Saya baru saja kembali dari travel dengan cara memandu sendiri di Melbourne, Australia selama 5 hari 4 malam. Saya ke sana bersama 4 orang rakan.

Di sini saya kongsikan 12 tip sewaktu travel di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. LESEN MEMANDU

Cukup sekadar membawa lesen memandu Malaysia (dwibahasa) dan tidak perlu “International Driving Permit” di Australia. Pemanduan di Australia sama dengan Malaysia. “Right Hand Drive”.

2. KAD KREDIT

Kad kredit adalah WAJIB dan tunai tidak diterima di kebanyakan syarikat kereta sewa. Sila pastikan Baki di dalam kad mencukupi. Ini adalah kerana, sesetengah syarikat akan “hold” deposit bila kita menyewa kereta & deposit ni agak tinggi bergantung kepada terma syarikat.

Ada acara untuk mengelakkan deposit ni saya akan ceritakan di bawah. Bagi syarikat Europcar, dia akan hold 20% dari kos sewaan + €300 + jumlah sewaan.

3. INSURANS

Kepada yang sudah ada travel insurans, dicadangkan untuk tetap mengambil ‘full insurance‘ dengan syarikat kereta sewa. Sebagai contoh Syarikat AVIS –Premium Waiver. Europcar- GoZen insurans & East Coast Car Rental – PRW Insurans.

Ini kerana, insurans penuh ini akan tanggung apa-apa yang terjadi seperti kemalangan pada kereta (excess reduction) . Jika anda mengambil insurans penuh (PRW) dengan syarikat East Coast, anda tidak perlu membayar deposit lagi.

Baca: 4 Risiko Besar Yang Ramai Traveller Pandang Remeh Sewaktu Mengembara

bercuti-di-melbourne-2

Honda CRV 2.4, 5 seater. Family SUV ni paling murah jika sewa dgn syarikat East Coast Car Rental. Lebih kurang RM700++ sahaja untuk 5 hari.

bercuti-di-melbourne-1

Lorne Stop dalam perjalanan dari Torquay ke Port Campbell, Great Ocean Road. Lebih kurang 243 km.

bercuti-di-melbourne-3

Perkhidmatan tram tergendala selama 1jam disebabkan seorang pemandu dari timur tengah yang tersilap masuk ke laluan tram dan melanggar tram sehingga terkeluar dari landasan. Inilah pentingnya memahami sistem hook turn.

bercuti-di-melbourne-4

Jumaat di Geelong sebelum drive lagi 243km dari Torquay ke Warnambool.

bercuti-di-melbourne-5

Sunset di 12 Apostle, Great Ocean Road. Jalan sepanjang hampir 243km ni dibina oleh tentera Australia yg selamat & pulang drpd WW1. Disiapkan selama 13 tahun disamping merupakan “War Memorial” terbesar. 5jam perjalanan dari CBD bermula dari Torquay-Anglesea-Lorne-Kenneth River-Apollo Bay-Port Campbell dan balik mengikut highway selama 3 jam lagi.

 

bercuti-di-melbourne-6

Melbourne University, Parkville Swanston Street. University Kedua tertua di Australia & paling tua di negeri Victoria. Dibina sejak tahun 1853. Jumpa beberapa org student dari Malaysia. Pelawat dialu alukan utk masuk melawat. Utk ke sini boleh naik free tram & turun di Melb University atau naik Free Shuttle Bus dari Flinders Street Station. Kalau drive, boleh parking di Sekitar kwsn Uni.

4. SYARIKAT KERETA SEWA

Ada banyak syarikat kereta sewa di Melbourne seperti East Coast, AVIS, Europcar, Hertz & lain2. AVIS dan Europcar agak mahal tetapi mempunyai banyak pilihan kereta berbanding syarikat lain.

Anda boleh membandingkan harga syarikat-syarikat ini di www.drivenow.com.au. Laman web ni berfungsi seperti laman web trivago untuk membandingkan harga hotel.

Saya memilih syarikat East Coast Car Rental kerana harganya yang murah bagi kereta jenis “Family SUV” dan tidak perlu membayar deposit apabila kita mengambil insurans penuh PRW.

5. CAR PICKUP

Bagi syarikat AVIS, EUROPCAR & HERTZ boleh ambil kereta di Tullamarine Airport Terminal 2. East Coast pulak boleh pickup di Tarmac Drive lebih kurang 2km dari airport. Ada free shuttle ke situ.

6. GPS

GPS bagi saya sangat diperlukan terutama di dalam kawasan CBD. Dengan GPS juga kita boleh tahu kedudukan kamera polis.

Tetapi sewa GPS agak mahal iaitu AUD30 sehari. Anda juga boleh download apps MAPS ME untuk Offline Maps atau beli simkad di airport dan guna WAZE sepanjang berada di Australia.

Harga simkad Optus +500mb internet + unlimited call & sms ialah AUD10 sahaja.

7. PERATURAN

Sila patuhi halaju. Kalau di highway pun hanya 100km/h sahaja. Di kawasan bandar 60km/h & kawasan taman atau perumahan 40km/h sahaja.

Ada banyak kamera & polis yang menyamar di Melbourne. Kebanyakan pemandu di sini semuanya mengikut peraturan halaju. Bagi yang travel bersama baby, anda diwajibkan untuk sewa child car seat sekali.

Pemandu yang berumur bawah 25 tahun, harga sewaan kereta akan jadi lebih mahal dan jika ada pemandu kedua, kita akan dikenakan charge lain.

Jadi, kalau nak jimat, seorang pemandu dah mencukupi.

8. E-Toll

Di Melbourne highwaynya tiada pondok tol. Semuanya automatik. Kalau anda sewa kereta dengan syarikat East Coast, kereta tu dah dilengkapi dengan e-tag.

Jadi, kalau kita lalu di highway yang berbayar, automatik akan tolak amaun tersebut dari kad kredit anda.

Sepanjang saya memandu di Melbourne, hanya ada satu highway berbayar iaitu CityLink dari Flinders Street untuk ke Shrine of Remembrance. Anda boleh set untuk elakkan laluan bertol dengan GPS.

9. HOOK TURN

Memandu di kawasan CBD (Bandar) agak bahaya. Saya pernah memandu di Germany, Italy, Austria & Thailand. Tetapi percayalah, memandu di Melbourne CBD paling mencabar dan bahaya kalau kita tak faham sistem ‘Hook Turn‘.

Jalan di dalam bandar berkongsi dengan laluan tram. Untuk pusing ke kanan di traffic light, anda perlu berada di sebelah kiri dan berhenti seketika di tengah-tengah simpang sehingga lampu isyarat ‘hook turn‘ hijau.

Anda boleh belajar di youtube apa itu ‘Hook Turn’. Depan mata saya seorang Pak Arab melanggar tram kerana tersalah masuk ke laluan tram. Jadi, berhati-hatilah.

bercuti-di-melbourne-7

bercuti-di-melbourne-8

bercuti-di-melbourne-9

bercuti-di-melbourne-10

bercuti-di-melbourne-11

bercuti-di-melbourne-12

10. MINYAK

Harga minyak berbeza mengikut stesen. Disini, kita perlu isi minyak terlebih dahulu sebelum bayar di kaunter. Harga minyak di bandar lebih murah berbanding di luar bandar.

Harga lebih kurang AUD0.98 sehingga AUD1.24 seliter. Jangan beli jika lebih daripada harga diatas. Pilih minyak jenis e10 utk lebih murah.

11. PARKING

Parking sangat susah di dalam kawasan bandar. Hotel pun belum tentu ada sediakan parking. Kalau ada sekalipun, bayarannya lebih kurang AUD25 sehari. Bagi yang sewa caravan, lagilah susah nak cari parking. Anda boleh park kereta di WILSON PARKING.

Ada banyak cawangan Wilson di CBD contohnya di Eureka Skydeck, Victoria Market, Flinders Street dan lain-lain.

12. TEMPAT MENARIK

Banyak tempat menarik yang belum tentu pengangkutan awam akan berhenti disitu. Dengan memandu sendiri, anda boleh stop dimana-mana pun.

Contohnya jika ke Great Ocean Road, kita boleh stop di Kenneth River (antara Lorne – Apollo Bay) untuk pegang koala secara percuma atau jika ke Phillip Island, boleh stop di San Remo untuk lihat ‘Pelican Feeding‘ tepat jam 12.00pm.

Tempat-tempat yang saya sebut, memang pengangkutan awam takkan berhenti.

Itu saja tips dari saya. Terima kasih.

Jika anda ke Geelong, mungkin anda mahu cuba nasib kejar Aurora Australis. Ini 15 Tip Mengejar Aurora Australis Daripada Warga Malaysia Yang Pernah Menetap 4 Tahun Di Australia