Dengan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara tidak dapat menerima pelarian Rohingya yang kelaparan mendarat di daratan mereka, dan negara asal mereka, Myanmar, mendakwa mereka tidak berasal dari negara itu dan mendakwa mereka memasuki Myanmar secara haram, warga Rohingya jelas adalah mangsa kepada sistem moden zaman kini. Mereka adalah mangsa yang tidak bernegara, dan tanpa kewarganegaraan.

1. Orang-orang Rohingya adalah minoriti muslim yang tinggal di Myanmar.

Baca: Kronologi Sejarah Rohingya Purba Sehingga Kini Di Myanmar

2. Walaupun sudah menduduki negara itu buat berkurun-kurun lamanya, Rohingya tidak diterima sebagai warganegara ataupun kumpulan etnik. Mereka adalah – tanpa negara.

Presiden Thein Sein menolak bahawa Rohingya, dengan populasi sebanyak 800,000 orang, adalah satu kumpulan etnik, dan memanggil mereka Benggali, mendakwa mereka datang dari Bangladesh dan akan dihantar pulang.

Pada kurun ke-19, ketika pemerintahan British, warga Rohingya datang ke Myanmar, yang ketika itu dikenali sebagai Burma. Mengikut pendapat sesetengah cendekiawan, dan orang Rohingya sendiri mengatakan mereka adalah penduduk negeri Rakhine, iaitu sebuah negeri di Barat Burma. Warga beragama Muslim telah tinggal di Rakhine, yang pernah dikenali sebagai Arakan, untuk berabad lamanya, walaupun tidak diketahui sekiranya warga Rohingya adalah cucu cicit orang Muslim itu.

Kerajaan Myanmar mendakwa warga Rohingya berada dalam negara secara tidak sah, dan negara-negara jiran tidak mahu menerima mereka.

Ini menjadikan mereka tanpa negara dan tanpa kewarganegaraan.

3. Pelarian Rohingya mesti membuktikan diri mereka untuk diiktiraf sebagai warganegara

Pada tahun 1982, undang-undang di Burma menyatakan, untuk diiktiraf sebagai warganegara mereka harus membuktikan nenek moyang mereka tinggal di Burma sebelum 1823, iaitu semasa British mentadbir Rakhine. Rohingya menyatakan bahawa fakta ini benar, dan nenek moyang mereka telah bermigrasi ke Burma beratus tahun dahulu, malangnya, mereka tidak mempunyai dokumentasi untuk membuktikan dakwaan mereka.

4. Beratus-ratus ribu warga Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar sejak beberapa tahun ini disebabkan penganiayaan oleh pelampau Buddha.

Sejak 3 tahun lalu, lebih 120,000 warga minoriti Muslim ini, telah menaiki kapal untuk berpindah ke negara-negara lain, dan terpaksa membayar jumlah wang yang besar kepada penyeludup manusia.

Hak mengundi mereka juga dibatalkan pada bulan Februari tahun ini.

5. Warga Rohingya tinggal di kedua-dua belah sempadan Myanmar-Bangladesh

Warga Rohingya tinggal di kedua-dua belah sempadan Myanmar-Bangladesh, dan 200,000 daripadanya berada di kem pelarian di Bangladesh, dalam keadaan yang teruk.

Mengikut UN Refugee Agency (UNHCR), terdapat 200,000 hingga 500,000 warga Rohingya di Bangladesh, dan hanya 30,000 daripadanya mempunyai dokumen dan tinggal di dua kem kerajaan, 2km dari sempadan Myanmar. Kebanyakan daripada mereka tinggal di kem pelarian tidak formal atau di pekan-pekan dan bandar-bandar, dan hidup dalam keadaan menyedihkan.

6. Myanmar menawarkan kewarganegaraan kepada warga Rohingya, tetapi dengan syarat menukar bangsa mereka kepada Bangladeshi, yang bermaksud mereka berada di negara berkenaan secara tidak sah.

Pada tahun lalu, Myanmar mengumumkan penawaran kewarganegaraan dengan syarat mereka menukar bangsa mereka sebagai Bangladeshi. Menurut warga Rohingya, sekaranya mereka memanggil diri mereka Bengali, bermakna mereka berada di Myanmar secara tidak sah, dan menolak tawaran tersebut.

Seorang jurucakap UNHCR memberitahu Reuters adalah mustahil untuk agensi itu menempatkan warga pelarian ini di luar negara kerana mereka tidak mempunyai kerakyatan. Mereka tidak dapat diiktiraf sebagai pelarian yang melarikan diri daripada penganiayaan dan konflik merentasi sempadan.

“Pelan (yang ditawarkan oleh Myanmar) adalah sangat merisaukan kerana ia akan melucutkan hak-hak warga Rohingya, dan mengunci mereka di kem-kem pelarian buat masa yang lama,” kata Phil Robertson , Timbalan Pengarah di Asia at Human Rights Watch.

7. Bangladesh juga menolak bahawa mereka adalah Bengali dan menganiaya mereka.

Kerajaan Bangladesh menolak dakwaan Rohingya dari Myanmar adalah Bengali, seperti yang ditegaskan oleh Myanmar. Bangladesh telah cuba menutup sempadan mereka kepada pelarian ini.

Tiada banyak perbezaan Bangladesh melayan warga Rohingya berbanding Myanmar. Pada bulan Ogos 2012, kerajaan Bangladesh mengarahkan tiga NGO – MSF, Action Against Hunger dan Muslim Aid UK – untuk menghentikan khidmat kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang tidak berdokumen.

Pada tahun yang sama, kerajaan Bangladesh mendakwa warga Rohingya bertanggung jawab ke atas serangan ganas terhadap kuil-kuil Buddha dan rumah-rumah di Cox Bazar, dan menggunakan dakwaan ini sebagai justifikasi untuk melakukan penangkapan besar-besaran terhadap warga Rohingya.

8. Negara-negara di Asia Tenggara juga menutup mata terhadap krisis kemanusiaan ini.

Kerajaan negara-negara di Asia Tenggara, bertahun-tahun lamanya mendiamkan diri terhadap nasib 1.3 juta orang warga Rohingya Myanmar, kini terperangkap dalam krisis kemanusiaan dan sedikit sebanyak bertanggung jawab di atas krisis ini.

Sejak tiga tahun lalu, 100,000 warga Rohingya telah menaiki kapal untuk melarikan diri.

Tetapi kerajaan negara-negara ini ‘menghormati’ permintaan Myanmar di perhimpunan serantau untuk mengelakkan perbincangan tentang diskriminasi yang ditaja oleh kerajaan terhadap warga Rohingya.

9. Buat bertahun-tahun lamanya warga Rohingya telah diseludup melalui bukit-bukau Thailand dan ‘disorokkan’ di kem-kem sehingga wang tebusan mereka dibayar.

Buat beberapa tahun, badan-badan hak asasi manusia dan wartawan telah melaporkan rangkaian penyeludupan manusia yang berkembang maju yang beroperasi dengan sokongan dan perlindungan daripada pegawai-pegawai yang telah dirasuah di selatan Thailand.

Pihak berkuasa berkata penyeludup menggunakan pergunungan Songkhla dan kawasan-kawasan berdekatan sebagai kem-kem sementara buat warga Rohingya sebelum menyeludup mereka ke negara seterusnya.

Dalam banyak kes, warga Rohingya membayar ejen untuk perjalanan ke Malaysia atau negara-negara makmur yang lain untuk kehidupan dan pekerjaan yang lebih baik. Malangnya, mereka akan ditahan sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya, manakala penyeludup memeras lebih banyak wang daripada keluarga di tempat asal mereka.

10. Penemuan terbaru menunjukkan sebuah kubur besar dipenuhi oleh orang-orang Rohingya

Polis menemui berpuluh-puluh kubur, mayat dan manusia dengan nyawa-nyawa ikan di sebuah kem terbiar di selatan Thailand. Kem itu sebelum ini digunakan oleh penyeludup sebagai perhentian sementara warga Rohingya dan Bangladesh sebelum membawa mereka ke negara seterusnya.

Pda 1 May 2015, pihak tentera bekerjasama dengan polis menemui sekurang-kurangnya 30 mayat di kem terbiar di daerah Sadao dalam wilayah Songkhla, berhampiran dengan sempadan Thailand-Malaysia. Banyak mayat ini ditanam di dalam kubur yang cetek, dan ada yang hanya ditutup dengan selimut dan pakaian.

Polis melaporkan mayat-mayat terdiri dari warga Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh, dan kebanyakannya mati kelaparan atau sakit sementara penyeludup itu menanti wang tebusan dari tempat asal, sebelum menyeludup mereka masuk ke Malaysia. Penyeludup ini dilaporkan telah berpindah ke kawasan hutan yang berbukit-bukau, dan membawa bersama warga Rohingya yang masih hidup.

11. Kawalan ketat yang baru dijalankan di kawasan-kawasan serantau memaksa penyeludup menukar taktik, dan mengakibatkan ribuan pelarian terperangkap di atas bot.

Selepas penemuan kubur besar dengan 33 mayat warga Rohingya dan Bangladesh, pihak berkuasa menyerbu beberapa kem penyeludupan di selatan Thailand dan mendakwa berpuluh-puluh pegawai polis dan pegawai-pegawai kanan yang bersubahat dalam kes itu.

Disebabkan operasi terbaru pihak berkuasa, penyeludup ini menukar taktik. Pada mulanya, mereka memindahkan warga pelarian ini dari kapal besar ke tanah besar melalui kapal-kapal kecil, apabila wang tebusan mereka sudah dibayar. Tetapi oleh kerana operasi pihak berkuasa, ejen dan broker yang bertanggung jawab memindahkan mereka tidak mahu meneruskan aktiviti ini dan menyembunyikan diri. Ini menyebabkan warga Rohingya dan Bangladesh ini terperangkap dalam kapal-kapal besar buat masa yang lama.

12. Ketibaan warga Rohingya di perairan Asia Tenggara tidak diterima dengan baik, dan mereka dihalau, dengan tiada tempat untuk mendarat

Ribuan warga Rohingya dan Bangladesh terbiar, setelah ditinggalkan penyeludup.

Thailand: Tentera laut berkata bahawa mereka telah memberi bantuan kepada bot-bot ini di perairan, dan ia telah menyatakan kesediaan untuk membenarkan mereka berlabuh di negara itu . Tetapi mereka tidak mahu mereka kekal di negara mereka, dan beberapa warga Rohingya mahu menetap di negara ini walaupun ia bermakna mereka harus hidup di dalam sebuah bot sempit.

Malaysia: Ini adalah destinasi utama bagi kebanyakan pelarian Rohingya, kerana ia adalah negara majoriti Muslim dan mengalami kekurangan buruh tidak mahir. Tetapi Malaysia dengan jelas telah menyatakan bahawa ia tidak akan menerima pelarian ini dan telah mengarahkan Tentera Laut untuk menolak mereka.

Indonesia: Seperti Malaysia, ia adalah sebuah negara majoriti Muslim, dan seperti Malaysia ia juga tidak mengalu-alukan warga Rohingya, dengan Tentera mereka mengarahkan kapal ini untuk menukar arah. Kumpulan pendatang yang berjaya mendarat pada awal Mei juga akan dihantar pulang, menurut kerajaan mereka.

13. Walaupun rayuan telah dibuat oleh PBB, tiada negara yang sanggup menerima Rohingya.

Walaupun rayuan telah dibuat oleh PBB dan kumpulan-kumpulan hak asasi, tiada kerajaan di rantau ini – Thailand, Indonesia atau Malaysia – bersedia menerima pelarian ini.

Sumber: Says.com

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram