Menyebut tentang Phuket, pastinya anda sudah membayangkan laut yang membiru serta persekitarannya yang bersih. Pulau yang menyajikan 1001 hiburan khususnya buat golongan muda ini nampaknya turut menjadi tarikan buat mereka yang gemar bergambar.

Begitu juga dengan Hanoi dimana bandar ini sememangnya terkenal dengan sejarah, bangunan ikoniknya serta barangan dan tekstil yang ditawarkan dengan harga yang rendah.

hanoi-1

Berita baik buat warga utara, AirAsia baru sahaja membuka laluan penerbangan Pulau Pinang ke Hanoi dan Phuket yang merupakan laluan antarabangsa kesembilan dan kesepuluh negeri ini. Lebih menarik, penerbangan ke Hanoi bakal berlangsung empat kali seminggu manakala penerbangan ke Phuket bakal diterbangkan setiap hari.

Nak tahu apa yang best di Phuket dan Hanoi? Jom teruskan membaca untuk sama-sama mengetahui keindahan dan keseronokan laluan terbaru AirAsia ini.

Phuket

1. Patong Beach

patong-map.jpg

Sekiranya anda bakal terbang ke Phuket dan sedang buntu mencari destinasi yang menarik, menuju ke Patong Beach pastinya bukan pilihan yang silap. Pantai yang terpopular di Phuket dengan jarak 2.5 kilometer ini berjaya menyajikan apa yang dimahukan para pengunjung.

Penawaran kedai yang pelbagai bagai disertakan dengan restoran antara yang membuatkan orang ramai tidak pernah bosan dengan pantai ini. Boleh dikatakan Patong Beach antara destinasi utama dan wajib sekiranya anda ke Phuket.

2. Island Hopping

[caption id="attachment_145152" align="alignnone" width="1280"] Sumber: wetravelphuket[/caption]

Kata orang, tidak sah sekiranya singgah ke Phuket namun tidak menikmati keindahan pulau yang menjadi tarikan utama di Phuket ini. Mendapatkan pakej island hopping untuk ke tiga-tiga pulau utama merangkumi Phang Nga Bay, Phi Phi Island dan Similan Island antara destinasi wajib yang perlu dilawati.

Dinamakan sebagai 'James Bond Island', Nail Island antara pulau yang akan dibawa sekiranya anda menjalankan aktiviti island hopping.

Buat anda yang cintakan sukan lasak, melihat pemandangan daripada Samet Nangshe Viewpoint antara yang perlu dituju. Selain itu, Karon Viewpoint antara yang menjadi tarikan utama Phuket khusus buat mereka yang ingin melihat pemandangan panorama sekitar Phuket.

3. Phuket Old Town

[caption id="attachment_145156" align="alignnone" width="2000"] Sumber: Phuket Old Town[/caption]

Mungkin ramai yang tidak tahu, Phuket turut mempunyai sisi retronya yang tersendiri. Melangkah ke Phuket Old Town, anda akan merasai sebuah pengalaman yang baru daripada bandar ini.

Penawaran barangan yang mampu milik, hidangan makanan yang pelbagai diselang seli dengan bangunan retro pastinya membuatkan anak muda teruja. Jika anda sedang mencari port 'hipster' untuk mengambil gambar, inilah tempatnya.

4. Phuket FantaSea

phuket-fantasea.jpg

Phuket juga turut menawarkan night life yang menghiburkan khususnya buat anak muda. Antara acara yang ikonik di Phuket sudah pastinya Phuket FantaSea yang membolehkan pengunjung melihat keunikan Thailand dalam satu malam.

Persembahan daripada gajah yang dilatih, tarian serta beberapa acara lain antara yang anda boleh jangkakan daripada Phuket FantaSea. Dalam memberi pengalaman yang penuh buat para pengunjung, anda tidak dibenarkan untuk merakam atau mengambil gambar semasa acara ini berlangsung.

5. Baba Nest

Baba-Nest-Phuket

Buat anda yang mencari tempat premium untuk berhibur bersama rakan atau keluarga anda, Baba Nest adalah jawapannya. Penawaran hidangan minuman yang pelbagai beserta landskapnya yang memukau antara yang membuatkan tempat ini berjaya menjadi tarikan.

Selain itu, Baba Nest turut menjadi tempat untuk orang ramai menikmati terbenamnnya matahari di bumi Phuket. Indah bukan?

Hanoi

6. Ho Chi Minh Mausoleum

Ho_Chi_Minh_Mausoleum_from_the_front

Sekiranya sebelum ini kami membincangkan tentang keindahan Phuket, pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda keindahan di Hanoi pula. Bandar Hanoi sememangnya terkenal dengan rekabentuk bangunannya yang ikonik. Oleh yang demikian, melihat bangunan yang indah dan dikekalkan sebagai 'World Heritage Site' antara yang boleh anda jangkakan.

Bertempat di Ba Dinh Square, Ho Chin Minh Mausoleum berjaya menjadi tempat paling tinggi dilawati pengunjung apabila tiba di Hanoi. Memasuki museum pastinya anda berpeluang melihat pelbagai sejarah dan peninggalan negara ini namun apa yang membuat museum ini sangat unik adalah badan individu berpengaruh yang diawet dikenali sebagai 'Uncle Ho'.

Badannya yang diawet di dalam sebuah bekas kaca antara pengalaman unik yang boleh dilihat apabila melawat museum ini selain daripada kisah disebalik pengawetan yang dibuat. Tidak hairanlah Ho Chin Minh Mausoleum terus kekal menjadi museum paling ramai dikunjungi di Hanoi.

7. Imperial Citidel Of Tang Long

imperial-citadel-front

Berjaya disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage Site 2010, Imperial Citidel of Tang Long atau lebih dikenali dengan nama Hanoi Citidel merupakan destinasi yang boleh anda tuju untuk melihat peninggalan purba serta artifak sejak abad keenam sehingga abad ke-20.

Selain artifak, para pengkaji turut menjumpai beberapa wang perak lama, ceramik dan barangan-barangan lama yang dipercayai daripada hubungan dagang bersama China sejak berabad lalu.

8. Thang Long Water Puppet

Thang-Long-Water-Puppet-Theater-2

Mula diperkenalkan sejak abad kesebelas, Thang Long Water Puppet berjaya menjadi sesuatu yang sentimental buat penduduk Vietnam. Melalui persembahan ini para penonton bakal diceritakan aktiviti serta kegiatan penduduk asli Vietnam suatu ketika dahulu. Persembahan ini juga dianggap sebagai penceritaan orang tua-tua kepada golongan muda tentang aktiviti mereka. 

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian daripada penonton teater Thang Long Water Puppet, kami cadangkan untuk anda dapatkan tiket dengan lebih awal untuk mengelakkan daripada kehabisan. Harga sekitar VND 100,000 (RM17) antara yang boleh anda jangkakan bagi tiket persembahan ini.

9. Hanoi Old Quarter

hanoi-old-quarter.jpg

Sekiranya anda seorang kaki shopping, melawat Hanoi Old Quarter pastinya merupakan destinasi wajib. Dari segi rekaan, bangunan di Hanoi Old Quarter telah turut mendapat sentuhan Perancis hasil penjajahan pada zaman dahulu.

Penawaran kedai yang pelbagai merangkumi tekstil, aksesori, barang kemas dan hidangan makanan yang mampu milik antara yang membuatkan Hanoi Old Quarter tidak pernah lekang dengan pengunjung. Tidak hairanlah, destinasi ini berjaya menerima peningkatan pengunjungan daripada Rakyat Malaysia.

10. Tasik Hoan Kiem

Hoan-Kiem-Lake1

Sekiranya anda mahu mencari ketenangan malam di tempah yang indah di Hanoi, Tasik Hoan Kiem adalah tempatnya. Tasik yang dikatakan pernah menjadi upacara lagenda suatu ketika dahulu kini telah menjadi tempat rekreasi dan tarikan ramai.

11. Gereja St Joseph

29087589_407167616409913_7691202549189181440_n

Bertempat di Jalan Nha Chung, St Joseph's Cathedral atau lebih dikenali orang setempat dengan nama  Nhà Thờ Lớn merupakan gereja katolik tertua di Hanoi. Sekiranya anda sudah berada di Hanoi, anda boleh merancang perjalanan anda ke St Joseph Cathedral serta Tasik Hoan Kiem secara serentak berikutan lokasinya yang berdekatan.

Untuk pengetahuan anda, gereja ini mula disiapkan pada tahun 1886. Apa yang membuatkan gereja ini lebih unik, gereja ini turut diinspirasikan daripada gereja Notre Dame yang bertempat di Paris sebagai simbol penjajahan Perancis suatu ketika dahulu. Difahamkan gereja ini berjaya menjadi tumpuan ramai berikutan seni rekaannya di dalam dan luar gereja.

12. Museum Penjara Hoa Lo

[caption id="attachment_145224" align="alignnone" width="1508"]Hoa-Lo-Prison-Museum Sumber: travelhanoi[/caption]

Menerusi museum yang unik ini, para pengunjung dapat melihat revolusi Vietnam sepanjang berada dibawah penjajah Perancis suatu ketika dahulu. Barang peninggalan melibatkan senjata dan pakaian askar terdahulu antara yang dipaparkan di museum ini. Sekiranya anda seorang yang minat dengan sejarah, Museum Penjara Hoa Lo sememangnya destinasi yang baloi untuk dilawati.

13. Ha Long Bay

GettyImages-537320635_super

Berjaya disenaraikan sebagai tapak UNESCO World Heritage pada tahun 1994, Halong Bay sememangnya tempat yang menarik untuk melihat keindahan alam. Airnya yang hijau disertakan dengan pulau batu kapur antara yang membuatkan Ha Long Bay tampil unik. Sekiranya anda berpendapat tempat ini sangat dekat dengan anda, anda mungkin pernah melihatnya di beberapa filem terkemuka Hollywood.

14. Bukit Fansipan

55b8a4d88b9ff

Buat pencinta aktiviti lasak, mendaki ke Bukit Fansipan antara yang perlu berada di dalam wishlist anda apabila berada di Hanoi. Pendakian selama 2 hari 1 malam ini bakal membawa anda ke puncak tertingggi IndoChina dengan ketinggian 3,143 meter.

Selain itu, terdapat juga altenatif terbaru di Bukit Fansipan dimana anda boleh menaiki kereta kabel selama 15 minit untuk sampai ke puncak Bukit Fansipan. Berdasarkan review daripada orang ramai, adalah satu kerugian sekiranya anda ke Hanoi namun tidak menikmati keindahan alam di Bukit Fansipan.

Kami pasti banyak lagi tempat yang boleh diteroka semasa anda berada di Hanoi dan Phuket. Membuat kajian dengan lebih awal pastinya membolehkan anda menyusun masa dan itinerary anda dengan baik.

A320ceo-Air-Asia-

Buat anda yang ingin travel ke Hanoi dan Phuket, AirAsia mempunyai tawaran menarik untuk anda! Anda berpeluang untuk menempah penerbangan ke Phuket dari Pulau Pinang dengan harga serendah RM79 sahaja manakala ke Hanoi ditawarkan dengan harga serendah RM99.

Anda boleh mendapatkannya bermula 4 April 2018 sehingga 15 April 2018 dimana jadual penerbangan bakal bermula 1 July 2018 sehingga 28 Oktober 2018. Untuk tidak melepaskan promosi terbaru daripada AirAsia, adalah lebih baik untuk memuat turun aplikasi AirAsia yang tersedia buat iOS dan Android.