Mongolia from my eyes.

Korang kena pergi beb Mongolia. Korang ada tengok tak gambar aku? Best gila kot bagi yang sukakan natural, adventures, greener, mountaineer, dan semua lah pasal alam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi dilarang keras bagi yang sukakan kehidupan bandar, jenis kaki shopping, dan yang jenis mengada-ngada, Mongolia bukan bukan tempatnya. Di ingatkan sekali lagi, Mongolia bukan Paris, bukan Seoul bukan London.

Ok baiklah. Pada pandangan mata aku, Mongolia ni memang ramai tourist especially dari Europe dan Amerika. Ibu bandar Mongolia adalah Ulan Bator. Ulan Bator ni maksudnya Red Hero. Itu apa yang aku diberitahu.

Hotel Shangri-la ada kalau nak stay yang mahal. Jangan main-main walaupun butik Zara dan H&M dia orang macam kedai kopi kampung kite je.

Kebanyakan kenderaan di dalam bandar Ulan Bator adalah jenis hybric car. Aku dengar cerita hybric murah gila dekat sini. Honda Prius lebih kurang RM20-30k. Kalau salah tolong betulkan.

Di Bandar Ulan Bator jugak ramai Korean dan Korean-mart bersepah-sepah. Aku rasa ekonomi Korea lagi maju kenapa dia orang datang berhijrah ke negara orang ye? Emmm.

Di tengah bandar Ulan Bator, ada satu department store dan ianya agak terkenal lah kalau nak beli apa-apa makanan ke,cenderamata, dan lain-lain. Oh ye, kalau korang datang ke Ulan Bator, boleh beli sim kad di dalam department store ni tingkat 5. Mobicom kaler hijau RM30-40 untuk 2gb data dan 90 hari penggunaan.

Makanan di Ulan Bator aku rasakan lebih kurang harga seperti kedai mamak di Malaysia je. Makanan halal mahal sikit. Beriani ayam RM24 ( tapi penuh pinggan makan). Rokok Dunhill/Malboro/Mild Seven lebih kurang RM8 sekotak. Teksi ramai kaki tipu. Hati-hati lah.

Train station ke bandar adalah lebih kurang 3 km je dan korang boleh jalan kaki je. Kalau airport ke Ulan Bator lebih kurang 10-15 km macam tu. Bagi aku bandar Ulan bator ni agak membosankan kalau nak datang travel 3 hari 2 malam stay dalam bandar baik tak payahlah. Mati kutu nak buat apa.

Ulan Bator ni menjadi kebiasaan persinggahan kepada pengembara yang membuat pengembaraan trans-siberian merentasi China,Mongolia dan Russia. Kebiasaannya travellers akan berhenti dibandar Ulan Bator 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam.

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-2

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-3

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-4

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-5

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-6

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-7

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-8

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-9

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-10

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-11

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-12

Kalau korang singgah di Ulan Bator selama 3 hari 2 malam aku rasa korang boleh ke Gorki-Terelj National Park selama 2 hari 1 malam untuk merasai pengalaman tidur di dalam ger bersama orang nomad dan lagi 1 hari 1 malam tinggal di hostel di bandar Ulan Bator. Harga normal rate untuk tour ke national park lebih kurang 50-90$. Bergantung kepada bilangan orang.

Hostel yang aku syorkan di Mongolia ni (kepada backpackers) adalah UB Hostel, Sunpath Hostel dan Golden Gobi. Dormitory harga kebiasaan 6-8$ pernight.

Kebanyakan hostel-hostel disini dia orang akan ada perkhidmatan tour sama ada ke Terelj, Gobi atau Altai. Bergantung pada masa kamu. Kalau tinggal 5-8 hari boleh merasai pengalaman Gobi Tour, kalau 8-12 hari boleh ke Altai Tour. Depends on your time and money.

Tapi kalau nak contact freelance local tour guide yang bagus dan boleh bercakap English 100%, boleh pm tepi ok.

Harga biasa untuk ke gobi adalah 45$-60$ per day. Aku dapat harga 55$ per day. Dan aku ambil 6 hari 5 malamĀ  jadi total 330$. Kadang-kadang harga ni bergantung kepada musim juga.

Biasanya di Ulan Bator, Julai adalah peak season sebab dia orang ada Nadaam Festival. Jadi ramai pelancong datang.

Kalau datang Mongolia, aku sarankan pergilah melihat Gurun Gobi. Sumpah korang tak akan menyesal. Tapi jangan ambik trip yang lebih dari 7 hari sebab mungkin akan mula bosan dengan perjalanan 4-7 jam di atas jalan berbatu-bata setiap hari.

Gobi ni luas. 3 bahagian terbahagi di Gobi iaitu Middle Gobi, East Gobi dan South Gobi. Tapi yang sempat aku pergi just Middle Gobi dan South je. Macam-macam ada dekat Gobi ni. Pemikiran aku pasal Gobi adalah tanah lapang tandus gersang atau padang pasir macam tu. Tapi ianya tidak.

Sekarang aku nak bagitahu sedikit sebanyak persediaan kalau korang nak follow trip ke bumi Gobi.

Persediaan untuk ke Gurun Gobi :

1. Tisu basah dan tisu tandas

Di ingatkan ye, dekat Gobi tak ada shower kecuali korang bayar mahal dan tinggal do tempat yang agak high class. Bersiap sedialah dengan debu-debu dan kekotoran segalanya. Sebab itulah wet tissue bagi aku sangat penting. Untuk buang air besar sekali. Tandas dia orang usahkan air, tisu pun tak ada. Usahkan tisu kadang-kadang pintu pun tak ada. Memang koboi.

2. Losyen / Sun Screen

Kalau korang pergi musim panas, memang panas gila waktu siang dan sejuk gila waktu malam. Suhu jatuh sangat cepat. Jadi dinasihatkan bawak losyen atau sun screen untuk cover kulit tak nak jadi kulit biawak.

3. Topi

Matahari atas kepala.

4. Bandana / kain tutup muka

Sangat sesuai untuk digunakan semasa melalui tempat yang berdebu. Memang sangat banyak pasir-pasir halus dan debu diGobi. Boleh jugak buat tutup mulut kot-kot tidur menganga di dalam perjalanan van.

5. Sleeping bag

Seelok-eloknya ada sleeping bag sendiri. Tapi kalau tak ada kebiasaannya company tour akan bagi pinjamkan yang dia orang punya. Tapi sanggup ke korang nak pakai sleeping bag orang. Di dalam Ger, kebiasaan selimut di sediakan. Tapi bau kambing teruk. Kalau korang ok tak apa.

6. Bantal kepala

Diingatkan, perjalanan korang dalam van adalah 4-8 jam setiap hari dan akan melalui banyak jalan yang tidak rata. Jadi untuk tidur selesa di dalam van, gunakanlah bantal tengkuk macam aku. Jalan berbatu macam mana pun aku on je tidur.

Baca: Travel Solo Trans-Siberian, Gadis Ini Berkongsi Tip Melawat Tasik Terdalam Di Dunia

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-17
Keadaan tandas

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-18

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-19

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-20

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-21

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-22

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-23

tip-ke-gurun-gobi-mongolia-24

7. Makanan

Kalau korang ambil tour trip, biasanya dia orang akan sediakan makanan. Tapi belilah sedikit kot-kot makanan yang dia orang masak tak kena dengan anak tekak korang ke atau pun buat makan dalam kereta atau pun untuk diberikan kepada keluarga nomad nanti. Beli bar coklat buat tamabh tenaga sekali.

8. Air

Benda ni paling penting. Baik korang beli banyak-banyak. Senang nak buat wudhuk, minum, basuh kepala ke apa. Sumpah tak tipu. Aku beli 6 botol tak cukup kot 6 hari. Spare 2 botol untuk buang air besar. Dan belilah air energy ke vitamin sikit.

9. Ubat-ubatan

Perjalanan lama seharian ni kadang-kadang buat kepala pening nak muntah. Jadi bawaklah pill apa-apa untuk mudahkan tidur di dalam van. Dan juga minyak gamat ke sakit perut ke apa. Kita tak tahu esok macam mana kan. Lebih baik bersedia.

10. Buku

Bahan bacaan apa-apa je lah. Sebab kat Gobi nanti tak ada line internet. Jadi buku akan menjadi sahabat baik korang sebelum tidur, sementara menunggu makanan masak dan ketika dalam van.

11. Headlamp / lampu suluh

Kebiasaan Ger tak ada lampu. Jadi lebih baik lah bersedia. Mana la tau kan kot-kot nak buang air di tengah malam ke. Toilet jauh beb dari Ger korang kena jalan kaki. Jadi bagi aku lampu sangat penting.

12. Daun terup

Bawak lah buat hilangkan kebosanan dan untuk bersosial dengan orang yang kau jumpa nanti. Main kad dengan dia orang.

13. MP3 / list lagu yang banyak dalam phone

Sila sediakan senarai lagu yang banyak dalam phone kalau tak nak mati kebosanan mendengar throat song atau horse song Mongolia sepanjang setiap perjalanan. Mongolian people ni memang ketagih gila dengan horse song ni. Memberi semangat untuk dia orang.

14. Powerbank capacity besar

Kalaulah lampu pun tak ada, tak kan lah charger ada kat dalam tu kan. Selepas mendengar seharian lagu dalam van, mungkin battery phone akan berkurang. Jadi nasihat aku bawaklah powerbank tu. Kalau tak bawak wayar, caj dengan batery van yang korang naik.

Aku rasa ni lah semua yang penting dalam perjalanan ke Gobi selama beberapa hari. Please beware with the pick pocket at Ulan Bator. Tu je aku nak bagitahu. Ok guys.

Baca lagi: Impian Travel Bawa Pemuda Ini Mengembara Ke Laluan Keretapi Terpanjang Trans-Siberian