Selepas Toys“R”Us disahkan menutup cawangan mereka di Amerika Syarikat, nampaknya jenama sukan terkenal, adidas juga bakal mengikut jejak langkah yang sama berikutan terjejas dengan revolusi ekonomi semasa.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Kasper Rorsted selaku CEO adidas, beliau berpendapat penutupan butik atau kedai fizikal ini sebagai langkah untuk meningkatkan keuntungan dengan cara mengurangkan overhead bulanan secara menyeluruh.

CEO adidas, Kasper Rørsted

Trend pembeli yang semakin meningkat menerusi pasaran online antara yang membuatkan syarikat ini kini lebih komited untuk menguruskan pasaran online berbanding butik sedia ada.

Langkah yang dibuat adidas untuk menutup 12,000 butik di seluruh dunia pada tahun ini sahaja bertepatan dengan misi adidas untuk meningkatkan penjualan menerusi pasaran atas talian.

projects_Lighting_AdidasFlagship1

Berdasarkan laporan tahunan 2017, jenama sukan ini berjaya mencatat jumlah penjualan sebanyak $1.6 bilion (RM6.19 bilion) dan adidas mensasarkan jumlah penjualan sekitar $4.91 bilion (RM19 bilion) menjelang 2020. Penutupan sebanyak 12,000 butik ini bermakna adidas sedia untuk menutup 78% daripada butik sedia ada.

Buat para peminat adidas, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mula berjinak-jinak mendapatkan barangan jenama ini secara online sebelum butik di sekitar anda mulai tutup.