Kita tidak boleh kawal kegawatan ekonomi negara tapi kita boleh kawal dan perbaiki ekonomi kita sendiri.

1. Belajar kemahiran baru secepat mungkin, terutama kemahiran yang boleh ditukar kepada perkhidmatan yang boleh dijual kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Zaman gawat adalah zaman peluang. Kos pemilikan harta lebih murah dan rendah ketika gawat. Kumpul harta sebanyak yang boleh. Beli ketika orang lain sibuk menyimpan. Simpan ketika orang lain sibuk membazir.

3. Kumpul harta yang menjana pendapatan tahunan, bulanan, harian, minit dan saat. Aliran tunai (cashlow) sangat-sangat penting ketika ini.

4. Kerap ber “networking”, tambah kenalan, berkawan-kawan dan berkenal-kenal. Kerana kenalan adalah peluang, begitu juga dengan bersaudara mara. Kerap jumpa adik beradik dan ibu-bapa, eratkan silaturahim.

5. Jana pelbagai pendapatan sampingan bukan untuk tampung sara hidup tapi untuk mengumpul modal memiliki harta-harta murah.Tidak cukup hanya dari satu sumber (gaji) , pelbagaikan sumber pendapatan sebanyak yang boleh.

6. Kurangkan kos kehidupan (gaya hidup) dan hapuskan komitmen , fokus pada pengukuhan aliran tunai.

ekonomi-gawat-2

7. Berguru, bermentor, masuk kelas, seminar, bengkel, baca banyak buku kewangan.

8. Dekatkan diri dengan pencipta (Allah).

9. Mulakan perniagaan tanpa modal secara kecil-kecil untuk mengumpul pengalaman (menjual perkhidmatan keperluanĀ  lihat tips no 1 atau menjual produk keperluan).

10. Jadi pakar (unik) dalam sesuatu bidang dan pengkhususan. Tambah nilai diri dalam pasaran pekerjaan (untuk yang makan gaji).

11. Eratkan hubungan antara pasangan. Inilah masa untuk rapatkan saf. Bincang dengan pasangan hidup tentang realiti semasa serta cabaran yang perlu dihadapi, buat aktiviti mengukuhan ekonomi keluarga bersama-sama. Insya’allah, hubungan akan menjadi lebih intim dan erat selepas gawat berlalu pergi.

12. Jual barangan yang tidak diperlukan dan menyemak dirumah. Hentikan perkhidmatan yang bukan keperluan tetapi mempunyai ansuran bulanan. Lupuskan hutang-hutang kecil yang mengganggu aliran tunai.

13. Belajar ilmu pemasaran, belajar menjual diri. Ini sangat penting sama ada kerja makan gaji mahupun mempunyai perniagaan sendiri. Semua yang berjaya adalah jurujual.

Baca lagi: 9 Bisnes Yang Meningkat Naik Ketika Kegawatan Ekonomi