Siapa sangka melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsah (PhD) Kejuteraan di Massey University New Zealand pada tahun 2005 telah menjadi asbab pasangan ini menetap dan bekerja sekaligus menubuhkan Akademi Quran New Zealand.

Segalanya bermula apabila pasangan ini mengadakan kelas pengajian al-Quran yang diadakan di rumah buat empat anaknya dan dua anak rakan di Malaysia. Tujuannya cuma satu iaitu mahu menabur kecintaan terhadap al-Quran kepada anak-anak serta merperkukuhkan jati diri seorang Islam sebagai panduan hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Usaha murni pasangan Dr Suhaimi Abd Latif dan Dr Noraesieh Md Amin telah disambut baik dimana terdapat sebuah keluarga besar Melayu dari Cape Town, Afrika Selatan berminat untuk medaftarkan diri dalam akademi ini.

Massey-University-1
Sumber: manawatunz

Bermula di rumah, pasangan ini telah meluaskan dakwah pengajian al-Quran ke surau Massey University New Zealand bagi menerima lebih ramai pelajar. Seterusnya, mereka telah meluaskan akademi mereka dengan menubuhkan dua lagi akademi di negara tersebut.

Berdasarkan perkongsian di Harian Metro, jumlah pelajar Akademi Quran New Zealand kini berjumlah 30 orang dimana para pelajar terdiri daripada mereka yang berusia empat tahun sehingga 60 tahun daripada pelbagai negara. Selain itu, akademi ini juga mengumpul sebanyak tujuh sukarelawan dimana dua daripada adalah penuntut dari Malaysia yang menjadi tenaga pengajar di akademi tersebut.

Untuk pengetahuan, akademi pembelajaran al-Quran ini mulai ditubuhkan isterinya, Dr Norasieh Md Amin pada 2016 setelah melihat sambutan penduduk Muslim sekitar New Zealand.

Lebih membanggakan, selain menggalas tanggungjawab sebagai pendakwah, si suami ini juga turut bertugas sebagai pensyarah kanan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Otago Polytechnic, Dunedin, New Zealand.

GettyImages-567311385-596b70805f9b582c357549c0
Sumber: instituteoflinguists

Dalam usaha untuk mempunyai imam dan ulama daripada penduduk tempatan New Zealand, pasangan ini telah berusaha untuk bekerjasama bersama Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bagi menghantar penuntut dari New Zealand bagi melanjutkan pelajaran di UIAM.

Berkongsi mengenai Hari Kemerdekaan Malaysia, Suhaimi selaku ketua keluarga berkata beliau tetap menitikberatkan soal nilai patriotik dalam jiwa anak-anaknya. Bahasa Melayu masih lagi menjadi bahasa utama di rumah dalam memastikan identiti anak-anaknya terpelihara.

Tahniah diucapkan buat pasangan Dr Suhaimi Abd Latif dan Dr Noraesieh Md Amin diatas usaha mengharumkan nama Malaysia di dunia luar. Diharap usaha murni dalam meluaskan Akademi Quran New Zealand akan terus menerima sambutan yang memberangsangkan.

Kami kongsikan sebuah lagi kisah anak Malaysia yang berjaya mencipta nama di luar negara. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Lelaki Malaysia Ini Berjaya Mengolah Sistem Penyejukan Model ‘Supercar’ Dari Itali

Sumber