Tip-tip ini sesuai untuk anda sama ada sebagai saksi kemalangan atau terlibat kemalangan atau jadi antara yang pertama sampai di lokasi kemalangan. Anda mesti jelas bahawa keberadaan anda di kawasan kemalangan itu hanyalah untuk melindungi mangsa kemalangan sehingga bantuan sampai. Itu bermakna anda bukan berfungsi untuk merawat mangsa pada ketika itu, anda hanya melindungi dan menyelesakan mangsa.

1. Jangan tinggalkan kawasan kemalangan

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Telefon pihak berkuasa

3. Kawal perasaan

4. Dokumentasi kemalangan

Pastikan anda catat maklumat-maklumat ini:

a) Tarikh dan masa kejadian
b) Lokasi kejadian
c) Nombor plet dan jenis kenderaan yang terlibat
d) Cara kemalangan berlaku
e) Nama orang yang terlibat dan nombor kad pengenalan
f) Rakam gambar dan/atau video

5. Buka lampu kecemasan dan perlahankan kenderaan

6. Sediakan ruang untuk bantuan kecemasan

7. Pakai jaket high visibility/papan tanda

Penting untuk beri amaran kepada pengguna jalan yang lain. Jika waktu malam, anda boleh memakai jaket high visibility. Letakkan tanda segi tiga kecemasan atau ranting-ranting kayu di atas jalan sebelum lokasi kemalangan agar pemandu lain dapat memperlahankan kenderaan mereka.

8. Periksa kondisi mangsa

Hanya melihat kondisi mangsa tanpa menyentuhnya kerana kita tidak mahu dituduh menjadi punca kemudaratan atau kematian mangsa sekiranya ia terjadi.

9. Jangan pindahkan mangsa

Jangan alihkan mangsa kerana usaha memindahkan mangsa boleh menyebabkan kecederaan mangsa bertambah parah kecuali situasi ketika itu melibatkan kebakaran atau mangsa dalam keadaan bahaya seperti hampir dirempuh keretapi.

10. Jika berkelayakan, bantu mangsa

Berkelayakan itu bermaksud memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam merawat orang seperti doktor, jururawat, paramedik atau orang yang mendapat tauliah dalam latihan bantuan kecemasan.

11. Bantu lancarkan trafik di kawasan kemalangan

12. Ingat kejadian sebagai saksi kemalangan

Penting jadi saksi kemalangan terutama apabila pihak bersalah memutarbelit fakta kejadian kemalangan dan menganiaya mangsa kemalangan. Maka, amat penting untuk anda jujur dengan apa yang telah anda nampak dan tahu.

13. Pastikan anda dalam jarak selamat daripada kawasan kemalangan.

Pasti anda tertanya-tanya apa yang patut dibuat jika kita langsung tidak boleh sentuh mangsa kemalangan atau mengalihkan mereka. Ada 3 perkara yang selamat untuk anda lakukan terhadap mangsa kemalangan iaitu:

1. Menyelimut mangsa dengan kain untuk memanaskan badan atau menghalang kejutan berlaku.

2. Lindungi mangsa dari cahaya matahari atau air hujan agar mangsa lebih selesa sebelum bantuan sampai.

3. Bercakap dengan mangsa dan menenangkan mereka dengan memberitahu bantuan akan sampai. Galakkan mereka untuk kuat semangat dan sabar.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram