Grab merupakan sebuah syarikat startup unicorn yang tidak asing lagi di dunia ini. Pada hari ini dilaporkan Softbank Vision Fund telah melabur sebanyak $1.46 bilion (~RM5.98 bilion) pada syarikat Grab dan dikatakan dana pelaburan bakal digunakan untuk mengembangkan strategi apps Grab itu sendiri sebagai apps wajib guna dalam kehidupan seharian.

Untuk pengetahuan, Softbank Vision Fund dimiliki oleh Masayoshi Son yang ditubuhkan untuk memberikan dana kepada startup yang berpotensi. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai individu yang dikenali sebagai Masayoshi Son.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini, Grab sedang mengusahakan Series H funding dan telahpun menerima sebanyak $7.5 bilion (~RM30.69 bilion). Tambahan, Grab turut mengambil alih Uber tahun lepas. Hal ini bermakna, nilai Grab kini telah mencecah $14 billion (~RM57.3 bilion) walaubagaimanapun Grab mengatakan series H mereka belum lagi tamat dan terbuka untuk mana mana pelaburan.

Pada kali ini, saya akan kongsikan beberapa syarikat yang memilih syarikat Grab untuk melabur sekaligus meletakkan syarikat ini sebagai syarikat startup ‘unicorn’.

1. Softbank Vision Fund

masayoshi-son-3
Sumber: thestreet

Softbank merupakan cetusan idea Masayoshi Son yang terkenal dengan gelaran Unicorn Hunter. Softbank telah melabur $1.46 bilion (~RM5.98 bilion) dalam Grab untuk memastikan ianya menjadi apps wajib di dunia.

2. Central Group of Company

Central Group merupakan syarikat yang menguasai pasaran shopping mall Thailand dan Zalora Thailand. Central Group melabur sebanyak $200juta (~RM818.5 juta) dalam Grab dan mewujudkan hubungan strategik dimana CG akan membantu Grab mengembangkan perniagaan di Thailand.

3. Tokyo Century

Tokyo Century, syarikat servis kewangan terkemuka di Jepun turut melabur dalam Grab dengan nilai yang tidak dinyatakan. Dikatakan pelaburan ini akan menyumbang kepada kolaborasi ‘leasing dan car rental option’ Jelas, Tokyo Century sangat komited untuk mengembangkan lagi operasi Grab.

4. Yamaha Motor Company

Yamaha Motor Co bersetuju untuk melaburkan $150 juta (RM613 juta) di Grab untuk servis motorsikal di pasaran Asia. Yamaha bersetuju dan mereka akan cuba mendominasi niche servis motorsikal khusus untuk pasaran Indonesia.

5. Hyundai Motor Company

Photo-1-Anthony-Tan-Grabs-Chief-Executive-Officer-shakes-hands-with-Euisun-Chung-Hyundai-Motor-Group-Executive-Vice-Chairman-at-the-Bloomberg-New-Economy-Forum-in-Singapore

Hyundai Motor Group tidak terlepas menjadi sebahagian pelabur Grab dengan nilai $250juta dan menjadi rakan EV program untuk pasaran SEA. EV program merujuk kepada Electric Vehicle dan Asia Tenggara dilihat berpotensi untuk membangunakan program EV. Pelaburan ini juga dilaporkan mampu memaksimakan penggunaan infrastruktur EV seperti Quick Charge Station.

6. Booking Holdings

Booking Holdings, sebuah syarikat Nasdaq dan pemain utama dalam pasaran accommodation dan pelancongan. Grab dan Booking kini memeterai hubungan strategic di mana Booking akan menawarkan on demand transportation. Oleh yang demikian, Booking telah melabur $200 juta (~RM818.5 juta) dalam Grab.

7. Microsoft

Microsoft-x-Grab_resized-1024×611
Sumber: Microsoft News

Microsoft, sebuah syarikat terkenal di dunia. Bill Gates, Satya Nadella sosok yang tidak asing lagi dalam industri ini. Dilaporkan Microsoft telah pun bersama Grab dalam Series C dengan nilai yang tidak dinyatakan. Tujuan Microsoft tidak lain tidak bukan lebih kepada mengadaptasi Artifial Intelligence, Big Data dalam Grab .

8. Tiger Global Management

Tiger Global Management, management fund yang sama melabur dalam Softbank. Tiger Global melabur $1 billion (RM4.09 bilion) dalam Grab dan dana ini khusus untuk menerokai pasaran Indonesia pada waktu itu. Harus diingatkan, disana, Go-Jek salah seorang pemain utama dalam industri

9. 500 Startups

500 Startups, sebuah startup berpengkalan di Silicon Valley merupakan pelabur awal Grab yang dikenali sebagai Grabtaxi. Sewaktu peringkat awal, Grab menjadi portfolio 500startup kerana potensi mereka yang sudah pun melebih 3.5 juta download di playstore.

10. Lightspeed Venture Partners

Light Speed Ventures Partners dikatakan telah melabur sekitar $1 bilion (RM4.09 bilion) dalam Grab. Dengan adanya dana pelaburan ini, Grab sudah pun bersedia untuk bersaing dengan Go-Jek di Indonesia.

11. GGV Capital

team-hero

GGV Capital merupakan pelabur Series B bagi Grab. Walaupun jumlahnya tidak dinytakan tetapi khabar angina mengatakan ianya lebih dari $10 juta (RM40.9 juta). Pada masa yang Managing Partner GGV Capital turut berada sebagai Lembaga Pengarah Grab. Pelaburan GGV ini khusus untuk mendominasi pasaran Asia Tenggara.

12. Vertex Ventures

Anthony Tan menyebut jumlah pelaburan Vertex Ventures bernilai 8 angka. Menurut ura-ura, jumlah tersebut ialah $10juta. Vertex Ventures merupakan pelabur Serie A bersama angel investors lain dari Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripada senarai 40 pelabur dalam Grab. Semoga syarikat kepunyaan anak tempatan, Anthony ini terus sukses di mata dunia. Persoalannya, mampukah startup dari Malaysia pula yang menjadi startup ‘unicorn’ buruan pelabur dunia selepas ini?

Sumber