Semalam berakhirnya 16 episod drama siri Suri Hati Mr Pilot yang mula ditayangkan di Astro Ria 104 pada 10 Oktober 2016 yang lalu. Ia adalah antara drama yang mendapat ranking tertinggi dan menerima sambutan luar biasa peminat drama Melayu.

Tambah menarik, ia turut ditonton oleh orang-orang di Thailand, Singapura, Brunei, dan Indonesia, selain orang Malaysia di luar negara melalui medium internet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=-Rut8VyZ3C4

Jadi berikutan itu, saya menemubual penulis novel Suri Hati Mr Pilot, Dila Dyna untuk menjawab beberapa trivia berkenaan novel dan drama ini.

1. Apakah Suri Hati Mr Pilot ini berdasarkan kisah benar atau rekaan semata-mata?

novel-suri-hati-mr-pilot

Suri Hati Mr.Pilot hanyalah ‘REKAAN’ semata-mata, tak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.

2. Bagaimanakah Dila mendapatkan inspirasi untuk menulis kisah ini?

https://www.instagram.com/p/BLXg7CRDhch/

Inspirasi sebenarnya datang daripada Dila yang suka sangat bila pergi KLIA sebenarnya. Kerana family Dila sangat suka travel.

Setiap kali pergi KLIA, Dila akan sangat excited nak cari dan perhati sendiri pilot-pilot muda atau kebanyakannya adalah ‘First Officer’ kerana sendiri tahu kebiasaannya yang bergelar Kapten tu ramainya yang sudah berusia.

Daripada situ sebenarnya tercetus idea untuk tulis sebuah kisah yang mana heronya adalah seorang juruterbang, walaupun kelihatannya agak tak logik dengan usia watak yang muda, tapi itu yang kita katakan hanya ‘REKAAN’ semata-mata.

3. Bagaimanakah Dila memilih tajuk Suri Hati Mr Pilot?

Sebenarnya tajuk asal cerita ni adalah ‘Bidadari Mr.Pilot’ tapi kebetulan masa tu editor suruh tukar perkataan ‘Bidadari’ tu sebab ada penulis yang dah guna perkataan yang hampir sama dengan perkataan tu.

Jadi lepas berfikir dan berbincang dengan adik dan kakak semua, Dila decide untuk gantikan ‘Bidadari’ tu dengan ‘Suri Hati’. Maka, jadilah tajuk ‘SURI HATI MR.PILOT’.

4. Bagaimanakah Dila memilih nama-nama watak di dalam novel Suri Hati Mr Pilot?

Okay, sebenarnya nama watak Ejaz Fakhri dan Warda Erina tu diberi oleh kakak Dila sendiri, sebab dia sangat pandai menggabungkan nama-nama yang dicari dalam Encik Google, maka terciptalah nama kedua watak tu.

Watak sampingan pula, Dila hanya pilih secara rawak sahaja, mana yang terlintas dalam kepala.

5. Apakah pendapat Dila tentang drama siri yang mengadaptasi novel-novel Dila?

5a. Dia Semanis Honey

Pertama kali Dila dapat WhatsApp daripada rakan novelis Dila, iaitu adik Aisya Azhar (penulis novel Isteri vs Tunang dan Mr. Boss Miss. Stalker) yang novel ‘Dia Semanis Honey’ akan diadaptasi.

Memang gembira yang teramat, tapi pada masa yang sama agak takut. Kemudian, selepas tahu Siti Nordiana dan Aliff Satar yang akan menerajui watak utama dalam drama ni, ada rasa sedikit skeptikal sebab dapat pelakon yang agak ‘RARE’ iaitu Kak Nana dan Aliff.

Terfikir-fikir, boleh ke mereka berdua bawa watak ni? Lagi pula, watak ‘Hani Safira’ sebenarnya adalah gadis muda, tapi diberikan pada Kak Nana (jgn marah na… kak Nana still muda jugak).

Tapi Alhamdulillah sangat-sangat, drama tu MELETOP sampai hampir kesemua kedai buku, novel ‘Dia Semanis Honey’ sold out, sampai terpaksa reprint banyak kali.

Dari segi penceritaan semua Dila berpuas hati sebab kebanyakannya memang mengikut novel, cuma ada beberapa saja perubahan yang dibuat supaya bersesuaian untuk dijadikan drama buat tatapan umum.

Apa-apa pun Kak Nana dan Aliff punya chemistry memang the best!

5b. Suri Hati Mr Pilot

https://www.youtube.com/watch?v=OxKYzARg6hg

Untuk Suri Hati pulak, pertama kali dapat tahu yang Neelofa akan pegang watak sebagai Warda Erina, memang Dila sangat seronok sebab Neelofa sangat cantik dan rasa sangat bertepatan dengan watak Warda yang Dila gambarkan dalam novel.

Untuk Fattah Amin pulak, Dila agak ‘krik krik’ pada mulanya sebab tak berapa minat dengan lakonan dia, sebab Dila sebenarnya teringin sangat kalau Nazim Othman yang memegang watak sebagai Ejaz, tapi doa tak kesampaian. Haha.

Alhamdulillah, drama ni pun sama MELETOP macam ‘Dia Semanis Honey’.

Pada tafsiran awal Dila, ia mungkin sebab ‘spotlight’ drama ini ada pada Neelofa, kerana drama ini adalah comeback dia yang pertama selepas bertahun menyepi dalam bidang lakonan.

Apabila mengikuti drama ini, Dila sangat berpuas hati dengan pembawaan watak yang dibawakan oleh Neelofa dan Fattah, terutama dengan melihat reaksi-reaksi penonton saja, kita sudah boleh tahu yang mereka sudah berjaya membawakan watak-watak utama itu dengan baik.

Dan buat Fattah Amin, tahniah! Anda berjaya buat semua wanita diluar sana tergila-gilakan watak Ejaz Fakhri.

Dila juga berpuas hari sebab jalan cerita mostly mengikut apa yang dah tetulis dalam novel. Cuma ada beberapa watak yang tak dijelaskan pengakhirannya seperti Inara, hilang macam tu saja.

6. Apakah Dila akan membuat sambungan atau prekuel Suri Hati Mr Pilot memandangkan ramai mahu melihat Neelofa dan Fattah Amin bergandingan lagi sebagai Ejaz Fakhri dan Warda Erina?

Ramai jugak yang bertanya soalan yang sama, sama ada Dila akan buat sambungan ataupun tak untuk kisah ‘Suri Hati Mr.Pilot’ ini. Jawapannya, TIDAK.

Dila seorang penulis yang tak suka buat sambungan untuk mana-mana novel Dila. Prinsip Dila, kalau sudah ‘Happy Ending’ maka cukup setakat tu, dan tak perlu dileret-leretkan cerita.

7. Apakah scene yang paling susah untuk Dila tulis dalam novel Suri Hati Mr Pilot?

Scene paling susah semestinya pada bahagian konflik, iaitu semasa bermulanya konflik rumah tangga antara Ejaz dan Warda hinggalah ke pengakhiran cerita, sebab bermula dari bahagian tu, dia lebih bermain dengan emosi dan perasaan.

8. Apakah yang paling susah bagi Dila untuk tulis tentang karaktor lelaki dan perempuan dalam novel Suri Hati Mr Pilot?

https://www.instagram.com/p/BMElDKtDssz/

Semestinya yang paling susah adalah untuk menulis konflik dalaman setiap watak yang ada tu la, sebab itu yang akan membentuk karakter luaran sesebuah watak tu.

9. Adakah Dila melakukan kajian sebelum menulis novel Suri Hati Mr Pilot?

Ya, Dila ada buat sedikit kajian dari segi bidang pekerjaan watak Ejaz sebagai seorang juruterbang, tapi tidak terlalu mendalam.

Dila juga biasanya akan buat kajian tentang sesuatu tempat atau negara yang hendak digunakan sebagai latar dalam cerita ni. Contohnya dalam novel ni adalah seperti Bali dan Jepun.

Berapa lama masa diambil (buat kajian) tu kebiasaannya dua tiga hari saja, dan Dila akan catitkan dalam buku atau kertas.

10. Apakah favourite quote Dila di dalam novel dan drama Suri Hati Mr Pilot?

https://www.instagram.com/p/BMWLO1tlwgM/

“Layak ke dia bergelar bidadari? Bidadari dunia mungkin. Tapi diharap dirinya akan selamanya menjadi bidadari dan suri hati suaminya, bukan setakat di dunia tapi hingga ke syurga sana.” – Warda Erina.

Dila sangat suka dgn monolog dalaman Warda ni, kerana ini menunjukkan bahawa Warda sendiri sedar dia hanya manusia biasa yang tak sempurna, yang takkan terlepas dari buat kesilapan.

Tapi berharap agar si suami akan dapat menerima segala kekurangan dirinya dan menjadikan dia satu-satunya bidadari dalam hatinya.

11. Apakah elemen-elemen yang diketengahkan oleh Dila dalam novel Suri Hati Mr Pilot?

https://www.instagram.com/p/BLFr5ByjebE/

Elemen yang diketengahkan dalam drama ni semestinya tentang cinta, kalau tidak bukan novel cinta namanya.

Elemen seperti permasalahan rumah tangga juga sebenarnya banyak diterapkan dalam novel ni, yang mana sikap percaya mempercayai dan berterus-terang antara suami isteri tu sangat-sangat penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Ego dan ketajaman lidah yang lebih tajam dari sebilah pedang juga boleh menyebabkan keretakan dalam rumah tangga yang mana akhirnya, kemaafan juga yang dapat menjernih dan menyatukan semula semuanya.

Selain tu ada jugak diselitkan tentang unsur-unsur kekeluargaan yang mana air dicincang takkan putus dan juga unsur-unsur persahabatan.

12. Dalam HLive semalam, Johan (Alvin Chong) dan Jannah (Adriana Adnan) ada membincangkan ‘Siapa Antagonist’ dalam drama ini. Pada pendapat Dila, siapakah punca segala-galanya yang berlaku dalam Suri Hati Mr Pilot?

Watak antagonist yang sebenarnya dalam kisah ini ada seorang saja iaitu Inara, tapi dia hanya bertindak sebagai penyucuk sahaja, yang menentukan sama ada percaya atau tak mempercayai itu adalah watak utama itu sendiri iaitu Ejaz dan Warda.

13. Terima kasih Dila kerana sudi meluangkan masa bersama The Vocket. Apa kata akhir Dila sebelum kita tamatkan sesi ini?

Gambar: Instagram @abushaefhamza
Gambar: Instagram @abushaefhamza

Okay, terima kasih banyak-banyak The Vocket sudi terbitkan artikel ini. Disini Dila nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan berjuta-juta terima kasih buat seluruh tim penerbitan Kaki Novel yang sudah membuka peluang agar novel Dila ni diadaptasi menjadi drama.

Terima kasih dan tahniah juga pada tim produksi, Micheal Ang, Hadith Omar, krew-krew dan barisan pelakon semua yang dah berjaya mencipta satu ‘fenomena’ di seluruh Malaysia.

Dan buat semua pembaca dan peminat drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ terima kasih atas sokongan tak berbelah bahagi yang diberikan sepanjang drama ini ditayangkan dari episod pertama hingga ke episod akhir, setinggi-tinggi terima kasih Dila ucapkan.

Love you all to the moon and never come back. Suri Hati Mr.Pilot the best!