Polis Diraja Malaysia (PDRM) nampaknya sedia menggunakan kereta buatan Jepun iaitu model Honda Civic 1.8 S sebagai Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) untuk tugasan rondaan bagi menggantikan model kereta yang digunakan sebelum ini.

Difahamkan sebanyak 425 unit kenderaan MPV ini bakal ditawarkan secara berperingkat bermula hari ini sehingga Julai 2020. Model yang ditawarkan ini bakal turut dilengkapi dengan peralatan komunikasi RMPNeT, dashcam serta perakam video digital yang disewa secara konsesi melalui syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
101565353_2902252026496948_7460988032926089216_o
Sumber: careta

Bukan itu sahaja, PDRM juga bakal menerima sebanyak 850 kenderaan peronda selepas ini terdiri daripada 197 model Proton X70 1.8 dan 653 unit Honda Civic 1.8S bagi tujuan program penggantian kenderaan sedia ada bermula Julai sehingga September ini.

Majlis penyerahan sebanyak 30 unit Honda Civic 1.8 S ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada PDRM di Putrajaya pada hari ini. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador penggunaan kenderaan MPV terbaru ini sangat diperlukan melihatkan kenderaan PDRM sedia ada yang usang dan tidak selamat digunakan.

Penggunaan kenderaan peronda terbaru dengan teknologi terkini ini difahamkan dapat meningkatkan lagi kecekapan PDRM dalam melaksanakan tugasan harian.

101557711_2902253136496837_3238589822914265088_o
Sumber: Careta

Dilaporkan PDRM juga bakal turut menerima beberapa kenderaan lain terdiri daripada lori pengangkut, kenderaan Black Maria dan motosikal untuk polis trafik secara berperingkat.

Tular pada bulan April lalu apabila dua anggota PDRM berjaya menyelamatkan bayi pasangan Rusia yang sekaligus mendapat perhatian kedutaan Rusia.

Selamatkan ‘Bayi Lahir Di Hotel’, Kedutaan Rusia Ucap Terima Kasih Buat Dua Anggota PDRM

PDRM Pantau Kebanjiran Ysuku Dengan Modifikasi Melampau

Sumber