Sedar tak sedar, lagi berapa hari sahaja hari raya nak tiba. Mesti anda sudah tidak sabar ingin balik raya. Baju raya, kuih raya semua sudah prepare, tapi kulit muka anda masih kusam dan tidak berseri. Takkanlah pagi raya nanti orang lain semua meletop tapi anda sahaja masih sama dengan kulit tidak bermaya itu.

Mesti anda tidak mahu kan? Kalau macam itu, jom usya antara produk-produk yang kami ingin kongsikan untuk anda nampak cun habis raya ni!

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

1. Malam raya, pastikan pakai SNP Jade Soothing Ampoule Mask ini dahulu!

giphy

Malam raya itu, sebelum anda sudah bersedia ingin tidur, jangan lupa prep kan wajah anda dengan face mask. Barulah esok apabila bangun, muka kelihatan segar dan berseri.

Kami cadangkan, anda mencuba SNP Jade Soothing Ampoule Mask ini. Diformulasikan dengan ekstrak teh hijau dan sodium hyaluronate. Ia membantu untuk melembut, melembab serta mencerahkan kulit yang kusam. Ia juga bagus untuk kulit yang sensitif.

Jade-soothing-ampoule-mask

2. Sebelum makeup, penting untuk apply  Dr.G Aquasis Water Soothing Gel Cream dahulu!

Kalau ingin makeup anda kelihatan kemas dan smooth, penting untuk apply moisturiser. Barulah foundation yang anda pakai nanti tidak bercapuk dan cakey. Kami ingin cadangkan anda mencuba Dr.G Aquasis Water Soothing Gel Cream.

IMG_02241-630×573

Apa yang bagusnya, ia mengandungi Aqua Soothing Water yang meningkatkan kelembapan selama lebih dari 48 jam! Krim yang bertekstur water gel ini memang tidak melekit, ringan dan terus menyerap setelah anda apply ke kulit. Bila keluar beraya waktu panas terik dan muka anda kemerah-merahan sebab sunburn, tidak perlu risau sebab Dr.G Aquasis Water Soothing Gel Cream ini boleh bantu kurangkan kerengsaan kulit.

3. Gosh Primer Plus + Skin Adaptor Anti-Pollution

gosh-primer-630×344

Penat makeup berjam-jam di pagi raya tu, mestilah kita ingin makeup kita tahan lama dan kelihatan sekata kan. Inilah masanya Gosh Primer Plus + Skin Adaptor Anti-Pollution datang sebagai penyelamat! Untuk pengetahuan anda, Gosh Primer ini sesuai untuk semua jenis tona kulit dan akan bagi kulit muka anda tampil lembut, sihat dan glowing!

4. Cyber Colors SPF50+PA++++ Black Label Essence Cover Stick Foundation

Ini memang antara foundation kegemaran kami! Senang untuk dibawa kemana sahaja sebab foundation ini jenis stick. Lepas itu, teksturnya yang creamy boleh beralih kepada tekstur powder untuk jadi kemasan matte finish. Nak blend pun mudah sangat dengan berus yang disediakan. Jika anda ingin jadikan concealer dan base sebelum pakai lipstick pun boleh!

Screenshot 2019-06-03 at 1.28.51 PM

Serius cakap, kami memang in love dengan foundation ini. Mengandungi Germany Chamomilla Recutita (Matricaria), ekstrak bunga dan ekstrak rosemary, ia bukan sahaja dapat menutup parut dan bintik-bintik pada muka, tapi dapat kekalkan kelembapan kulit, tahan lama dan jadikan muka anda nampak flawless!

Memang sesuai untuk kegunaan harian anda. Lihatlah hasilnya! Kami pakai kod #02 Natural.

before-n-after-foundation-630×315

5. Cyber Colors Anti-Shine Prime Powder

Screen-Shot-2019-05-29-at-1.23.18-AM

Selalunya apabila makeup, orang akan lebih pentingkan contouring atau highlight dan selalu lupa untuk “baking”. Bagi anda yang tidak tahu, baking ini penting untuk set foundation dan concealer, terutamanya kat bahagian bawah mata. Pilihan kami, mestilah Cyber Color Anti Shine Prime Powder ini.

Bedak ini juga boleh dijadikan sebagai primer, di mana ia akan pudarkan garisan halus, kedutan dan liang pori. Teksturnya yang ringan akan nampakkan makeup anda natural, segar dan tahan lama. Memang flawless lah wajah anda raya ini!

6. Cyber Colors Glam Eye Foil

Eyeshadow Cyber Colors Glam Eye Foil ini memang onz! Kesan shimmer dan glitter ini memang boleh buat mata anda nampak menyerlah. Kalau rasa ingin kelihatan glamor-glamor waktu raya nanti, bolehlah mencuba eyeshadow ini. Malah, senang sahaja nak apply, guna jari pun boleh. Tidak payah susah-susah nak blend dengan berus segala.

tumblr_ohq8iqaexE1qiis88o1_400

Kod-kod warna pun memang ngam. Kalau anda rasa ingin kelihatan bold, pilihlah kod #02 Metallic Bronze, kalau ingin kelihatan manis-manis, boleh cuba kod #03 Rose Gold.

artdeco-lipmatte-1-671×336

7. theBalm What’s The Tea? Eyeshadow Palette

WTT-Iced-1_1400x1400

Ini adalah eyeshadow palette pertama dari theBalm yang lengkap dengan primer. Bukan satu, tapi dua primer dan ada 9 warna eyeshadow berbeza yang memang pigmented!

SWATCHES-671×503

Nampak tak itu, calit sikit sahaja sudah lekat. Kami cadangkan sebelum pakai eyeshadow, anda apply dulu primer ini untuk hasil yang gempak dan pemakaian yang tahan lama.

Kami sudah cuba, memang recommended!

8. Anas Ultra Madness Mascara

Rasanya tidak lengkap solekan mata anda kalau tiada mascara bukan? Mascara ini penting untuk bagi mata anda nampak stand-out. Kalau tidak pakai eyeshadow, pakai mascara sahaja pun sudah nampak wow! Lepas ini, kalau anda mahu beli mascara, tolonglah beli Anas Ultra Madness Mascara ini sebab memang best teruk!

60940421_1073118399551380_5597745306334403857_n

Sesuai dengan namanya, Anas Ultra Madness Mascara ini memang pakar dalam memanjang, melentik dan melebatkan bulu mata. Paling best, ia direka dengan berus ‘bristles‘ panjang yang mampu meliputi setiap helai bulu mata dalam menghasilkan kelebatan maksima dengan hanya sekali sapuan. Tidak bergumpal langsung. Nampak kemas dan cantik!

anas-630×315

9. Gosh Strobe ‘N Glow #002 Blush

Hanya 1 produk, tapi anda akan dapat 4 warna. Kami memang minat betul dengan highlight Gosh Strobe ‘N Glow ini. Kod #002 untuk highlighter ini datang dengan empat gabungan warna serba glamor iaitu warna holografik putih merah jambu, dua warna shiny coral dan satu lagi warna matte merah jambu tua.

GOSH-Strobe-‘N-Glow-Kit-Review-2

Tengok pun tahu, tekstur Gosh Strobe ‘N Glow ini lembut dan creamy. Bukan sekadar highlighter, tapi kalauanda mahu jadikan eyeshadow dan blusher pun boleh. Senang mahu bawa bila balik kampung.

10. Gosh Lumi Drops Illuminating Highlighter

tumblr_oc0srb5sDn1va67j4o5_500

Ini satu lagi highlighter yang kami highly recommend! Senang cerita, kalau anda apply sahaja Gosh Lumi Drops Illuminating Highlighter ini, sebatu jauhnya orang sudah boleh lihat anda. Tekstur dia walaupun creamy tapi tidak melekit dan tidak nampak over.  Kiranya on-pointlah!

Screen-Shot-2019-05-29-at-1.53.32-AM

Lagi satu tips, kalau anda ingin glowing satu wajah, anda boleh drop kan satu titik Gosh Lumi Drops Illuminating Highlighter dalam foundation. Pasti anda akan glowing hari raya nanti.

11. ARTDECO Full Matte

artdeco-lipmatte-630×315

Lepas sudah siap pakai foundation, eyeshadow, highlighter semua, akhir sekali mestilah kena sempurnakan makeup anda dengan lipstick! Sekarang ini, trend makeup matte tengah in! Kami ingin kongsi dengan anda lipmatte yang kami suka!

ARTDECO Full Matte ini mempunyai tekstur yang lembut dan sangat pigmented! Lepas itu, ia cepat kering menjadi kemasan matte dan tahan lama. Tapi, ia takkan keringkan bibir anda.

12. Color Combos Be You Lipgloss

IMG_0212-e1559066603170-671×895

Akhir sekali, sempurnakan wajah anda dengan lipgloss! Untuk pengetahuan anda, Color Combos Be You Lipgloss ini adalah matte tau. Tapi ia sangat lembut dan selesa dipakai. Sesuai kalau anda mahu pakai bila-bila masa pun sebab ia tidak mengeringkan bibir dan tahan lama.

WhatsApp-Image-2019-06-01-at-1.20.40-AM-671×503

Yang penting, ia diformulasikan untuk mengekalkan kelembapan pada bibir anda dan tidak mengandungi paraben. Selamat!

13. Marina De Bourbon Crystal Royal Rose EDP

Screen-Shot-2019-05-29-at-7.36.23-PM

Kulit sudah cantik, makeup sudah on-point, mestilah kena wangi-wangi! Kami ingin perkenalkan kepada anda perfume yang memang wangi dan berbau mewah! Marina De Bourbon Crystal Rose EDP ini adalah wangian dari Perancis dan dicipta di Paris.

IMG_0233-e1559067023340-630×840

Untuk pengetahuan anda, duta wangian ini adalah Princess Marina de Bourbon Parme. Memang kalau anda sembur sahaja perfume ini, mesti orang tertanya-tanya perfume jenama apa yang anda pakai ini sebab bau dia memang mewah, klasik dan elegan.

Kat mana nak dapatkan semua ni? Mestilah di SASA!

d28e-630×252-2

Produk-produk awesome yang kami sudah berkongsi dengan anda ini semuanya ada di SASA. Kat SASA ini segala jenis produk kecantikan, alat kosmetik dan barangan penjagaan diri ada. Kalau masuk SASA gerenti anda akan rambang mata dan rasa ingin beli semua!

Yang penting, semua barangan di SASA adalah original! Yelah, cantik-cantik jugak, tapi kena sayang muka dan elakkan dari membeli produk tiruan dan tiada kelulusan KKM. Nanti, kulit muka rosak, menangis pun sudah tidak berguna. Bab harga jangan risau, sebab SASA selalu buat promosi.

Jika anda ingin kelihatan cantik berseri dan meletop raya ini, pastikan anda mencuba produk-produk yang kami sudah review ini. Confirm andalah yang paling vogue raya nanti!

Untuk lebih banyak update tentang promosi, diskaun dan produk terbaru, anda jangan lupa layari laman web SASA hari ini juga!

Anda Mungkin Suka