Pengalaman pergi ke Brunei Darussalam pada bulan lepas. Berikut tips untuk travel kat Brunei.

1. Kena sewa kereta sepanjang berada di sana untuk jimatkan kos dan untuk memudahkan pergerakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini kerana pengangkutan kat sana sangat tak cekap. Tunggu bas 2 jam belum tentu sampai. Kalau nak teksi, mahal gila. Tambahan lagi, mereka akan sewakan kereta kat kita dengan minyak yang penuh.  Yang ni kita puji.

Tambahan lagi, minyak kat sana murah. 10 Dollar Brunei dah boleh penuh minyak kereta, tapi, Stesen minyak kat sana tersangatlah sedikit.

Kalau buat anggaran, seluruh Brunei, mungkin ada dalam 5 Stesen minyak je kot atau lebih dari 5 buah tapi yang pasti memang susah nak jumpa stesen minyak berbanding Malaysia.

2. Lokasi menarik

Lokasi yang menarik kat Brunei tak banyak, tapi yang cantik satu tempat tu, iaitu Kampung Air.  Nak pergi ke sana kena naik bot (bayar 1 Dollar Brunei).

Makanan kat Brunei, lebih kurang sama macam Malaysia dan yang paling kelakar, warung mamak pun banyak (macam kat Malaysia jugak. Hahahaa. Rasa janggal pulak).

3. Kalau bawa kereta kat sana, jangan sesekali hon.

Pantang datuk nenek tujuh keturunan mereka kalau kita hon mereka (tak macam kat Indonesia, China dan India, hon perkara biasa dan tak semestinya hon tu tanda marah).

Tapi kat Brunei janganlah hon kalau tak nak cari masalah dengan orang tempatan. Tak percaya? Cubalah hon dan rasakan sendiri.

Kalau ada orang lintas jalan, kita kena bagi mereka jalan dulu sebab dah memang budaya kat sana.

Di Brunei, mereka pakai kereta import je sebab mereka tak keluarkan kereta sendiri. Kereta Malaysia yang jual kat sana pun kereta Saga FLX dan Perodua Viva.

Harga kereta sana murah sebab tak ada cukai kereta, yang ada hanya road tax.
Lagi best, kat sana tak ada tol (kecuali bila nak masuk Brunei melalui jalan darat dari Miri, Sarawak atau nak keluar dari Brunei melalui jalan darat ke Limbang, Kat dua-dua jalan masuk darat ni, ada tol.

Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Brunei. Jadi, jangan risaulah tentang lesen memandu kat sini.

brunei-2

brunei-3

brunei-4

brunei-5

4. Untuk backpackers, penginapan paling ideal adalah Hostel Belia Youth Brunei.

Harganya 10 Dollar Brunei untuk satu malam, siap ada kolam renang lagi dan wifi. Tapi hostel ini selalu tutup. Ini masalah utama yang melanda Hostel ini. Berdoalah banyak-banyak.

5. Kat Brunei, mereka boleh gunakan 2 jenis matawang iaitu Dollar Brunei dan Dollar Singapura.

Ini kerana nilai kedua-dua duit tersebut adalah sama. Jangan terkejut kalau pergi beli barang kat supermarket atau kedai-kedai kat sana, bila mereka pulangkan baki ada terselit dua tiga keping duit Singapura.

6. Air paip kat sana tak bersih macam Malaysia.

Air kat sana keruh sikit dan jangan terkejutlah. Air mineral harganya lebih mahal daripada minyak (Minyak RON 97 satu liter = 0.57 Dollar Brunei, Diesel satu liter = 0.15 Dollar Brunei, RON 92 satu liter = 0.30 Dollar Brunei dan Air mineral 1 liter= 1 Dollar Brunei.

Kalau lah petrol tu boleh minum, dah lama saya minum petrol je sepanjang berada kat Brunei. Hahahahaa

7. Tulisan Jawi memang mereka gunakan kat semua papan tanda dan iklan.

Sama macam kat Kelantan dan Kedah. Sehinggakan kat airport pun guna tulisan Jawi. Dari sudut ini, saya puji kerana masih mengekalkan tulisan Jawi yang semakin dilupakan kebanyakan masyarakat Melayu di Nusantara terutamanya Malaysia. Huhuhuu.

8. Universiti kat Brunei yang paling terkenal adalah Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Universiti ini merupakan universiti yang tertua kat Brunei, usianya lebih kurang 30 tahun.

9. Rakyat Brunei tak ramai

Keseluruhan Brunei ada lebih kurang 400 ribu penduduk sahaja dan dalam kawasan Bandar Seri Begawan, ada lebih kurang 200 ribu je.

Jangan terkejut sebab bila sampai sana, rasa macam kat Malaysia. Pekerja asing ramai kat sini termasuklah orang Malaysia, Nepal, Bangladesh, Pakistan, India, China, Indonesia dan Filipina.

Kalau nak tahu, ekonomi kat sini, orang asing yang pegang. Kalau kedai makanan berlauk ala-ala makanan Melayu, Orang Malaysia yang conquer kat sini.
Bangga pulak jadi rakyat Malaysia bila tengok ramai orang Malaysia yang berjaya kat Brunei.

brunei-6

brunei-7

brunei-8

brunei-9

brunei-10

brunei-11

10. Kat Brunei tak ada jual rokok.

Kalau jumpa orang hisap rokok, kemungkinan besar orang tu bukan orang Brunei dan rokok tu adalah rokok seludup.

Memang peraturan kat sana tak boleh hisap rokok dan tak boleh jual rokok. Tapi, banyak je yang hisap rokok secara sembunyi-sembunyi kat penginapan dan dalam rumah.

Cumanya kena seludup senyap-senyap atau kena pandai cari kaki yang tukang seludup. Nasib baiklah saya tak hisap rokok, huhuhuhhu.

11. Nak jumpa motor kat Brunei memang susah.

Sebab mereka selalu naik kereta je dan kalau ada pun motor yang cc500 keatas (motor-motor berharga mahal).

Nak jumpa motor Honda petak, Kriss, skuter dan seangkatan dengannya, memang tak jumpalah.

12. Bangunan kat Brunei kebanyakannya tak tinggi macam kat Malaysia.

Bangunan mereka rendah-rendah je dan kalau ada pun mungkin tak sampai 20 bangunan yang tinggi-tinggi.

Kalau datang Brunei, travel dalam 2 hari 1 malam dah cukup kot sebab tak ada banyak sangat tempat yang menarik.

Tambahan lagi, kalau travel kat Brunei ni sebenarnya agak mahal untuk backpackers.

Itu saja kot yang saya dapat kongsikan. Selamat mengembara.

Baca lagi: 9 Sebab Kenapa Sultan Brunei Dikagumi Ramai