Perkataan ‘bajet’ sememangnya popular di kalangan rakyat Malaysia. Contohnya adalah nasi bajet, minuman bajet, hotel bajet, teksi bajet malahan itinerari bajet pun ada.

Kadang- kadang jikalau kita terlampau bajet membuatkan perjalanan kurang sempurna dan kita akan kekurangan sesuatu. Sebagai contoh, kerana terlampau bajet kita tidak menikmati makanan istimewa sesebuah negara dan kita sekadar mengambil gambar di beberapa tempat-tempat ikon tanpa melawati tempat tersebut. Rugi bukan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi di sini saya sediakan itinerari separa mewah dan tip-tip jika berkunjung ke Beijing untuk backpacker solo traveller.

1. Tiket penerbangan

Buat masa sekarang terdapat 3 syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan secara terus dari KLIA ke Beijing Capital IA iaitu Malaysia Airlines, AirAsiaX dan Air China.

Jika menggunakan Malaysia Airlines, penerbangan MH 360 akan tiba di Terminal 3 BCIA pada jam 1230 malam.

Perjalanan dari KLIA ke Beijing mengambil masa selama lebih kurang 6 jam.

Tiket pergi balik ke sana yang boleh dikatakan murah adalah lebih kurang RM600 (AAX) dan RM1100 (MH dan CA).

2. Visa

Untuk ke China, visa adalah diperlukan untuk warganegara Malaysia. Antara cara yang paling senang untuk membuat visa adalah dengan pergi sendiri ke tingkat 2, Plaza OSK, Jalan Ampang yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi hingga 3 petang.

Antara dokumen yang perlu dibawa adalah seperti passport, borang permohonan yang siap diisi, 2 keping gambar passport China ,tiket penerbangan dan juga tempahan hotel.

Jika anda mempunyai passport lama sila bawa bersama. Ini kerana kadang-kadang pihak kedutaan juga memerlukannya dan boled disiapkan dalam jangka masa selama 4 hari.

3. Makanan

Makanan halal adalah senang di perolehi disana terutama di area Nui Jie. Persoalannya, adakah kita boleh menerima rasa makanan tersebut. Masakan mereka kurang pedas dan agak tawar.

Jadi, untuk lebih selamat bawalah makanan sendiri dari Malaysia sebagai contoh Maggi, serunding, sardine dan sebagainya.

Makanan di sana harganya adalah standard seperti nasi goreng yang berharga 18 Yuan, nasi dengan lauk 20 Yuan dan sebagainya.

tips-bercuti-di-china-10

tips-bercuti-di-china-1

tips-bercuti-di-china-2

tips-bercuti-di-china-3

tips-bercuti-di-china-4

tips-bercuti-di-china-5

4. Pakaian

Pakaian hendaklah selesa mengikut musim. Saya berkunjung kesana pada musim panas, pakaian yag sesuai adalah yang nipis dan tidak berlapis-lapis.

Diingatkan, supaya memakai kasut untuk keselesaan terutama ketika mendaki Great Wall.

5. Penginapan

Hostel disekitar Beijing adalah dalam lingkungan RM 50- RM 70 sekali. Boleh dikatakan agak murah.

Jika ingin menginap di hotel pula, julat harganya adalah dalam ligkungan RM150- RM250 untuk hotel bintang 2 dan 3.

Saya mencadangkan boleh tinggal di kawasan Hutong . Kawasan ini amat popular dan mudah untuk memperolehi makanan halal.

Pilihlah kawasan penginapan yang berdekatan dengan subway.

6. Penukaran wang

Di China matawang yang digunakan adalah Yuan atau RMB. Membuat penukaran di Malaysia adalah lebih murah jika dibandingkan dengan disana.

Saya cadangkan spot yang paling murah adalah di sekitar KL Sentral dan juga Mid Vallley.

Bawalah lebih sikit, mana tahu nak shopping berabis nanti.

7. Google map dan seangkatan dengannya

Jalan disekitar Beijing mempunyai banyak lorong-lorong yang kecil, jadi google map amat berguna untuk mengelakkan dari tersesat.

8. Kamus dalam Bahasa Mandarin

Kebanyakkan warga Beijing kurang fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Jadi, untuk mengelakkan daripada bercakap seperti ayam dan itik, eloklah download kamus yang boleh translate ke Bahasa Mandarin. Percayalah, hidup anda akan lebih mudah dengannnya.

Pastikan anda juga membuat senarai perkataan penting yang sudah di translate ke Bahasa Mandarin.

Baca: Cara Ke Tembok Besar China Tanpa ‘Tour Guide’ Dan Di Lokasi Kurang Pelawat

tips-bercuti-di-china-7

tips-bercuti-di-china-8

tips-bercuti-di-china-9

tips-bercuti-di-china-11

tips-bercuti-di-china-12

9. Bawa botol

Seperti yang kita sedia maklum, tandas di Beijing tidak mempunyai air. Botol kosong boleh digunakan untuk mengisi air sebelum ke tandas.

10. Scam ada di mana-mana

Kalau boleh elakkah dari menaiki beca, kerana ramai kena scam. Kalau nak naik sangat pastikan deal betul-betul sebelum menerima service tersebut. Banyak lagi Scam di Kota Beijing seperti scam mengurut, fotografi dah lain- lain.

11. Tambang bas dan subway

Di Beijing, antara pengangkutan yang utama adalah bas dan Subway. Harga bas adalag tetap sebanyak CNY 2 untuk sekali perjalanan manakala Subway adalah CNY 3- 4.

12. Kad pelajar

Bagi sesiapa yang bergelar pelajar, pastikan anda membawa kad pelajar bersama. Ini adalah kerana bagi sesetengah tempeh diskaun akan diberikan jika anda menunjukkan kad pelajar. Pasti berbaloi sampai ada potongan sehingga 50 %.

Itenarari
Hari 1
Sampai di BCIA pada jam 1 pagi, tidur di lapangan terbang.

Antara spot yang terbaik adalah di aras 1, aras perlepasan sangat penuh dengan warga China yang ingin pulang ke kampung.

Tiada surau disediakan ( surau hanya ada selepas immigration) , jadi pandai- pandai sendiri untuk sembahyang.

Jam 7 pagi bergerak ke City centre menaiki Airport Express berharga CNY 25 selama setengah jam.

Menyewa basikal untuk meneroka sekitar Hutong CNY 20

Makan tengahari di restoren makanan halal CNY 40

Check in hostel selama 3 hari sebanyak CNY 80 / hari

Melawat Summer Palace

Kos
Pengangkutan ( Airport Express CNY 25, Subway CNY 9)= CNY 34
Tiket masuk Summer Palace = CNY 60
Makan = CNY 40
Sewa basikal = CNY 20
Hostel = CNY 240
JUMLAH = CNY 384

Hari 2
Pergi ke Great Wall , Badaling

Cara kesini adalah samada menggunakan keretapi atau bas. Kalau menaiki Keretapi hendaklah mengambil Subway Xizhimen dan ke Beijing North Railway Station. Tiket keretapi sangat cepat habis dah option lain adalah menggunakan bas.

Saya menggunakan perkhidmatan bas kerana kehabisan tiket keretapi, naik Subway line 2 ke Jishuitan dan ke Stesyen Deshengmen naik bas bernombor 877. Perjalanan adalah selama 1 jam 30 minit.

Seharian di Great Wall. Pastikan anda membawa makanan yang cukup dan pakain yang sesuai.

Makan malam di restoren muslim

Kos
Tiket masuk ke Great Wall = CNY 40
Subway = CNY 8
Makan = CNY 30
JUMLAH = CNY 78

tips-bercuti-di-china-13

tips-bercuti-di-china-14

tips-bercuti-di-china-15

tips-bercuti-di-china-16

tips-bercuti-di-china-17

Hari 3
Jingshan Park, Forbidden City, Temple of Heaven , Tiananmen Square, Monumen Pahlawan ( Naik Subway turun di Tiananmen Xi Station ( Line 1 dan 2)

Great Wall of People. ( Turun di Station Chongwenmen , Subway Line 2 dan 5)

Makan malam

Kos
Tiket masuk Temple of heaven = CNY 10
Tiket masuk Forbidden City = CNY 60
Subway = CNY 6
Makan = CNY 30
JUMLAH = CNY 106

Hari 4
Water Cube , Bird’s nest , Beijing National Stadium ( Turun di Station Olympic Forest Park, Subway line 8 ). Kalau nak view yang cantik, waktu yang sesuai adalah pada waktu malam.

Pasar Wongfuijing , boleh beli cenderahati disini .

Shopping di Xidan Comercial Centre ( Turun di Stesyen Xidan)

Masjid Nuijie ( Boleh naik Subway turun di dan keluar ke Exit A2 dan naik bas nombor 10 dah berhenti di Niu Jie Li Bai. Dekat masjid ini ada disediakan bilik mandi , jadi bolehlah membersihkan tubuh sebelum pulang ke Malaysia.

Makan sebelum balik Malaysia

Flight pukul 130 pagi balik ke Kuala Lumpur

Kos
Subway = CNY 12
Makan = CNY 35
Airport Express = CNY 25
Bas = CNY 4
Shopping souvenirs = CNY 100
JUMLAH = CNY 176

Jumlah keseluruhan yang saya berbelanja untuk trip 4 hari 3 malam ke Beijing adalah sebanyak CNY 744 (RM 450).

Kos ini dapat dikurangkan jika mengurangkan kos shopping, makan dan juga entrance fee. Siapa kata tak boleh ke Beijing dengan hanya kurang dari RM 500.

Ayuh, pastikan anda memasukkan Beijing ke dalam kalendar pelancongan anda.

Baca lagi: 7 Tip Untuk Rujukan Sebelum Anda Travel Ke Kunming, China