomThis, Dropee, Healthmetrics, TRAPO dan banyak lagi telah menerima bimbingan daripada mentor di Endeavor Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

12 syarikat yang tersebut tersebut adalah Baituljannah, Ejen2u, Fire Fighter, Kiddocare, Kintry, Metier Food, NexMind, Petotum, Scentses + Co, The Green Factory, Troopers, dan Universal Holidays Travel bakal menerima pendedahan dan tunjuk ajar daripada mentor Endeavor Malaysia.

Kesemua 12 syarikat dipilih berdasarkan 3 kriteria penting: keusahawanan, bisnes dan masa. Setelah menjadi sebahagian daripada program ScaleUp Endeavor, syarikat yang terpilih akan diberi sokongan dari segi rangkaian luas Endeavor.

Tidak lupa juga mereka akan menerima nasihat daripada pakar untuk membantu memangkin perjalanan mereka, mendapat market insights yang berharga dan benefit berdasarkan perniagaan mereka dalam tempoh 4 bulan program ini berlangsung.

“Dengan banyak ketidakpastian dalam situasi ekonomi dalam dan luar negara, semestinya ada keinginan mendesak untuk para jenama ini untuk berkembang dan membina satu ekosistem perniagaan yang kuat.

“Setelah bercakap dengan ramai usahawan, saya merasakan bantuan daripada komuniti dan ekosistem memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang usahawan,” kata Tunku Alina, pengerusi JA Russell & Co Sdn Bhd (subsidiari Boh Plantations Sdn Bhd).

Alina juga merupakan salah seorang mentor Endeavor dan salah seorang lembaga penasihat program ScaleUp. “Saya sangat berharap syarikat yang terpilih akan menerima faedah daripada program 4 bulan ini dan seterusnya berada dalam trek Endeavor Entrepreneur yang mahu sesuatu syarikat itu berkembang dan menjadi sebuah syarikat high growth secara global. Tahniah diucapkan kepada semua syarikat yang terpilih!” tambah Alina lagi.