Ini adalah pengalaman saya dan rakan travellers yang lain menaiki caravan dan menjelajah bahagian selatan New Zealand selama 9 hari pada bulan Ramadhan yang lepas.

Jika anda ingin merancang untuk menyewa caravan sebagai medium anda mengembara, catitan saya ini diharap dapat memberikan anda sedikit sebanyak gambaran sebelum anda membuat keputusan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Harga

a. Kos caravan bergantung sepenuhnya kepada jenis model yang anda pilih. Ada caravan bajet dan premium.

2. Keselesaan bergerak di dalam caravan

a. Perlu diingat bahawa ruang dalam caravan adalah sangat minima. Jadi, sama-sama jaga kekemasan. Jangan disepah-sepahkan baju atau tuala etc seperti di dalam hotel.

b. Beg bagasi atau backpack pula hendaklah disimpan kemas di dalam ruang penyimpanan yang disediakan. Biasanya ada ruang compartment di bawah tempat duduk sofa. Jika tidak muat, simpan dahulu di katil di bahagian atas. Bila hendak tidur, kami keluarkan beg dan susun di tempat pemandu.

c. Caravan mempunyai banyak storage di bahagian atas juga. Setiap orang boleh ambil storage masing-masing dan susun pakaian dan barang keperluan agar mudah diambil, tidak perlu keluar masuk buka tutup ambil simpan bagasi selalu.

3. Tempat memasak

a. Di bahagian kitchenette juga terdapat banyak gobok. Susun bekalan makanan di dalamnya. Kami bawa lebih 20kg makanan dari Malaysia.

b. Pada mulanya kami memasak di dalam caravan. Kemudian, jurudapur kami merasakan lebih mudah untuk memasak di dapur campsite. Kadang-kadang kami makan dalam caravan, atau kami makan di ruang makan yang disediakan. Boleh menonton tv juga.

c. Memasak semasa memandu adalah mustahil sama sekali kerana dapur gas tidak akan berfungsi. Ikut arahan yang diberi.

d. Makan di kawasan laman juga lebih menarik, walaupun kami travel di waktu awal winter, suhu memang sejuk tetapi kami gagahi jua. Sebab seronok.

e. Sesetengah campsite menyediakan alatan lengkap untuk memasak. Ada juga yang meminta bayaran.

Baca: Inilah 20 Tip Cara Saya Berjimat Sewaktu Travel Di New Zealand

melancong-di-new-zealand-1
Skrin belakang yang sangat besar. Tingkap kiri kanan pun boleh tengok. Ibarat mimpi semua ni.
melancong-di-new-zealand-2
It’s winter now but the summer sun shines so brightly. Along the road I saw flowers still blooming. Then I saw tree leaves just falling. All four seasons in a day in this climate-confused country.
melancong-di-new-zealand-3
Snowy peak.
melancong-di-new-zealand-4
Trekked to the top to see the breathtaking view of Tasman Glaciers Lake and some icebergs. The global warming had some serious impact on the glaciers calving and expanding the lake. — at Aoraki/Mount Cook National Park.
melancong-di-new-zealand-5
Good morning! Like and share this photo if you wish to be here right now cos I do! — in Fairlie, New Zealand.
melancong-di-new-zealand-6
Sekarang masuklah waktu berbuka kawasan Tekapo dan sekitar. — at Mt John Earth And Sky Observatory.

4. Bantal dan selimut

a. Ada disediakan. Semuanya bersih baru lepas dobi.
b. Kami juga bawa sleeping bag sendiri, just in case.

5. Tandas

a. Terus terang, tiada orang yang mandi di dalam tandas caravan. Tandas ini kami buat sebagai tempat persalinan baju atau, sebagai emergency toilet. Biasanya, untuk hajat yang kecil-kecil saja.

6. Pemanduan

a. Di New Zealand, pemandu duduk sebelah kanan macam kita. Suka diingatkan kepada penumpang yang lain supaya duduk di kerusi masing-masing dan pakai tali pinggang keledar.

Jika caravan brek sedikit sahaja sudah cukup untuk membuatkan anda terhumban dan cedera.

7. Pembersihan bahan buangan dan isi semula

a. Setiap pagi, kami akan cuci bekas air kotor dan isi semula air bersih. Wajib buat sekurang-kurangnya satu kali sehari kalau tidak tandas dan sinki akan dinaiki air kotor.

8. Had laju caravan

a. 90km/j di lebuhraya (hanya ada tanda 100km/j yang dipasang dan itu adalah untuk kereta sahaja). Jadi had laju ini mesti ada dalam kepala.

9. Campsite

a. Kami guna aplikasi CamperMate untuk mengesan lokasi campsites di New Zealand. Boleh digunakan untuk mengetahui harga (bajet), kemudahan yang disediakan (seperti wifi, tandas, hostel, dapur dan alatan memasak), tip dan info seperti kawasan sekitar yang menarik untuk dikunjungi (things to see or do).

CamperMate dapat mengelakkan anda daripada kena saman (freedom camping fine) jika anda bermalam di kawasan-kawasan yang disarankan. Peringatan: hanya untuk Self Contained Vehicle (dilengkapi tandas, bilik mandi, bekas air buangan).

b. Parking caravan berbeza-beza antara campsite. Ada yang tetap (mengikut nombor parking), dan ada yang Siapa Nampak Dia Dapat.

Maksudnya, jika anda sudah masuk campsite tetapi keluar semula, mungkin tempat anda tadi sudah diambil orang. Tetapi jangan risau, kalau sudah penuh mereka tidak akan terima caravan lagi.

c. Dilarang membuat campfire. LOL.

d. Perlukah anda book campsite terlebih dahulu? Terpulang. Sesetengah orang mahukan fleksibiliti dan mungkin akan memandu lagi lama jadi mereka hanya akan berhenti di mana mereka berhenti. They too, wants to live dangerously.

e. Jika anda sampai di campsite sudah tengah malam atau pejabat sudah ditutup, selalunya mereka akan masukkan kunci spare di dalam kotak kunci yang disediakan. Bermalamlah dahulu, kemudian bayar esoknya. Tahap percaya yang sangat tinggi. Tetapi ingat, siapa cepat dia dapat. Kalau penuh, kenalah cari campsite lain.

Baca: Itinerari Ke New Zealand Selama 13 Hari Dengan Bajet RM3500

melancong-di-new-zealand-7
Poscard view at LakePukaki and Mount Cook
melancong-di-new-zealand-8
An environmental photographer  is checking on the Australasian Fur Seals (Arctocephalus forsteri) on shore of Katiki Point near Moeraki, South Island, New Zealand. — at Katiki Point Lighthouse.
melancong-di-new-zealand-9
Ready to hit the slope! (how’s your Monday?)m— at The Remarkables Skifield, Queenstown.
melancong-di-new-zealand-10
Looking at the blue glacier from afar. Today’s bad weather didn’t permit anyone to go near it, even the chopper (except the drone, because we said so). Anyway, back in the 80s the glaciers covered this area way beyond from where I stood. Even passed the carpark area. Global warming is alarming peeps.. Sekian pesanan dari Leonardo DiCaprio dan saintis NatGeo celup ini. — at Fox Glacier.
melancong-di-new-zealand-11
We arrived at this town Springfield in Canterbury and I was like, eh this name is like the neighborhood in The Simpsons. Little did I know that it has this big giant donut to honor our beloved Homer Simpson.
melancong-di-new-zealand-12
Lepak at your own risk. — at Tunnel Beach, Dunedin, New Zealand.

10. Pick up dan drop off

a. Boleh diuruskan dengan syarikat caravan. Anda juga boleh pulangkan caravan di mana-mana bandar yang terdapat di dalam senarai.

11. Kecemasan dan kerosakan

a. Hubungi syarikat caravan. Tempoh hari kami mengalami beberapa masalah; mentol lampu terbakar, heater bising, dan penutup power outlet tidak boleh dibuka.

Ini memang masalah kerana caravan tidak dapat menggunakan sumber elektrik. Syarikat akan memberitahu anda cawangan bengkel yang berdekatan lokasi anda.

12. Caravan yang ideal

a. Pilihlah caravan yang mempunyai tingkap yang besar di bahagian penumpang supaya anda juga boleh menikmati pemandangan yang amat memukau (enchanting) disepanjang perjalanan.

b. Jika tingkap kecil dan berjaring, anda akan kebosanan di belakang.

c. Jika mahukan keselesaan, ambillah caravan yang lebih satu kepala. Tetapi, kena bayar lebih lah juga.

Dan ini pula video yang sempat kami rakam sepanjang travel di New Zealand. Enjoy!