Pejam celik tidak sampai dua minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai 2021. Bagi mereka yang berkemampuan pasti tidak mahu terlepas peluang untuk buat ibadah korban setiap tahun.

Dalam Islam, ibadah korban merupakan sunnah muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut dalam islam tetapi tidak diwajibkan. Ibadah korban merupakan salah satu cara umat Islam berkongsi rezeki dengan saudara seagama dan pada masa yang sama mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Umum tahu ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10,11,12, dan 13 Zulhijjah. Ketika kita yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ibadah korban menerusi EZ Qurban adalah cara terbaik untuk tahun ini. Semuanya diuruskan dengan tertib oleh pihak EZ Qurban untuk anda.

Pengalaman 14 Tahun EZ Qurban dalam pengendalian ibadah korban

Sejak beroperasi pada tahun 2007, EZ Qurban telah mengendalikan ribuan ekor haiwan korban di dalam dan luar negara. Ketika ini, selain dalam negara EZ Qurban turut melaksanakan ibadah korban di 35 negara luar yang lain antaranya Kenya, Chad, Uganda, Tanzania, Burundi, Palestin, India, Bangladesh, Kemboja, Indonesia dan 25 negara yang lain.

Pihak EZ Qurban menjamin bahawa korban yang anda laksanakan akan diagihkan sebaiknya. Pelaksanaan dan agihan diutamakan kepada saudara Islam yang amat memerlukan seperti di kem-kem pelarian (untuk korban luar negara) dan Kawasan pedalaman.

EZ Qurban juga melantik AWARIS Berhad selaku Pemegang amanah yang tertakluk di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 yang akan mengawasi semua transaksi kewangan EZ Qurban termasuk urusniaga dengan pembekal di seluruh dunia.

Pihak EZ Qurban turut menyediakan sijil Pengesahan Pelaksanaan ibadah korban buat setiap peserta sebagai bukti ibadah korban telah dilaksanakan tahun ini.

EZ Qurban juga turut menerima pengiktirafan berikut berkat servis baik tanpa henti mereka selama ini:

1, THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BEST BRANDS bagi kategori ‘Korban and aqiqah Services’ bagi tahun 2021
2. ISO 9001:2015 (SISTEM PENGURUSAN KUALITI) Penyediaan Pengurusan Jenama EZ Qurban dan Pengurusan Aqiqah & Qurban
3.ANUGERAH KECEMERLANGAN ISLAM 2020 Anjuran MAJLIS DAKWAH NEGARA: Jabir Ibn Hayyan ‘People’s Choice Awards’

Penyertaan Korban masih dibuka sehingga 21 Julai 2021

EZZ

Salah satu kelebihan melaksanakan ibadah korban dengan EZ Qurban ialah anda mempunyai pilihan untuk laksanakan ibadah korban di dalam atau luar negara dan mengikut kemampuan anda.

Namun penyertaan korban dalam negara telah pun ditutup pada 12 Julai 2021 yang lalu. Buat anda yang tidak sempat tidak perlu risau kerana penyertaan ibadah korban luar negara masih dibuka sehingga 21 Julai 2021 pada bayaran RM320 untuk satu bahagian.

Harga Korban di luar negara: RM320/bahagian
EZ Korban 1

Klik sini untuk pendaftaran melaksanakan ibadah korban tahun ini atau anda boleh hubungi talian hotline, 03-61861911.

Mahu maklumat lebih lanjut mengenai servis yang EZ Qurban sediakan? Anda boleh klik di sini. Semoga ibadah korban kita dipermudahkan untuk tahun ini. Jazāk Allāhu Khayran.

Ini pula penjelasan untuk perbebatan korban dalam negara atau luar negara, yang mana satu patut anda pilih? Baca pada pautan di bawah.

Ibadah Korban Di Dalam Atau Luar Negara, Yang Mana Patut Anda Pilih?

Ada Apa Dengan Daging Korban