New Zealand merupakan antara negara yang menawarkan woking holiday bagi mereka yang gemar mengembara.

Menyedari hal ini, seorang gadis kecil molek bernama Salmi Shafie telah mengambil peluang ini untuk bekerja sambil mengembara di negara yang memiliki alam semulajadi dan pemandangan yang menarik ini.

Pernah bekerja sambil travel (working holiday) selama 9 bulan di New Zealand, bagi Salmi travel dalam tempoh waktu yang panjang bukanlah satu percutian, tetapi merupakan kerja sepenuh masa.

working-holiday-di-new-zealand-1

Long-term travel is not a vacation, it’s a full-time job. After many months away from home, after 2 mini-earthquakes, hundreds of perfect rainbows, thousands of mountains and seas, millions of cows and sheep, trillions of amazing and mesmerizing sceneries and uncountable random roadtrips; I’m finally home!

working-holiday-di-new-zealand-2

Second day of raya be like. Thank you boss buatkan stool. Height requirement to work for winter pruning: 180cm, CHECKED!

working-holiday-di-new-zealand-3

Menurut Salmi sebelum ke New Zealand selama 9 bulan, beliau telah ke Melbourne, Australia. Jadi jika diambil kira hampir setahun juga beliau merantau di luar negara.

Antara kerja yang dilakukan sewaktu di sana adalah memetik buah kiwi, epal, plum, pear, plum dan buah ceri.

Selain daripada memetik buah, Salmi juga pernah melakukan kerja membungkus buah, jadi pengasuh bayi kepada penduduk tempatan di sana selama 1 bulan dan bekerja sebagai pembuat patung kecil (dollhouse and miniature maker) sebagai pertukaran untuk penginapan dan makan percuma.

Selama 9 bulan itu juga Salmi telah bekerja di 4 lokasi iaitu di Auckland, Tauranga, Napier dan Hastings.

I work in the packhouse as a kiwi grader. Kerja 10 jam berdiri, statik, robot. I need to sort fruits for physical defects, colour, pest damage dan insects pee, and overall quality.

Kiranya kiwi 1st class saja akan stay atas roller untuk dipack. Kiwi 2nd and 3rd class akan dibungkus untuk jenama lain, bukan Zespri.

Sehari habiskan 300 tong jadi berjuta lah kiwi nk kena check atas roller berpusing-pusing laju. Tak ada motion sickness pun boleh jadi juling.

Kadang-kadang kena jadi packer, wrapper, labeler or buat box/tray preparation, sebab position tak fix so everyone kena tahu buat semua benda.

Jadi kepada sahabat handai rakan taulan yang makan kiwi ingat-ingat la ada orang tengah menderita kat sini

Selain daripada belajar tentang berbagai ragam manusia dan tentang hidup, working holiday juga menjadikan Salmi terasa lebih dekat dengan Sang Pencipta.

Memandangkan esok – 20 Januari 2016 merupakan hari di mana permohonan secara online bagi visa working holiday di New Zealand akan dibuka, Salmi telah berkongsi tips untuk memohon visa ini.

Baca: Itinerari Ke New Zealand Selama 13 Hari Dengan Bajet RM3500

working-holiday-di-new-zealand-4

working-holiday-di-new-zealand-5

working-holiday-di-new-zealand-6

working-holiday-di-new-zealand-7

My morning routine. Feeding & riding the horse, Lily the Pink

Bagi anda yang berminat untuk turut merasai pengalaman seperti Salmi, inilah tips daripada beliau:

1. Ramai yang tanya ‘you pakai agent ka?’ atau ‘you agent ka?’ the answer is ‘NO, Tidak, nehi kabi nehi’. Ni memang pergi sendirian berhad dari awal sampaila dah selamat balik Malaysia.

2. Mungkin ramai yang dah tahu, jadi untuk yang tak tahu lagi saya memohon  Working Holiday Visa (WHV).

Visa ni untuk menggalakkan orang-orang muda (umur 18-30 tahun saja) untuk travel ke New Zealand.  Pada waktu yang sama boleh kerja untuk tampung kos travel di sana. Maklumla segala mak nenek kat New Zealand ni mahal.

3. WHV sah selama 6 bualn saja untuk rakyat Malaysia tapi ia boleh dipanjangkan untuk 3 bulan lagi dengan syarat dah pernah buat kerja bermusim (seasonal works) selama 3 bulan.

Jadi total 9 bulan max boleh tinggal kat New Zealand. Masa nak mohon visa extension dia akan minta 12 slip gaji. Jadi setiap minggu dapat gaji je payslip kena simpan dan kumpul hingga cukup 12.

4. Visa ni boleh mohon pada bulan Januari setiap tahun. Tarikh tak tetap setiap tahun,  kena selalu semak di website.

Setiap tahun 1150 permohonan saja yang dibuka. Jadi peluang adalah terhad, siapa cepat dia dapat.  Visa ni mohon online saja, dekat website New Zealand immigration.

Yuran dia NZD165. Ada syarat-syarat lain lagi boleh baca sendiri dekat website www.immigration.govt.nz.

5. Bagi permohonan untuk 2016/2017, tarikh untuk memohon adalah pada 20 January 2016 jam 10am waktu New Zealand (pukul 5 pagi waktu Malaysia). Jadi boleh berjaga satu malam atau bangun awal pagi untuk memohon.

6. Awal-awal lagi dah boleh register siap-siap ID dan password kat website tu.

Salin dan simpan ID dan password korang sebab bila dah nak mula memohon kena log in dulu. Buatlah kajian banyak-banyak dulu sebelum memohon, fahamkan betul-betul.

7. 4.30am dah boleh standby siap-siap depan pc, laptop, tab, ipad, mobile sebab page ni akan hang, error, unable to click disebabkan trafik yang tinggi dan banyak masuk ke website.

Guna semua gadget, who knows mobile page may load faster kan? Masa 2014 visa semua habis dirembat dalam masa 30 minit saja.

working-holiday-di-new-zealand-11

The longest place name in the world; Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoro­nuku­pokaiwhenua­kitana­tahu.

Which means “The place where Tamatea, the man with the big knees, who slid, climbed, and swallowed mountains, known as land eater, played his flute to his loved one.”

working-holiday-di-new-zealand-13

Eyegasmic, fantastic, magnifique scenery — at Te Mata Peak.

working-holiday-di-new-zealand-9

Antara kerja sewaktu jadi pengasuh budak selama sebulan.

working-holiday-di-new-zealand-10

My free (all-day) breakfast. Sambil picking sambil masuk mulut.

working-holiday-di-new-zealand-12

Sewaktu farewell party.

8. Pastikan korang sediakan semua maklumat peribadi, kad kredit untuk bayar permohonan, maklumat dalam passport (passport details jangan ada salah taip nanti kena reject).

Kena banyak bersabar, banyak refresh, tangan kena laju sebab macam-macam nak kena isi (banyak page), jangan giveup. Saya dulu refresh 2 jam, kesabaran menggunung bak Misty Mountains.

9. Jangan buat keja separuh jalan lepas tu give up. Jangan jadi arnab yang masuk lumba lari rehat tengah jalan, jadilah seperti kura-kura.

Sebab kadang-kadang jika ada 1 daripada 1150 yang ditolak, mereka akan umumkan peluang permohonan lagi. Kena browse website selalu.

10. Lepas dah buat bayaran NZD165 tu dan dah jumpa perkataan ‘congratulations’ maknanya dah berjaya la tu.

Dah boleh rileks makan koci sambil tunggu email electronic visa daripada NZ immigration.  Yang tak berjaya tak yah dok pi teriak kat bantal, boleh cuba lagi Januari tahun.

11. Good news for you people now Air Asia dah bukak route KL-Auckland (all-in fares) from rm499! So tunggu apa lagi, now everyone can fly.

12. Jangan takut. Kalau hobbit petite berat kurang dari 40kg ni pun boleh survive kat sana, korang pun mesti boleh.

Serious you are more capable than you realize. You will never know how true that is until you’ve been thrown far out of your comfort zone. It is all depends on luck to grab the seats so I wish you GOODLUCK and enjoy New Zealand!

Baca lagi: Pemuda Melayu Ini Berkongsi Bagaimana Beliau Travel Sambil Bekerja Di New Zealand

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram