Alhamdulillah kami berjaya travel ke Jepun dengan bajet dan perbelanjaan sebanyak RM2000 bagi trip selama 6 hari 5 malam. Lokasi yang berjaya kami terjah adalah Osaka, Dotonburi, Kobe Garden, Nara, Arashiyama, Kyoto dan Osaka Castle.

Bajet yang diperuntukkan adalah selesa dan tidak terlalu ketat. Bajet ini sesuai untuk mereka yang boleh mengawal nafsu makan dan mempunyai stamina yang stabil. Banyak aktiviti berjalan dan berbasikal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam masa yang sama, sila buat kajian tentang lokasi-lokasi yang bakal dilawati, laluan keretapi dan tempat penginapan. Ini bagi mengurangkan risiko membuat silap. Kajian boleh dibuat melalui carian di Google dan You Tube.

Semakin banyak buat silap, semakin tebal bajet anda! Jadi, kawal kesilapan dengan membuat kajian di internet sebelum ‘travel’.

Ini kerana, semasa di Jepun, 6 kos ini adalah di antara yang kerap digunakan. Kawal kos ini dan banyak perkara boleh dijimatkan.

1. Flight (kena selalu perika untuk dapat tiket murah)

Kos penerbangan memakan hampir separuh dari kos ‘travel’. Biasanya jika kita mahu ‘travel’ dengan bajet yang minima, rajin-rajinkanlah tengok website Air Asia untuk dapatkan harga yang mengikut bajet anda.

Dah nama pun nak bajet, tak perlu beli bagasi, bawa baju yang ringan(jersi/selain cotton). So, dah jimat di situ, bajet untuk bagasi boleh digunakan untuk perkara lain. Bawa tuala kecil, jimat ruang beg.

Untuk ke Osaka, tempoh perjalanan sekitar 6jam di dalam penerbangan. Sebelum pergi boleh makan kenyang-kenyang. Tapi kalau nak rasa makan di atas awan, bolehlah beli makanan yang disediakan di atas pesawat.

2. Keretapi (Tourist pass lebih jimat)

Apabila tiba di Kansai Airport nanti, beli ‘tourist pass’ lebih jimat dan memudahkan. Sebab tu kena buat ‘research’ dahulu supaya kita tahu lokasi yang mahu dituju dan cara unutuk ke destinasi yang mahu dituju.

Jangn risau tentang komunikasi, donwload sahaja ‘google translate’. Tanya pada rakyat jepun, mereka sangat membantu. Jika nak lebih mudah, tanya pada staff yang bekerja di stesyen lrt tersebut.

Google Maps sangat penting! Sila Download sebagai rujukan utama! Kita boleh tahu jangkaan masa untuk sampai ke sesebuah destinasi dan jarak perjalanan.

Untuk penggunaan teksi, cari teksi yang bewarna kuning, lebih rendah berbanding teksi yang bewarna hitam.(Lagi murah naik train, haha)

Sila beratur semasa nak naik train. Silence kan telefon semasa di dalam train. Semasa naik escalator, sila berdiri di sebelah kanan. Sebelah kiri untuk orang yang nak cepat(berlari anak).

melancong-ke-jepun-3

melancong-ke-jepun-2

melancong-ke-jepun-1

melancong-ke-jepun-4

melancong-ke-jepun-5

melancong-ke-jepun-7

melancong-ke-jepun-6

melancong-ke-jepun-9

melancong-ke-jepun-21

melancong-ke-jepun-8

3. Makan (Bergantung pada nafsu makan dan bekalan yang di bawa dari Malaysia)

Ada orang cakap, Jepun susah nak cari makanan halal. Betul. Mungkin juga makanan mereka tidak kena dengan selera kita. Tapi semua ni boleh di kawal. Boleh bawak makanan penyedap rasa dari Malaysia, serunding, sambal bilis, sambal goreng dan lain-lain. Nasi boleh beli di sini sahaja. Sedap!

Masa trip saya, saya bawa Brahim, just panaskan di dalam ‘microwave’ selama 2 minit dan makan. Bajet RM100 untuk 6 hari. Ada nasi goreng, nasi arab, nasi lemak. Saya tak habis, masa balik ada baki lagi 5bungkus, kawan-kawan yang lain semuanya habis.

Semasa saya di sini, saya hanya makan dan minum produk yang berasaskan tenusu, buah-buahan dan roti sahaja. Minum air mineral banyak.

Semasa kami di Osaka dan Kyoto, kami menginap di ‘homestay’. So,kami boleh masak. Goreng telur. Ok, itu sahaja. Hehe.

4. Penginapan (bergantung pada bajet dan keselesaan)

Hari pertama kami sampai, kami menginap di sebuah hotel. Lucky Hotel namanya. Cuma hari tersebut, kami sengaja bereksperimen untuk tidak membuat sebarang ‘booking’. Akibatnya, hotel tersebut penuh! dan hanya ada 1bilik sahaja! Maka, bilik tersebut menjadi tong sardin! Sebuah bilik bersaiz 7×3 disumbat 5 orang!

Pada hari kedua, kami mendapat bilik yang lebiih selesa. 5000 Yen untuk 2 hari (RM200). Kelengkapan memang tiptop dan selesa!

Hari keempat, kami menginap di Kyoto melalui AirBNB. RM140 untuk 2 malam. Selesa! Kami pilih tempat penginapan berdasarkan ‘review’. Saya syorkan untuk guna AirBnB. Memudahkan.

Cuma bila berada di Homestay Jepun ni, pukul 10malam dan ke atas, mereka dah tidur. So, kena jaga suara supaya tidak membuat bising(jirang tetangga)

5. Pocket Wifi (perlu ada untuk google map, bukan semua tempat ada wifi)

Pocket Wifi ni penting, walaupun semua tempat ada aksess wifi percuma. Sekiranya terputus line, agak sukar untuk gunan google maps. Lagipun ‘unlimited’ tak rugi untuk gunakan. Kalau pergi ramai-ramai, boleh kongsi dan lebih jimat.

Dalam masa yang sama kita boleh gunakan untuk cek jadual perjalanan, tambang, jalan, dan lain-lain.

Sekiranya anda mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan mahir dengan selok belok perjalanan di Jepun, tak perlulah sewa pocket Wifi.

6. Shopping (ikut bajet)

Semasa kami pergi, 1000 Yen =RM40. Niat kami hanya mahu ‘travel’ so, kami tidak terlalu fokus pada tempat-tempat yang boleh menghabiskan duit.

Jika mahu beli jam GShock, cari yang ada International waranty. Boleh tengok di Bic Camera, 2nd floor. Sila bawa passport untuk claim tax.

Baca: 15 Tip Dan Itinerari 5 Hari 4 Malam Ke Pulau Okinawa, Jepun

melancong-ke-jepun-12

melancong-ke-jepun-13

melancong-ke-jepun-14

melancong-ke-jepun-17

melancong-ke-jepun-15

melancong-ke-jepun-18

melancong-ke-jepun-16

melancong-ke-jepun-20

melancong-ke-jepun-11

Ini tips tambahan bagaimana kami jimatkan lagi kos.

1. Tukar duit di Malaysia, lebih rendah!

2. Mantapkan stamina sebelum travel! Apabila kita banyak berjalan dan berbasikal di sana, lebih banyak kos boleh dijimatkan.

3. Makan untuk hidup, sekadar alas perut.

4. Semasa kami berada di Kyoto, kami berbasikal untuk menikmati keindahan perjalanan untuk ke Arashiyama. 30km je.

5. Pergi secara berkumpulan, 5 orang selesa, Banyak perkara boleh dikongsi.

6. Kami beli cenderahati di hadapan Osaka Castel, ‘fridge magnet’ disitu lebih murah berbanding tempat lain.

Ringkasan perjalanan kami semasa di Osaka, Kobe Garden, Nara, Dotonburi, Kyoto, Arashiyama.

Osaka Trip- 16-21September2016
Flight Pegi balik RM700
Tukar duit RM1,200
Brahim RM100 (10 bungkus)

100 Yen = RM4

Pocket Wifi 150 Yen seorang (6 hari, unlimited, sewa di Kansai Airport)

Hari 1 – 16/9/2016. KL-Kansai Airport

Tiket Train (JR Pass) 5 hari 9,000 Yen
Tiket Umeda Sky Building 1,000 Yen
Air Mineral 100 Yen
Train ke Namba 240 Yen
Duit bilik 320 Yen (1 malam. Setelah dibahagi 5 orang)

Hari 2 17/9/2016. Osaka-Kobe Garden

Sewa Homestay 5000 Yen (2 malam)
Mineral dan aiskrim 290 Yen
Sewa Tempat Simpan Beg 140 Yen (setelah dibahagi 5 orang)
Train 210 Yen
Kobe Garden 1400 Yen
Aiskrim 350 Yen
Train 210 Yen
Megi dan air 324 Yen
Train 240 Yen
Dinner 600 Yen

Hari 3 – 18/9/2016. Osaka-Nara

Bas 210 Yen
Lunch 750 Yen
Aiskrim 300 Yen
Bas 210 Yen
KopiAis 82 Yen
Pablo 400 Yen (setelah dibahagi 4 orang)
Takoyaki 250 Yen (setelah dibahagi 4 orang)
Makan Petang 360 Yen

Hari Keempat 19/6/2016. Kyoto-Arashiyama

Sewa Homestay 5520 Yen (2 malam. Setelah dibahagi 5 orang)
Train 260 Yen
Roti 150 Yen
Bas 230 Yen
Sewabasikal 300 Yen
Baju hujan 250 Yen
Makan 282 Yen
Air Mineral 100 Yen

Hari 5 – 20/9/2016. Kyoto-Arashiyama (Repeat)

Air Mineral 100 Yen
Sewa Basikal 300 Yen
Train 210 Yen
Payung 200 Yen (Setelah dibahagi 5orang)
Train 210 Yen
Kfc 800 Yen

Hari 6 – 21/9/2016. Kyoto- Osaka Castle

Bas ke Kyoto City 230 Yen
Roti dan Air 225 Yen
Train, kyoto-Osaka 560 Yen
SalahTiket 240 Yen
Namba-Kansai Airport 240 Yen
Air Mineral 110 Yen

Kami menaiki train lain (selain pass pelancong) kerana lokasi yang mahu dituju tiada dalam laluan.

So, ini serba ringkas pengalaman yang saya dapat semasa travel ke Jepun. Walapun hanya 6 hari 5 malam, banyak pengalaman baru yang saya dapat. Terutamanya tentang budaya hidup masyarakat Jepun.

Mengembaralah untuk mengenal dunia dari sudut pandang berbeza. Luas perjalanan, banyak pengalaman. Gambate!

Nota: Apa yang dikongsikan mungkin tidak terlalu terperinci, ianya sekadar maklumat umum. Untuk lebih terperinci, boleh google. Ada banyak maklumat yang lebih terperinci.

Baca lagi: Itinerari Dan Tip Travel 11 Hari Ke Osaka Dan Tokyo, Jepun Dengan Bajet RM3K