Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Drew berusia 12 tahun itu membawa diri dari Sydney ke Bali selepas ‘bergaduh’ dengan ibunya. Drew dilaporkan mencuri kad kredit ibunya dan menempah penerbangan tambang murah serta penginapan mewah untuk 4 hari di sana.

Drew membeli tiket penerbangan dari Sydney ke Perth dan seterusnya ke Denpasar, Bali. Malah kanak-kanak ini telah mendaftar masuk terlebih awal untuk mengelakkan sebarang keraguan pihak keselamatan di lapangan terbang. Advance sungguh kanak-kanak ini.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Drew kemudian ditemubual oleh salah satu stesen TV tempatan selepas dibawa pulang ke Sydney dan mengatakan dia hanya ingin ‘mengembara’. Ibu bapanya yang hanya menyedari kehilangan Drew selepas mendapat laporan Drew tiada di sekolah. Drew ditemui di All Seasons Hotel di Bali ketika usaha menjejakinya dilakukan.

RUNAWAY RASCAL

RUNAWAY RASCAL: 12-year-old Drew had a fight with his mum, so he took off to Bali – all by himself.Watch his great escape MONDAY on #9ACA.

Posted by A Current Affair on Friday, 20 April 2018

Anda Mungkin Suka