Senarai makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah ini merupakan satu panduan yang boleh digunapakai oleh ibubapa dan penjaga kanak-kanak di luar waktu sekolah juga. Sebagai orang dewasa, kita bertanggungjawab memberikan yang baik dan menjauhkan yang tidak baik buat kanak-kanak yang baru belajar mengenali erti hidup.

Masa kini makin ramai kanak-kanak di usia muda mengalami penyakit kritikal seperti kanser dan kencing manis. Situasi ini menjadi satu kebimbangan kerana kanak-kanak merupakan aset negara yang bakal menjadi penyambung legasi dan penguat perkembangan tanah air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi memelihara kesihatan yang baik, penjagaan pemakanan kanak-kanak merupakan antara langkah yang patut dititikberatkan oleh ibubapa dan penjaga. Amalan makanan seimbang dan pengambilan nutrisi sebetulnya mengikut keperluan umur anak penting tetapi kerana kekangan masa, makanan segera atau cepat disediakan sebagai santapan anak. Asalkan tidak berlapar katanya.

Maka, mungkin ada yang akan berkata; “Jadi, nak bagi anak makan apa?” selepas melihat senarai di bawah ini.

Makanan Yang Dilarang Dijual Di Kantin Sekolah

1. Makanan diproses

makanan kantin 02

Ia termasuk sebarang penyediaan makanan yang mengandungi produk seperti di gambar di atas ini.

Kentang goreng, daging burger, sosej, nuget, bebola, kek ikan dan sate ikan merupakan antara makanan diproses yang sering dijual di kantin sekolah. Ia dimasak secara gorengan ini mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi.

Maka, pengambilan berlebihan dari usia muda akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

2. Produk-produk mi/bihun/ramen/kue tiau segera

Ini termasuk juga perencah. Semua produk ini mengandungi garam yang tinggi dan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit tekanan darah tinggi.

3. Makanan yang telah dijeruk

makanan dilarang dijual di kantin sekolah 3

Ia tertakluk kepada semua rasa termasuk masam, manis atau masin dan samada dalam keadaan basah atau kering. Contoh kulit limau, asam masin, jeruk mangga dan jeruk bawang.

Makanan jeruk mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi. Kajian juga menunjukkan proses penjerukan buah akan mengurangkan kandungan antioksida.

4. Gula-gula dan coklat

makanan kantin 03

Ini kerana gula-gula dan coklat mengandungi gula yang tinggi sehingga boleh menyebabkan seseorang mengalami karies gigi, jadi hiperaktif kerana mengambil tenaga segera berlebihan dan masalah berat badan dan diabetes.

5. Makanan yang berkrim atau bersalut gula

makanan kantin 08

Tinggi kandungan lemak dan gula akan menyebabkan karies gigi, tenaga segera berlebihan akan menyebabkan kanak-kanak menjadi sangat agresif, masalah berat badan, mengganggu pengambilan makanan yang lebih berkhasiat.

6. Makanan ringan

makanan dilarang dijual di kantin sekolah 7

Makanan ringan turut dipanggil makanan sampah kerana ia tidak beri manfaat kepada pengguna kerana nilai nutrien yang rendah. Malah ia boleh jadi punca menganggu pengambilan makanan yang lebih berkhasiat yang penting untuk tumbesaran.

Contoh extruded snacks (potato chips, crackers, prawn chips), keropok berperisa, kerepek, muruku.

7. Makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan

makanan kantin 10

Ini kerana ia telah menyalahi Peraturan Makanan 1985 iaitu semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.

8. Produk konfeksi ais dan ais krim

makanan kantin 11

Tinggi kandungan kalori dan gula akan menyebabkan terhasilnya tenaga segera berlebihan yang akan membuatkan kanak-kanak jadi sangat agresif, karies gigi, risiko kencing manis, masalah berat badan.

9. Makanan dan minuman yang melampaui tarikh luput

makanan kantin 05

Mengikut Peraturan Makanan 1985, sebarang makanan atau minuman yang melampaui tarikh luput tidak boleh dijual kepada pengguna.

10. Minuman yang dibancuh menggunakan kordial/krimer/manisan/serbuk 3 dalam 1/serbuk manis/whipping cream

makanan kantin 12

11. Minuman tenaga/isotonic/botanic/berkarbonat/jus buah komersil

makanan kantin 14

Minuman jus buah yang mengandungi kurang daripada 35% berat bagi isipadu jus buah termasuk di dalam kategori ini. Rasional larangan ialah kerana kewujudan kandungan kalori dan gula yang tinggi.

Minuman tenaga/isotonik/botanic yang membekalkan tenaga segera berlebihan akan menyebabkan kanak-kanak menjadi sangat agresif.

Manakala, minuman berkarbonat dan jus buah komersil boleh menyebabkan peminumnya mengalami karies gigi, meninggikan risiko kencing manis dan masalah berat badan.

Selain itu, pemanis tiruan di dapati boleh menyebabkan pengguna mempunyai keinginan untuk minum minuman manis (sugar craving) dan gangguan kepada sistem saraf dan tingkah laku.

12. Teh dan kopi

makanan kantin 13

Larangan ini hanya untuk murid dan pelajar sekolah sahaja. Buat pengetahuan anda, tanin dan kafein dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral seperti zat besi yang penting untuk proses metabolisme tenaga dan pengangkutan oksigen ke seluruh badan.

13. Makanan dan minuman beralkohol

Pengambilan alkohol memberi kesan buruk kepada kesihatan. Antaranya adalah kerosakan otak kekal, penyakit jantung, ulser pada perut dan anemia.

punca dilarang 07

Jika anda teliti baik-baik senarai makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah ini, rata-rata mahu mengelakkan pengambilan berlebihan gula, garam dan lemak. Langkah ini penting bagi mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak-kanak dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan.

Menurut Kajian Nutrisi Asia Tenggara, 1 daripada 5 orang kanak-kanak mengalami obesiti atau berlebihan berat badan di usia muda. Bagi menanganinya, ibubapa perlu bekerjasama mengawal pengambilan makanan anak.

banner makanan kantin 01

Maklumat ini telah diperolehi daripada Puan Azimah Zainal, seorang Pegawai Sains Pemakanan (nutritionist) yang telah mengikuti Latihan Pemerkasaan PIBG Dalam Menangani Obesiti Dalam Kalangan Murid Sekolah di Melaka pada 12 Ogos 2017 yang lalu.