Menutup tirai 2018, banyak kenangan manis dan pahit berlaku dalam tahun ini. Semoga kita menempuhi segala cabaran yang mendatang dengan tabah. Ekonomi global juga turut menerima impak dari perkara perkara besar yang berlaku.

Walaubagaimanapun, tahukah anda 2019 adalah tahun pilihan untuk syarikat startup di bawah menyenaraikan saham di bursa Amerika Syarikat. Perkara yang perlu dirisaukan ialah kestabilan Dow Jones, keputusan Fed menaikkan kadar bunga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak mengapa, semoga 2019 lebih menarik untuk pasaran US dan spillover untuk ekonomi dunia walaupun sekarang menurut majoriti analyst berpendapat bukanlah masa terbaik melainkan kita rela untuk valuation haircut.

Setakat dalam rekod, ini senarai syarikat yang dalam perbincangan untuk IPO debut bagi tahun 2019. Bagi mereka yang tidak mengetahui, secara mudahnya IPO merupakan Initial Public Offering di mana saham terbitan awal ini membolehkan orang awam membeli saham syarikat di pasaran saham

1. Uber

uber-site
Sumber: Studybreaks

Uber dilaporkan oleh Wall Street Journal telah bersetuju untuk mengumumkan IPO pada tahun 2019 dan meletakkan sasaran penerbitan saham sekitar $120 bilion. Jika kita rujuk kepada data, Uber banyak mendominasi di bahagian Eropah bersaing dengan Lyft.

Menurut laporan dari WSJ, private valuation Uber ialah $72 bilion, yang terbaru mendapat dana dari Toyota sebanyak $500juta. Uber menyasarkan mereka akan debut di pasaran saham pada suku pertama tahun 2019.

2. Lyft

shutterstock_774404170.0 (1)
Sumber: Vox

Pesaing Uber iaitu Lyft dilihat melakukan perkara yang sama iaitu raising fund melalui IPO pada tahun depan. Lyft kini bernilai $15 bilion dan kini berurusan dengan SEC bagi meneruskan hasrat untuk menerbitkan IPO.

3. Airbnb

27496569_original
Sumber: Fortune

Bagi mereka yang suka travel dan menempah hotel menggunakan Airbnb, pastinya seronok mendengar khabar ini. CFO Airbnb mengumumkan terbitan IPO pada tahun hadapan. Private valuation semasa Airbnb bernilai $31 Bilion dan dijangkakan debut di pasaran saham pertengahan 2019.

4. Slack

slackceo
CEO Slack, Stewart Butterfield. Sumber: hrtechchina

Slack sebuah Saas company mengumumkan akan menerbitkan saham IPO pada tahun 2019. Menurut sumber dari Business Insider, Slack dinilai pada tanda harga $7 bilion.

Jika anda bekerja dalam syarikat atau startup sudah pasti ramai yang akan menggunakan Slack sebagai alat komunikasi.

5. Postmates

Sumber: Recode

Postmates sebuah syarikat penhantaran makanan di Amerika Syarikat. Postmates telah menerima funding berjumlah $300million dan kini dinilai $1.2 bilion. Menurut CEO beliau, terbitan saham IPO membolehkan Postmates berada dalam hala tuju yang betul.

6. Palantir

104303936-GettyImages-479828890
Chrysler, CEO Palantir. Sumber: CNBC

Sebuah startup data analytic ditubuhkan oleh Peter Thiel former Co-Founder Paypal, dikatakan ingin menerbitkan saham IPO pada tahun hadapan menurut Wall Street Journal. Palantir dikatakan bernilai setinggi $41 bilion dan memegang data analytical rahsia termasuklah data kerajaan US.

7. Instacart

Sumber: multichannelmerchant

Instacart pula merupakan startup US yang menawarkan servis delivery barangan dapur pada hari yang sama. Pelanggan boleh menempah servis mereka melalui applikasi mudah alih dan pada bulan lepas, Instacart melebarkan sayap ke Toronto dan Vancouver.

8. Cloudflare

5994d64ab0e0b5921a8b5605
CEO Cloudflare, Matthew Prince. Sumber: businessinsider

Cloudflare sebuah syarikat US-based membuat perisian meningkatkan kelajuan website dan keselamatan sudah bersedia untuk disenaraikan dalam pasaran saham. Dilaporkan bahawa terbitan saham IPO akan berlaku sebelum pertengahan 2019 dan bernilai $3.5 bilion.

Startup yang dibina oleh Lee Holloway, Matthew Price dan Michelle Zatlyn ini dilancarkan pada tahun 2010 dan meraih ratusan juta dollar sehingga Series D round. Pelanggan mereka kini secara keseluruhan berjumlah 10 juta domain dan lebih 154 data centers.

9. Didi Chuxing

Sumber: AOL

Didi, sebuah startup e-hailing pencabar global Uber,Grab dan Lyft tetapi dalam pasaran China bercadang untuk menerbitkan saham IPO pada nilai valuation $70-$80 bilion. Tetapi hasrat ini dikatakan tidak terlalu ‘rushing’ memandangkan Didi mendapat funding dari Softbank kemudiannya mengambilalih startup e-hailing brazil.

Pada masa yang sama, Didi dan Softbank menyuntik dana sebanyak $12 bilion di dalam Grab. Sudah pasti ini merupakan idea dan langkah bijak seorang Masayoshi Son. .

10. Robinhood

Sumber: CNBC

Robinhood sebuah aplikasi trading yang membolehkan para pelabur saham dan kriptowang melakukan transaksi tanpa kos pengurusan yang sifar. Startup ini bernilai $5.6 bilion dan dijangkakan bakal menerbitkan saham IPO pada tahun hadapan.

11. Zoom

750x750bb
Sumber: AppAdvice

Zoom, sebuah startup teleconference yang bernilai lebih $1 bilion turut menyatakan hasrat untuk debut dalam pasaran saham. Sebelum ini, Zoom menerima dana $100juta dari Sequoia sebuah firma VC terkemuka di dunia.

12. Rackspace

Sumber: The Business Journals

Rackspace sebuah startup bernilai $4.3 bilion dan apa yang menariknya tentang startup ini, mereka menawarkan perkhidmatan cloud hosting, technical support dan menghubungkan kita dengan kenalan lain dalam ekosistem.

Dikhabarkan Rackspace sudah pun berbincang dengan advisers dan pada masa yang sama, mereka telah acquire Datapipe. Adakah Rackspace akan menjadi saham pilihan orang ramai ketika diterbitkan nanti?

13. Bytedance

Sumber: CNN

Bytedance pula syarikat dari China yang terkenal dengan platform anak muda kini iaitu TikTok. Sumber mengatakan, valuation Bytedance bernilai $45 bilion dan dijangkakan akan berada dalam pasaran saham pada tahun hadapan.

Jangan sangka syarikat apps social sebegini tiada masa depan walhal merekalah yang mengaut keuntungan terlebih dahulu. “If a product are free meaning that you are the product.”

14. Pinterest

code2015_20150527_181352_8426.0
CEO Pinterest, Ben Silbermann. Sumber: Recode

Peminat gambar pastinya kenal applikasi Pinterest yang sememangnya menjadi rujukan buat mereka yang inginkan idea dalam fotografi. Pinterest bernilai $12.35 dan dijangkakan menerbitkan saham IPO pada pertengahan 2019.

Jadi mungkinkah kita akan melihat tema yang mendominasi pasaran tahun depan adalah tech-sector? Adakah anda selaku pemilik startup, merasakan potensi yang sama berlaku pada syarikat anda suatu hari nanti.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.