Alhamdulillah selepas cerita saya daripada seorang kerani menjadi usahawan dikongsi ramai, saya menerima beberapa mesej dan pertanyaan bagaimana mereka yang masih bekerja nak menjalankan dan menguruskan perniagaan.

Di sini saya kongsi pengalaman saya dan apa yang saya telah lakukan sepanjang saya masih bekerja dan melakukan perniagaan.

Mungkin tidak sesuai untuk semua orang tapi yang mane boleh pakai dan dibuat panduan semoga bermanfaat.

13 nasihat memulakan perniagaan bagi mereka yang sedang bekerja (kerajaan atau swasta):

1. Mempunyai ‘mindset’ yang betul

Berniaga rugi itu pasti, untung belum tentu. Jika tidak mempunyai minda sedemikian jika berlaku kerugian kita akan mudah jadi kecewa apabila kita kerugian dalam perniagaan. Maknanya kalau gagal kena cuba lagi.

2. Mulakan dengan modal yang kecil

Mulakan perniagaan dengan modal permulaan RM2000 atau lebih kecil. Kalau ‘terbakar’ tidaklah terlalu terasa (nasihat Puan Ainon).

Jangan habiskan duit yang ada untuk jalankan perniagaan. Kalau boleh gunakan duit yang kalau ‘hilang’ tidak menjejaskan makan dan minum kita seharian.

3. Ada ‘proksi’ atau rakan perniagaan yang membantu perniagaan

Jika ada patner sama ada adik-beradik, rakan atau isteri yang boleh bekerjasama menjalankan perniagaan bersama. Tugas kita sebagai perancang dan pemantau.

4. Waktu perniagaan

Pilih waktu perniagaan yang tidak melibatkan waktu kerja contohnya petang, malam dan hari minggu.

5. Tidak menggunakan alatan pejabat untuk kegunaan perniagaan kita

Dengan kata lain tidak menyalahgunakan peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi kerana ia melibatkan keberkatan hasil perniagaan yang bakal kita perolehi

6. Elakkan perniagaan yang guna banyk tenaga

Tidak menjalankan kerja sampingan yang ‘heavy’ dan menggunakan banyak tenaga. Ianya bagi mengelakkan tiada kualiti apabila melakukan kerja hakiki pada keesokan harinya.

7. Pilih kawan

Berkawan dengan orang betul dalam perbincangan ‘lepak’ ilmiah tentang perniagaan.

tip-usahawan-2

8. Berguru dan belajar

Berguru dengan mereka yang telah berjaya dalam bidang anda ceburi .Tidak bertanya dengan mereka yang bukan ‘ahli’.

9. Belajar urus duit

Belajar urus duit dengan betul, duit masuk dan keluar biar ‘tally’.

10. Tidak ‘merompak’ duit perniagaan yang anda lakukan

Ini yang biasa yang terjadi dikalangan kita. Tidak membuat akaun dengan betul dan mengambil hasil perniagaan sesuka hati sahaja. Berniaga untung tapi duit tiada. Jangan salahkan orang lain, anda sendiri perlu belajar mengawal dengan betul.

11. Gunakan sistem gaji

Ambil sistem gaji, tidak mengambil gaji terlalu banyak untuk diri sendiri tapi cukup sekadar keperluan. Ianya bertujuan duit keuntungan yang diperolehi bertujuan membesarkan lagi perniagaan sedia ada. Belajar ikut perut sementara.

12. Mula dengan dropship bagi perniagaan online

Bagi mereka yang pilih perniagaan online, anda disarankan untuk bermula melalui dropship dahulu kerana sistem dropship anda tidak memerlukan modal. Kemudian baru naik kepada ejen dan seterusnya kepada stokis.

Buat ‘step by step’ dan faham dulu selok belok perniagaan atas talian yang sebenar lepas tu baru ‘go through’ kepada ‘another level’.

Jangan tamak dengan angka keuntungan yang besar yang ditawarkan kerana jika anda jatuh tersungkur, ianya bukan perkara yang mudah untuk bangkit semula.

13. Fokus kepada satu perniagaan

Belajar fokus betul- betul kepada satu perniagaan sahaja sehingga berjaya. Jangan mudah melompat kepada perniagaan lain. Cuba tengok kelemahan kita bukannya pada perniagaan tersebut. Setiap perniagaan jika kena caranya insyaALLAH ada potensi untuk menjadikan anda jutawan.

Baca lagi: 9 SOP Jalankan Bisnes Secara Korporat Walaupun Jual Roti