Sekurang-kurangnya 1,350 banduan melarikan diri semalam dari tiga penjara di Sao Paulo, Brazil – bandar yang paling ramai penduduk.

Kejadian ini berlaku selepas beberapa siri rusuhan yang berlaku akibat ketidakpuas hati dengan beberapa sekatan lawatan dan keluar akibat wabak coronavirus yang telah menyerang 162 orang di Brazil, lapor pihak berkuasa.

Polis Militer (PM) Sao Paulo dalam satu kenyataan menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 400 orang tahanan telah melarikan diri dari Mongagua. Manakala 926 banduan lagi telah melarikan diri dari penjara di Mirandopolis dan 30 banduan yang lain melarikan dari penjara di Taubate, salah satu wilayah yang dikenali sebagai Vale do Paraiba.

Spain News turut melaporkan bahawa rusuhan telah berlaku di beberapa penjara lain. Namun mereka tidak pasti terdapat kejadian banduan melarikan diri atau tidak.

Sekatan lawatan dan keluar masuk tahanan telah diambil oleh pihak berkuasa bagi membendung penyebaran wabak coronavirus di dalam penjara.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Media Perancis Puji Cara Hidup Islam, Percaya Mampu Cegah COVID-19 Daripada Merebak

Penganut Hindu Di India Minum Air Kencing Lembu, Percaya Mampu Sembuhkan COVID-19

Kes Coronavirus Terlalu Tinggi, Doktor Di Itali Terpaksa Pilih Pesakit Untuk Dirawat

 

Sumber