Alangkah menariknya buat pasangan yang baru berkahwin untuk menginap di villa-villa yang dilengkapi dengan kolam renang persendirian. Ketika bercuti, mereka bukan sahaja dapat melawat tempat baru, tetapi juga menikmati masa bersendiri dengan pasangan dalam suasana yang privasi, jauh daripada hiruk pikuk kehidupan kota. Sebelum ini kami pernah berkongsi villa-villa menarik di Bali dengan kolam renang persendirian yang romantik. Pada kali ini kami ingin berkongsi 12 lokasi menarik di Malaysia yang menyediakan kolam renang persendirian:

1. La Villa, Langkawi

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sumber: La Villa Langkawi

La Villa Langkawi direka untuk memberi ketenangan kepada pengunjung. Pemandangan sawah padi yang terbentang luas, menambah unsur magik kepada villa ini. Villa mewah ini bukan sahaja mempunyai pemandangan sawah padi, tetapi juga gunung yang tinggi. Terletak di Pantai Cenang, dalam daerah negeri Kedah, villa ini terletak hanya 1km daripada Underwater World Langkawi. Harga satu malam bermula daripada RM1350.

Layari laman web La Villa Langkawi untuk maklumat lanjut.

2. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Sumber: Villa Samadhi

Villa Samadhi bukannya villa percutian yang biasa. Terletak di tengah kota, dengan pemandangan pencakar langit yang memukau, anda bakal tidak percaya dengan keindahan villa ini. Bilik-biliknya dilengkapi dengan katil yang empuk, bilik mandi yang luas, plunge pool yang terbuka dan balkoni persendirian. Tidak seperti hotel-hotel 5 bintang yang lain, villa ini unik sebagai sebuah villa yang kecil di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, dan setiap bilik menampilkan karakter tersendiri. Harga bermula daripada RM720 untuk satu malam.

Layari laman web Villa Samadhi untuk maklumat lanjut.

3. Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa, Cherating 

Sumber: Eastern Pavilion

Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, resort di Cherating ini terdiri daripada 12 buah rumah tradisional Malaysia, dan diberi nama negeri-negeri di Malaysia. Dengan keluasan 2.6 ekar, resort ini terletak berhadapan dengan Laut China Selatan, dan memberikan pemandangan yang amat menarik. Hiasan dalaman setiap rumah menampilkan gabungan rustik dan unsur tradisional Melayu dengan kemudahan moden. Harga bermula daripada RM660 untuk satu malam.

Layari laman web Eastern Pavilion untuk maklumat lanjut.

4. The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh

Sumber: The Banjaran

The Banjaran memang direka khas untuk pasangan, dan mereka tidak menerima tetamu di bawah umur 12 tahun. Villa mereka dengan keluasan 1667 dan 2808 kaki persegi, adalah di antara villa paling besar ditawarkan di pasaran. Lokasi ini amat sesuai untuk penggemar alam semulajadi dengan gua-gua semulajadi dan rimba di sekitar villa ini. Menariknya, mereka menawarkan kolam air panas semulajadi, konsep langit terbuka dan pagar yang memisahkan antara villa, jakuzi dan outdoor plunge pool. Harga bermula daripada RM1329 untuk satu malam.

Ketahui lebih lanjut dalam laman web The Banjaran.

5. Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai, Perak

Sumber: Felda Travel

Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, menjadi destinasi pilihan ramai disebabkan tawaran jakuzi air panas di setiap villa dengan harga mampu milik. Dengan pemandangan gunung-ganang dan langit yang membiru, residen ini menawarkan villa 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik. Air panas disalurkan daripada kolam geoterma semulajadi. Anda juga boleh melawat kolam air panas yang lebih besar berhampiran residen ini. Harga villa bermula pada RM600 satu malam. Pilihan yang jauh lebih rendah adalah dengan menyewa bilik pada kadar RM180 satu malam dan kemudian menyewa ruangan jakuzi persendirian pada kadar RM80 sejam.

Ketahui lebih lanjut di laman web Felda Travel.

6. The Westin Langkawi Resort & Spa, Langkawi

Sumber: Starwood Hotels

Tinggalkan kehidupan anda yang sibuk dan cas semula badan dan minda anda di pantai persendirian sepanjang 500 meter, menghadap Laut Andaman di samping lanskap kehijauan di The Westin Langkawi Resort & Spa. Terdapat beberapa jenis bilik dan suite dan 2 jenis villa yang boleh dipilih iaitu villa satu bilik dan villa premium. Harga villa seluas 1023 sehingga 3111 kaki persegi ini bermula daripada RM2255 untuk satu malam.

Ketahui lebih lanjut di Starwood Hotels.

7. Grand Lexis, Port Dickson

Sumber: Agoda

Grand Lexis adalah tempat percutiaan dalam suasana resort. Setiap villa di hotel ini dilengkapi kolam air peribadi yang dihiasi dengan lanskap menarik. Anda juga ditata dengan pemandangan Selat Melaka yang membiru. Dengan keluasan minima sebanyak 76.74 meter persegi, harga terendah tanpa sarapan adalah sebanyak RM500 semalam. Buat tempahan awal sekiranya anda bercadang untuk tinggal di villa ini semasa musim puncak, kerana harganya boleh meningkat dengan banyak disebabkan permintaan tinggi.

Layari laman web Grand Lexis PD untuk maklumat lanjut.

8. The Dusun (Sora House), Seremban

Sumber: The Dusun

Sora House adalah villa moden diterangi oleh cahaya semulajadi, dan pemandangan cantik hutan berdekatan. Sora bermaksud “langit” dalam bahasa Jepun. Sora House dihiasi dengan deko berwarna putih dan tingkap besar, menjadikan anda dapat menikmati pemandangan dengan lebih seronok. Sora House dilengkapi dengan plunge pool, dengan harga sewaan bermula pada RM950 semalam.

Hubungi The Dusun untuk maklumat lanjut.

9. The Datai Resorts, Langkawi.

Sumber: Expedia

Terletak di tengah-tengah kedamaian hutan, The Datai Langkawi adalah gabungan baik di antara satu resort moden dengan suasana alam semulajadi di sekitarnya. Terletak di Pulau Langkawi yang mistikal, setiap bilik, suite dan villa  menawarkan pemandangan menarik Laut Andaman. The Datai Langkawi menawarkan lokasi terbaik untuk berehat, dan Pantai Datai telah ditabalkan oleh National Geographic sebagai 10 Pantai Terbaik di Dunia. Harga bermula daripada RM2232 satu malam.

Layari laman web The Datai untuk maklumat lanjut.

10. Japamala Resorts, Tioman

Sumber: Japamala Resorts

JapaMala memanggil bilik dan villa di resort mereka sebagai ‘Sarang’. Di celah-celah rimbunan hutan, sarang-sarang yang diperbuat daripada rumah-rumah kayu ini dibina di pinggir bukit dan di tepi pantai. Direka dan dibina sekeliling lanskap semulajadi resort itu, setiap bilik menawarkan hiasan dalaman yang berbeza. Falsafah JapaMala adalah mengekalkan alam semulajadi dan telah menerbitkan inspirasi ‘rustic-luxe’ dalam rekaan mereka. Hanya villa seperti Seaview Sarang, Hillside Sarang dan Penghulu House mempunyai kolam renang mereka sendiri. Villa dengan kolam renang bermula dengan harga RM1310.

Ikuti laman web Japamala Resorts untuk mendapatkan promosi terbaik.

11. Bunga Raya Island Resort And Spa, Kota Kinabalu

Sumber: Bunga Raya Resort

Terletak di utara Pulau Gaya, Bunga Raya Island Resort & Spa terasa jauh daripada kesibukan bandar Kota Kinabalu walaupun berada hanya 15 minit daripadanya. Terdiri daripada 48 villa yang diperbuat daripada kayu, resort ini terletak di atas bukit dalam kehijauan hutan hujan tropika Pulau Gaya. Resort mesra alam ini memilih arkitek dan pembinaan gaya Borneo, dengan meminimakan pemotongan pokok-pokok di sekitar resort untuk pembinaannya. Setiap villa mempunyai plunge pool, dan balkoninya dibina menghadap Laut China Selatan yang membiru. Harga (published rates) villa dengan kolam renang bermula pada harga RM2500 termasuk cukai GST dan caj servis; dan perjalanan pergi balik bot, penggunaan alatan sukan air tanpa motor, sarapan, lawatan ke Pusat Ekologi Marin di Gayana Eco Resort, koktel dan Wi-Fi tanpa had.

Hubungi Bunga Raya Island Resort & Spa untuk maklumat lanjut.

12. The Villas (Sunway Resort Hotel And Spa), Kuala Lumpur

Sumber: Sunway Hotels

The Villas terdiri daripada 17 villa yang dilindungi oleh pagar batu yang tinggi dan kehidupan flora yang merimbun, anda tidak akan percaya anda berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Terletak berhampiran Sunway Pyramid, villa ini hanya dapat dimasuki dengan pegawai pengiring villa yang bertugas. Ianya hanya terbuka untuk pengunjung yang berusia 12 tahun ke atas, dan ianya amat sesuai untuk pasangan yang mencari suasana sunyi dan mendamaikan untuk menikmati masa bersama. The Villas juga menyediakan akses eksklusif ke The Pavillion – iaitu lounge persendirian dan kafe untuk tetamu The Villas. Harga bermula daripada RM1499.

Layari laman web Sunway Hotels untuk maklumat lanjut.

BACA Lagi: 9 Resort Atas Air Dengan Suasana Romantis Untuk Bulan Madu Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram