Mungkin ramai daripada pembangun aplikasi sebolehnya mahukan aplikasi mereka tidak digodam oleh pihak ketiga. Perkara ini sedikit sebanyak bakal membuatkan tugas mereka menjadi lebih sukar.

Lain ceritanya dengan 13 aplikasi ini yang secara ‘senang hati’ menawarkan khidmat penggodam untuk menggodam aplikasi ini. Melalui kerjasama Google bersama HackerOne, penggodam berpeluang menerima sebanyak $1,000 sekiranya berjaya menggodam aplikasi-aplikasi ini termasuk Dropbox, Snapchat, Tinder, Line dan Alibaba. Anda boleh klik untuk di sini untuk senarai penuh 13 aplikasi yang ditawarkan.

Apa yang dilakukan aplikasi-aplikasi ini bukanlah sesuatu yang baru, malah hadiah yang ditawarkan ini sedikit sebanyak mampu membolehkan syarikat-syarikat ini mengetahui loophole aplikasi mereka sekaligus menyelamatkan mereka ini daripada masalah yang lebih besar.

political-tinder-0001

Snapchat-iPhone-6

Menariknya mengenai program hacking pada kali ini, hadiah yang ditawarakan adalah daripada Google sebagai langkah untuk memastikan pengguna Android menggunakan aplikasi yang selamat daripada Google Play Store.

Sekiranya anda seorang hacker hebat, inilah masanya untuk anda tunjukkan kehebatan anda di platform yang tepat. Mungkin hadiah bernilai $1,000 ini bakal menjadi milik anda sekiranya anda berjaya menemui bug atau kelemahan dalam sistem sekurit aplikasi ini.