Nota Editor: Nota ini ditulis dan dikongsikan di Vocket oleh seorang usahawan makanan yang kuat berusaha, Tuan Firdaus Yasin. Beliau berkesempatan berjumpa secara face-to-face dengan Chairman ABS Ainon Holding Sdn Bhd & PTS Media Group Sdn Bhd, Puan Ainon Mohd. Sesungguhnya, 120 minit yang beliau dapat bersama-sama dengan Puan Ainon adalah masa-masa yang sangat berharga.

120 minit bersama Puan Ainon Mohd

Setibanya di rumah Puan Ainon sekitar jam 11pagi, kami terus ke meja membawa makanan untuk dinikmati bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Puan Kam, laksam ni bagi pada jiran sebelah, makanan ni sedap, makanan sedap kita kena kongsikan pada jiran-jiran supaya mereka pun dapat menikmati kenikmatan yang kita rasa,” pesan Puan Ainon Mohd kepada pembantu rumahnya.

Puan Kam mengambil laksam yang Tuan Ahmad Ismisolihin Ismail bawa untuk diberikan kepada jirannya.

Semasa kami sedang asyik memerhati kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar rumah Puan Ainon, beliau menyuruh kami berdua ke belakang rumahnya (kolam).

fy02
Firdaus Yasin

Berborak di sana lebih seronok.

Dijemput Ke Majlis VIP

Sambil memotong jambu air yang saya bawa, Tuan Ismi membuka cerita tentang pengalamannya dijemput oleh seorang VIP ke majlis hari jadinya.

Semasa berada di rumah itu, Tuan Ismi insan yang paling muda dikelilingi oleh tetamu daripada pelbagai latar belakang.

Antaranya ahli politik yang berpengaruh dan pemilik-pemilik bisnes besar!

Sepanjang pemerhatiannya, mereka yang hadir TIDAK LANGSUNG berborak tentang POLITIK.

“Dato’ X, kenapa I call you tak dapat?"

Dato’ X menjawab, “Telefon I tak bawa, ada di dalam kereta.”

Tuan Ismi memerhati sambil belajar sesuatu.

Tuan rumah iaitu VIP yang menjemputnya, memperkenalkan Tuan Ismi kepada tetamu-tetamu yang hadir.

Mereka sangat berminat dengan kelainan yang ditonjolkan oleh Tuan Ismi.

Baju batik yang dipakainya! Baju batik yang direka khas dengan design menarik.

Setelah diperkenalkan oleh VIP tersebut, maka berlakulah beberapa urusan perniagaan dengan Tuan Ismi.

Setelah mendengar cerita Tuan Ismi, Puan Ainon memberikan “point-point” penting.

Adab-Adab Seni Balairong Seri

Ini tentang adab-adab seni Balairong Seri.

“Tuan-tuan yang baik, ini semua permainan orang-orang kaya."

"Mereka akan adakan beberapa majlis hari jadi untuk beberapa kumpulan.
Mereka tidak jemput semua kenalan-kenalan mereka pada satu masa.
Sungguh!"

"Pertemuan mereka telah diatur, tetamu-tetamu yang bakal dijemput juga telah dipilih. Ini semua permainan orang-orang kaya!"

"Mari saya ambil contoh lagi, majlis perkahwinan."

"Tempat duduk mereka juga telah diatur oleh tuan rumah, si pulan A akan duduk dengan siapa? Si pulan C akan duduk disebelah siapa?"

"Majlis-majlis yang mereka adakan adalah lapisan luar sahaja tuan-tuan."

Perhubungan semasa majlis berlangsung itu lebih tinggi nilai ekonominya buat mereka-mereka yang hadir."

"Tuan-tuan orang muda, pilih-pilihlah dengan orang kaya mana yang tuan-tuan mahu berkuli. Pastikan matlamat tuan-tuan jelas, mahu berkuli untuk apa?"

"Apabila matlamat jelas dan besar, segala cabaran akan menjadi kecil."

"Ini tips dari saya tentang adab seni balairongseri. Apabila berada di majlis-majlis seperti itu, elakkan berbual tentang tiga topik ini: agama, bangsa dan politik."

"Diam bukan bermakna tiada pendirian. Cuma menjaga hubungan baik dengan semua orang lebih penting!"

"Orang-orang kaya sangat menjaga tentang adab-adab ini. Bisnes adalah bisnes.
Perjuangan dan pendapat peribadi simpan kemas-kemas di dalam diri."

"Tuan-tuan, kadang-kadang seandainya kita menerima jemputan pertama ke majlis mereka, mereka lebih gemar ambil pendekatan untuk 'try' dulu."

fy03
Firdaus Yasin

"Jadi, sebelum tuan-tuan mula berurusniaga dengan mereka, pastikan tuan-tuan mempunyai ahli pasukan (syarikat)."

"Ini dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka pada tuan sekiranya mereka mahu meneruskan hubungan perniagaan dengan tuan!"

"Jangan baru pertama kali jumpa sudah mahu terus menjual! Ini pantang besar bagi mereka!"

Serah Diri Kepada Majlis

"Tadi tuan ada ceritakan tentang telefon seorang Dato’ yang berada di dalam kereta."

"Begini tuan…"

"Mereka sangat menghormati majlis orang lain. Mereka menyerahkan diri mereka seratus peratus pada majlis tersebut.

Apabila mereka menjawab panggilan dari luar, itu di anggap seperti kurang sopan. Panggilan orang luar lebih penting dari majlis tuan rumah!"

Waktu ini Puan Ainon memandang ke arah saya beb! Telefon saya 2 biji kat atas meja!

Slow-slow saya ambil telefon dan letak di sebelah bawah, kerusi tempat sy duduk.

Krik… krik… krik…

"Sebab itulah pentingnya 'connector'. Rekomendasi dari pihak lain tentang kita lebih tinggi nilainya!"

"Tuan-tuan belajar sesuatu tentang adab-adab seni balairongseri ini?"

Kami berpandangan antara satu sama lain dan mengangguk sebagai tanda faham.

Perniagaan Pisang Goreng RM500 Ribu Setahun

Tuan Ismi meneruskan lagi perkongsiannya tentang kisah perniagaan pisang goreng yang membuat jualan hampir RM500 ribu setahun daripada 4 cawangan di sekitar Lembah Klang.

Jual pisang goreng je beb!

Kisah peniaga goreng pisang itu, Tuan Ismi ceritakan details terutamanya tentang SOP, marketing dan pengurusan ahli pasukan. Ini di antara rahsia-rahsia kekuatan perniagaan goreng pisang tersebut.

fy04
Firdaus Yasin

Puan Ainon menerangkan tentang kepentingan SOP dan pembangunan ahli pasukan untuk kita pergi lebih jauh.

Tuan-tuan, berniaga tanpa SOP ini pun ada kebaikannya. Berniaga main agak-agak ni pun ada kelebihannya.

Tak perlu pening kepala fikirkan dengan lebih detail.
Jika rasa-rasa macam tak berbaloi dan tak untung, tutup sajalah.

Nanti kita akan penat tuan-tuan.

Meniaga kembang kuncup, kembang kuncup.

Sebab itu pentingnya SOP dan ahli pasukan!

Tuan-tuan dah ada ahli pasukan?

Krik… krik… krik… (Kami senyum sahaja).

Hati kecil saya berbisik, “Bukan tiada ahli pasukan puan, tapi belum cukup mantap.”

Strategi profile Facebook

Saya meneruskan soalan, “Puan, kenapa buat Facebook profile yang baru?"

Puan Ainon mencicah jambu air yang berwarna merah pekat dan dicicah dengan serbuk asamboi “special homemade.”

Kunyahan kesegaran buah jambu air boleh didengari semasa puan Ainon mengunyah menunjukkan betapa rangup dan segarnya jambu air itu.

"Tuan, Facebook Puan Ainon Mohd saya bina untuk 'follower-follower' baru yang muda dan mahu memulakan perniagaan."

"Dipendekkan cerita, mereka yang 'beginner'".

fy05
Firdaus Yasin

"Saya amat memilih dengan siapa saya perlu berkawan di Facebook."

"Tuan ingat saya saja-saja buat Facebook baru dan hanya bermain Facebook?
Semua ini ada strateginya tuan-tuan."

"Sekurang-kurannya, saya letakkan KPI untuk setiap 'posting' saya di Facebook."

Tuan Ismi tiba-tiba hampir tersepak meja, ada kucing lalu di bawah kakinya dan serta merta dia terkejut!

"Potong setim betullah Tuan Ismi ni," cakap dalam hati.

Puan Ainon menyambung.

Sekurang-kurangnya, saya mensasarkan 150 'share' untuk keseluruhan posting saya di Facebook dalam tempoh sehari.

Dalam masa yang sama, saya turut meletakkan target untuk mendapat 100 orang 'follower' baru.

Semua yang saya buat ini sudah saya rangka strateginya.

Bukan suka-suka!

KPI Untuk Dipenuhi

Saya tanya soalan lain pula.

"Puan, bagaimana pula dengan Facebook profile Ainon Mohd yang mempunyai hampir 75,000 follower tu?"

(Perbualan rahsia antara kami bertiga.)

"Tuan-tuan, itulah sebabnya saya amat menapis dan meneliti setiap kali apa yang saya mahu kongsikan di Facebook."

fy06
Firdaus Yasin

"Saya ada tujuan dan matlamat yang mahu dicapai. Gaji saya telah dibayar untuk ini, saya ada KPI yang perlu dipenuhi."

"Dari setiap posting-posting itu akan menarik perhatian pelabur-pelabur dan bakal “partners” untuk ABS HOLDING."

Saya terus bertanya soalan.

Jangan Sibuk Selesaikan Semua Masalah

"Puan, mesti ramai followers yang 'PM' dan bertanya macam-macam soalan, kan?"

"Tak terlayan tuan kalau saya nak balas semua."

"Saya kongsikan di public tetapi tidak nyatakan siapa yang bertanya soalan.
Saya terangkan saja maklumat yang sesuai supaya orang lain dapat manfaatnya bersama."

"Tuan-tuan, dalam konsep 'problem-solving' kita jangan sibuk nak selesaikan semua masalah!

Ini silap besar.

Selesaikan masalah yang berada di dalam jangkauan kita sahaja, masalah yang berada dalam kawalan kita sahaja.

Faham tuan-tuan?"

Apabila menerima maklumat, proses perkara penting yang melibatkan dengan kelangsungan bisnes kita sahaja! Jangan proses dan terima semua maklumat!

"Terutamanya mereka yang tidak suka dengan kita (haters). Apakah mereka yang tidak suka dengan kita mempunyai kepentingan untuk kehidupan dan bisnes kita?

"Jika tidak,abaikan sajalah tuan.

"Jangan bebankan emosi tuan dengan golongan ini.

"Jalan Terusss.

(Non Significant Others).

"Sekiranya mereka yang memberikan maklumat, penting untuk kelangsungan hidup dan bisnes kita, ini penting untuk kita proses.(Pembekal, Mentor, Mentee, Staff, Pelanggan).

Significant Others.

Pesanan Terakhir

Hampir dua jam Puan Ainon berkongsi, saya kongsikan 60% daripada keseluruhan ilmu yang kami dengar.

fy01
Firdaus Yasin

Yang lain-lain saya boleh kongsi sekiranya kita duduk mengopi bersama.
Ini bagi menjaga sensitivity pihak lain.

Selepas selfie dengan Puan Ainon, beliau berpesan kepada kami berdua.

“Tuan-tuan, syarikat adalah kenderaan kita untuk membina kekayaan.

Binalah syarikat, bangunkan pasukan, mantapkan SOP.

Orang kita banyak dimomokkan dan ditakut-takutkan dengan kelemahan dan keburukan mempunyai syarikat dan anak syarikat.”

Kami senyum dan menngangguk tanda bersetuju.

“Lain kali kalau nak datang pastikan sudah ada pasukan dan SOP!"

(Puan Ainon membuat wajah serius sambil memandang ke arah kami berdua.)

Yang benar,

Firdaus Yasin.

BACA: Kisah Kejayaan Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan PTS

BACA: ‘Logik Bisnes’ Perkara Penting Untuk Dipelajari Apabila Mula Berniaga

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber