Siapa sangka iklan berdurasi pendek bagi memperingati orang ramai agar berhati-hati dengan peragut mampu menjadi fenomena dan diingati ramai meskipun sudah 14 tahun berlalu.

Difahamkan iklan ini kembali popular setelah tular di media sosial di mana watak peragut sering kali dijadikan meme dan watak melalui page Facebook yang popular iaitu Si Rashid.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, Wan Maimunah selaku pelakon dalam filem tersebut turut meluahkan hasrat baru-baru ini untuk bertemu dengan ‘peragut rantai leher’ beliau.

Terbaharu, impak fenomena pelakon yang memegang watak peragut dalam iklan ini iaitu Mohd Uzreen Mohd Kassim telah menjadi buah mulut netizen sehingga berjaya ditemu ramah oleh Harian Metro.

Permulaan dipilih sebagai ‘peragut’

Mengulas mengenai pengalaman beliau sekitar 14 tahun lalu, Mohd Uzreen yang kini berusia 39 tahun mengatakan beliau telah ditawarkan oleh rakannya yang pada ketika itu berkhidmat di Filem Negara Malaysia (FNM).

Beliau pada mulanya agak terkejut dengan tawaran yang diterima memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan. Walau bagaimanapun, beliau tetap menerima tawaran tersebut kerana tidak mempunyai sebarang pekerjaan pada ketika itu.

Image_1

Mengulas mengenai pengalaman beliau bersama pelakon hebat iaitu Wan Maimunah, beliau tidak menafikan beliau berasa agak gugup untuk berlakon bersama.

Namun, Wan Maimunah tidak lokek ilmu mengajarkan beliau sedikit sebanyak mengenai teknik lakonan di set penggambaran agar lakonan beliau dapat dijayakan dengan baik sehingga menjadi fenomena.

Beliau juga turut menyatakan terbaca kenyataan Wan Maimunah baru-baru ini yang meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan beliau. Anak angkat Wan Maimunah juga turut menghubungi beliau untuk bertemu namun masih belum dapat berjumpa sehingga kini berikutan Wan Maimunah mempunyai masalah kesihatan.

Sudah bergelar bapa

Mengulas mengenai kehidupan kini, Mohd Uzreen kini sudah bergelar bapa kepada seorang anak dan berkhidmat sebagai pemandu lori. Beliau juga tidak lagi menerima sebarang tawaran lakonan selepas iklan tersebut menjadikan iklan yang tular itu satu-satunya iklan lakonannya.

Berhubung wajahnya yang dijadikan karikatur di laman jenaka di laman Facebook, Mohd Uzreen mengakui marah pada mulanya dengan tindakan individu yang melakukannya. Namun kini beliau lebih bersifat terbuka dan menganggap ia sebagai hiburan saja untuk pengikut laman itu.

Sebelum ini Wan Maimunah pernah meluahkan hasrat untuk bertemu dengan ‘peragut’ ini selepas hampir dua dekad. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Wan Maimunah Cari Kembali Lelaki Yang Pernah ‘Meragutnya’ 20 Tahun Lalu

‘Ikut Dari Lampu Isyarat Lagi’- Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Cermin Kereta Dipecahkan Peragut

Sumber