Dapat rebut tiket murah bagi penerbangan ke destinasi percutian semasa promosi berlangsung pastinya sesuatu yang mengembirakan kerana dapat berjimat dari segi bajet.

Apatah lagi harga tiket kapal terbang turut memainkan peranan penting dalam menentukan bajet keseluruhan bagi setiap trip. Bayangkan jika anda dapat jimat RM200 bagi harga tiket untuk satu-satu trip, terutama jika trip anda adalah bersama keluarga, pasti jimat banyak bak hang!

Bajet selebihnya bolehlah digunakan untuk aktiviti menarik di sepanjang percutian atau disimpan untuk trip seterusnya.

Malahan ada yang sanggup memburu tiket murah terlebih dulu. Destinasi ke mana tidak penting, yang penting dapatkan tiket murah dulu. Dah selesai yang ini baru fikirkan itinerari dan aktiviti yang akan dilakukan.

Bercakap tentang tiket kapalterbang dengan harga promosi, mereka yang sering memburu tiket murah pastinya mengakui AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang sering melakukan promosi dengan harga tangkap leleh.

Dan jika ada promosi tempat duduk percuma (free seat) pula, ada yang sanggup berjaga malam untuk dapatkan tiket. Eh siapa tak nak kalau dapat ke Medan dengan hanya RM80 pergi balik? Atau ke Bangkok RM90 pergi balik? Hanya bayar untuk airport tax saja dan boleh terbang dengan senyuman sebab dapat tiket murah.

Dan saya ada berita baik untuk anda. Kami baru saja dapat tahu promosi tempat duduk percuma AirAsia bakal kembali pada 13 June 2016 tepat jam 12am (GMT+8).

Disebabkan promosi tempat duduk percuma juga adakala boleh buat anda keliru (ada orang terutama newbie tak tahu mana satu promo tempat duduk percuma dan mana satu bukan), saya nak kongsikan 13 trick berikut agar anda dapat rebut peluang mendapatkan tiket tempat duduk percuma ini like a pro.

1. Register akaun AirAsia BIG Shot

airasia-big

Tempahan jadi lebih cepat dan mudah dengan akaun BIG Shot. Nak ada akaun BIG Shot kenalah register dan buka akaun dulu di AirAsiaBIG.

Dengan adanya akaun AirAsia BIG ia memudahkan anda untuk menempah tiket promosi, apatah lagi sewaktu promosi tempat duduk percuma sedang berlangsung.

Akaun BIG juga membolehkan anda membuat bayaran bagi tempahan yang telah dibuat sekiranya berlaku ‘payment error’ sewaktu proses tempahan – satu situasi yang sering berlaku sewaktu promosi berlangsung. Ia berpunca daripada kesesakan trafik di laman web AirAsia. Ramai yang serbu.

Tapi saya perasan ada juga yang dah ada akaun AirAsia BIG ini tapi tak digunakan dengan sepenuhnya. Ruginya awak. Cuba semak akaun anda di link BIG ini.

Saya pun ahli BIG dan akan gunakan akaun ini untuk buat tempahan terutama sewaktu promosi tempat duduk percuma berlangsung.

2. Register BIG Paay

airasia-bigpaay

Apa pula BIG Paay ni? Ia merupakan sistem payment getaway yang disediakan khas untuk ahli AirAsia Big. Apabila anda mendaftar dengan BIG Paay, informasi kad debit dan kad kredit anda boleh dimasukkan dan disimpan terlebih dahulu di dalam sistem BIG Paay.

Dengan ini proses membuat bayaran menjadi lebih mudah iaitu hanya dengan 1 klik saja. Sistem ini sangat membantu sewaktu trafik tinggi di website AirAsia terutama sewaktu promosi tempat duduk percuma sedang berlangsung.

Dengan BIG Paay anda hanya perlu pilih kad debit / kredit yang telah disimpan, enter CVV dan bayar.

Eh, selamat ke? Mestilah. Dah ramai yang gunakan payment getaway BIG Paay ni setiap kali buat tempahan tiket AirAsia.

3. Rancang lebih awal

air-asia

Nak dapatkan promosi tempat duduk percuma kena berebut. Yes, berebut. Dengan trafik yang tinggi sebab ramai pelanggan AirAsia yang melayari laman web ini, sebaiknya rancanglah lebih awal dengan menyediakan semua info seperti nama, tarikh lahir dan nombor passport / nombor IC mereka yang akan sertai trip bersama anda.

Nama travel buddy juga boleh dimasukkan dari awal di dalam akaun BIG anda di bahagian ‘My Friends & Family’ di bawah My Profile.

4. Fleksibel dan lebih daripada 2 destinasi

Letak target lebih daripada 2 destinasi sebagai back-up. Jika tak dapat rebut harga untuk destinasi A, boleh cuba destinasi B, C, D, E pula. Jangan stick pada 1 destinasi saja. After all its about the journey, not the destination.

5. Masih gagal buat tempahan di website AirAsia? Cuba di mobile pula.

air-asia-2

Jika carian anda melalui laptop seringkali dihantar ke ‘Waiting Room’, cuba mobile pula. Ambil handphone anda dan log on ke mobile.airasia.com.

Selain daripada itu, anda juga, boleh buat tempahan melalui AirAsia Mobile App (klik sini untuk Android dan sini untuk iTunes) untuk tempahan yang lebih lancar.

Selalunya tempahan secara mobile lebih lancar dan pantas berbanding di laptop. Dalam erti kata lain, jangan hanya tertumpu kepada 1 kaedah saja. AirAsia dah sediakan 3 platform berbeza untuk anda buat tempahan.

6. Maksimumkan penjimatan

airasia-value-pack-3c

Tahukah anda AirAsia turut sediakan ‘Value Pack’ di mana anda boleh tambah (add on) 20kg baggage, satu hidangan makan dan pilihan tempat duduk pada kadar lebih rendah sewaktu initial flight booking di airasia.com?

Ye, tawaran pada harga lebih murah ini hanya ada pada waktu anda buat tempahan tiket, bukan add on di kemudian hari atau beberapa hari sebelum terbang.

7. Hukum 10 minit di page ‘Search’ dan ‘Search Flights’

waiting-room

Anda hanya ada 10 minit di setiap page ‘Search’ dan ‘Search Flights’. Jika melangut lebih lama anda akan dihantar ke ‘Waiting Room’ secara automatik.

Itulah sebabnya anda perlu rancang lebih awal, sediakan semua informasi untuk tempahan selengkapnya sebelum lakukan carian bagi harga promosi tempat duduk percuma.

8. Elakkan tekan refresh semasa di ‘Waiting Room’

Adakala anda dihantar ke ‘Waiting Room’ kerana carian yang anda buat perlukan masa sedikit lebih lama. Jadi jangan tekan ‘refresh’ jika ini berlaku sebab jika dah refresh ia sama seperti anda baru dihantar ke ‘Waiting Room’ semula. Lagi lama kena tunggu nanti.

9. Disable ‘pop-up blocker’

Pastikan pop-up blocker telah di ubah tetapan kepada ‘disable‘ sebelum anda masuk ke website AirAsia.com. Ini sangat membantu dalam melancarkan proses membuat bayaran.

10. Jangan buka banyak tab

Jangan suka-suka buka tab yang banyak di browser yang sama dengan alasan nak cari tambang murah ke lokasi berbeza. Konon nak cepat dan banyak pilihan kan?

Jika berbuat begini, anda akan ada masalah semasa buat tempahan dan bayaran. Silap gaya anda salah tarikh penerbangan pula sebab dah pening dengan tab yang banyak. Haru biru jadinya beb. Membuka banyak tab juga menjadi punca anda dihantar ke ‘Waiting Room’.

11. Buat tempahan di awal pagi

promo-air-asia

Ehem, sebenarnya rasa berat di hati nak bongkar trick yang ini. Tapi tak apa lah. Siapa yang sanggup jadi burung pungguk boleh ikut tips ni. Cuba buat tempahan pada jam 2 ke 4 pagi. Demi tiket murah dan penjimatan berganda apa salahnya.

Jika ada kawan bolehlah pakat-pakat bergilir. Tambahan di bulan puasa ni, sambil tunggu link promosi tempat duduk percuma AirAsia dibuka, boleh makan. Lagipun tak ramai yang online di awal pagi.

12. Kenal pasti mana satu harga promosi tempat duduk percuma

air-asia-free-seat-promo-3c

Bila harga asas (base fare) yang terpapar ialah RM0, itulah harga tempat duduk percuma (free seats). Bermaksud caj untuk tempat duduk adalah percuma dan anda hanya perlu bayar untuk cukai dan yuran lapangan terbang (airport tax and fee).

Untuk contoh boleh rujuk gambar di atas di mana caj yang perlu anda bayar bagi penerbangan KL – Bangkok hanya RM40.92  (bayar untuk airport tax and fee sahaja). Tambang untuk penerbangan dan tempat duduk tiada (ie kosong).

Dan di bawah pula adalah contoh lain untuk anda lihat perbezaannya terutama di bahagian tambang (fares).

air-asia-free-seat-promo-2c

Nampak tak perbezaannya? Bagi destinasi KL – Bangkok, tambang yang dikenakan adalah RM238.08 + Airport Tax dan yuran. Bermakna ini bukan promosi tempat duduk percuma.

13. Jalan singkat (shortcut)

Yes, ada shortcut. Berikut saya kongsikan link ke 5 lokasi untuk anda terus buat tempahan promosi tempat duduk percuma tanpa perlu buat carian di website AirAsia. Hanya perlu klik di link berikut dan tempah (link akan dimasukkan dan diaktifkan pada 13 Jun nanti, jadi mohon bookmark artikel ini dan rujuk semula pada 13 Jun apabila promo bermula).

Link promosi tempat duduk percuma AirAsia ini adalah untuk lokasi percutian berikut:

1. Chiang Mai

2. Yogyakarta

3. Medan

4. Ho Chi Minh

5. Perth

Anda hanya perlu klik pada link di atas yang akan diaktifkan bermula tepat jam 12am (GMT+8) pada jam 13 Jun 2016, dan terus pilih tarikh tanpa perlu search lagi. Ini memang betul-betul shortcut.

Terdapat 3 juta tempat duduk percuma ditawarkan untuk promosi kali ini. Dan saya dimaklumkan promosi kali ini bakal buat ramai kaki travel meronta-ronta nak rebut seberapa banyak destinasi yang boleh kerana AirAsia bakal membuka jadual penerbangan baru sewaktu promosi tempat duduk percuma ini berlangsung.

14. Update: Saya tahu anda teruja, sama macam saya. Maka saya kongsikan dulu senarai harga dan destinasi bagi promosi tempat duduk percuma ini sebagai rujukan. Anda boleh semak destinasi dan harga promosi tempat duduk percuma dengan cara klik di link ini.

Mudah kan? Ok lah. Saya nak pergi masukkan info dalam akaun BIG sebelum promosi tempat duduk percuma bermula. Sediakan route, sediakan travel partner, sediakan duit, bersedia depan PC, simpan link mobile AirAsia di handphone dan install AirAsia apps. Yeah!