Bagi kaki hiking dan mereka yang gemarkan suasana damai, Taman Negara Mulu yang terletak di Sarawak merupakan antara destinasi yang wajib dikunjungi.

Taman Negara yang memiliki bentuk geografi unik ini menyediakan berbagai tarikan menarik antaranya gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih dan hutan dara tropika.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai orang Sarawak saya berbangga kerana negeri saya memiliki taman negara yang menarik seperti ini. Jadi di sini saya mahu kongsikan tips yang boleh dijadikan panduan buat mereka yang mahu ke Taman Negara Mulu ini.

Mulu National Park 1

1. Pencarian tiket

Perkara pertama yang paling penting bagi seorang backpackers adalah meminimumkan perbelajaan dan memaksimumkan keseronokan semasa mengembara.

Selalulah memeriksa tiket penerbangan MASWINGS sama ada daripada Miri-Mulu ataupun Kuching-Mulu. Harga normal tiket pergi-balik selalunya di dalam lebih kurang RM600.

Tetapi jika anda bertuah, anda akan dapat di dalam RM150+ untuk pergi balik. Harga inilah yang saya dapat semasa trip Mulu lepas. Jika anda dari Semenanjung, tiket dari Kuala Lumpur ke Miri ataupun Kuching juga di ambil kira.

2. Hubungi HQ Mulu dahulu

Sila hubungi HQ dengan menggunakan email [email protected].

Mengikut pengalaman saya, mereka membalas email dengan cepat. Paling lambat pun dalam sehari. Jika anda sudah ada tarikh untuk tiket murah ke Mulu, dinasihatkan, jangan membeli tiket tersebut terlebih dahulu.

Sila hubungi mereka untuk tempah bilik dan tour terlebih dahulu. Setelah confirm, then you book your flight.

Baca: Tip Percutian Ke Pulau Mabul, Sabah Secara Bajet. Awesome!

Mulu National Park 3
Kaunter tiket shuttle bus.

3. Lapangan Terbang HQ Park

Jika anda sampai di lapangan terbang, sila keluar, dan anda akan ternampak sebuah kedai kecil sebelah kanan anda. Disitulah kedai tiket shuttle bas.

Dari Airport ke H cuma RM5 untuk perjalanan dalam 5 minit menggunakan kereta pick-up. Tidak digalakkan untuk berjalanan kaki sebab agak jauh jugak.

Perjalanan agak singkat disebabkan tiada kenderaan sepanjang perjalanan. Jika hendak ke airport pulak, cuma keluar dari HQ akan ada kedai disepanjang jalan ini. Panggil je orang rumah tu, harga pun sama RM5.

4. Tempat Tinggal

Saya nasihatkan anda tinggal di dalam HQ Park itu sendiri. Sebabnya adalah disitu terdapat cafe berserta dengan WIFI service.

Paling murah adalah bilik dorm, dengan harga RM43 ringgit semalam. Biliknya sangat besar dan selesa.

Jika anda kurang bernasib baik di mana kemudahan tempat tinggal sudah penuh ditempah (WALK-IN memang tidak dinasihatkan), anda boleh tinggal di bilik dorm di luar HQ Park.

Di luar HQ, bilik dorm boleh didapati dalam harga RM35 semalam. Tempat tinggal kebanyakkan beserta Café, tetapi, Café dikhuatiri tidak halal kerana kebanyakan tuan rumah adalah bukan Islam.

Lagipun dorm di luar HQ ini selalunya kosong, anda mungkin berasa agak bosan jika anda mengembara seorang dan tidak ada WIFI.

Mulu National Park 4
Bilik dorm di HQ

5. Tour

Seperti dikatakan, sila tempah terlebih dahulu sebelum menempah tiket penerbangan. Ini disebabkan kebanyakan tour adalah limited. Cuma 6-10 orang sahaja untuk sesebuah tour.

Cuba periksa terlebih dahulu sama ada tour pilihan anda ditawarkan pada hari anda melawat Mulu ataupun tidak. Ini kerana, ada beberapa tour hanya ditawarkan untuk beberapa kali sahaja di dalam bulan tersebut.

Boleh dikatakan harga untuk tour disini agak mahal. Untuk tour pinnacle RM350 3 hari 2 malam, Mulu Summit RM475 4 hari 3 mlm.

Jika anda datang bukan untuk pinnacle tour, saya cadangkan untuk mengambil tour Clearwater & Wind Cave(RM 55, ada 2 sesi setiap hari), tour Eden Valley (RM130), tour Night Walk (RM15 daily utk 2 jam, ada 2 sesi), tour Mulu Canopy SkyWalk (RM40 sehari, ada 5 sesi).

Mulu National Park 5
Clearwater & Wind Cave tour termasuk bot panjang RM55 sehari

6. Tahap Kecergasan

Mengikut pengalaman saya, sebelum ke sini sila bersedia tahap kecergasan yang tinggi. Ini kerana untuk tour yang senang seperti Clearwater & Wind Cave memerlukan anda naik anak tangga yang agak tinggi dan condong.

Orang yang berumur memang tidak digalakkkan. Saya pun termengah-mengah untuk naik ke gua ini. Eden Valley tour juga sangat mencabar.

Daripada naik anak tangga ke dalam Gua Rusa, memanjat, masuk ke dalam lubang gua yang sempit, mengharungi sungai di dalam gua sampai ke paras dagu, merintangi batu-batu yang licin, mendaki anak gunung yang penuh dengan pacat.

Fuh. Memang mencabar.

Mulu National Park 6
Anak tangga ke Clearwater Cave. Tinggi dan licin

7. Cuaca

Jika boleh, risiklah sama ada tarikh yang anda rancang nak pergi tu musim hujan ke tidak. Selalunya di Sarawak ada bulan-bulan yang tertentu, hujan boleh dikatakan turun setiap hari.

Jika hujan, kemungkinan penerbangan anda mengalami kelewatan disebabkan pergi ke MULU menggunakan pesawat ATR. Dan tambahan jugak, jikalau hujan semua tour yang dirancangan akan dibatalkan dan diganti pada hari lain.

8. Kasut

Penggunaan kasut yang sesuai adalah sangat penting di sini. Daripada berjalan dari HQ ke gua merentasi jambatan kayu yang sangat licin, naik anak tangga di dalam gua juga licin, memanjat batu-batuan yang besar, mengharungi anak sungai, berjalan ke kawasan yang sangat becak penuh dengan lintah.

Penggunakan kasut adalah syarat utama jika anda hendak menyertai tour. Penggunaan selipar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

9. Sediakan duit yang cukup

Disebabkan di sini tiada kemudahan ATM, sila bawa secukupnya duit anda untuk membayar tempat tinggal, tour, dan makanan. Makanan disini harganya seperti di makan di hotel.

Air mineral adalah sangat mahal, untuk 1.5L RM 6. Wifi berhaga RM5 untuk sehari, password ditukar setiap jam 8 pagi.

Baca: Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah Ditukar Menjadi Sebuah Hotel. Sangat Awesome!

Mulu National Park 7
Pakailah kasut yang sesuai untuk aktiviti memanjat gua. Ini sewaktu di dalam Deer Cave sewaktu Eden Valley tour.

10. Makan

Jangan terkejut kebanyakan mereka yang bekerja di kawasan Mulu ini adalah daripada kaum Iban, Bidayuh, Kenyah dan Penan yang beragama Kristian.

Makan di Café boleh saya katakan dijamin halal sebab ada jugak nampak kakak yang bertudung. Makan di Café HQ disediakan percuma untuk sarapan pagi.

Untuk sarapan pagi anda boleh memilih sama ada nak makan makanan barat ataupun makanan Malaysia sendiri. Jika anda pilih sarapan Malaysia, menu adalah nasi lemak.

Jika anda beli sendiri, ia berharga RM12. Burger disini berharga RM11. Semua makanan di Café ini sangat enak. Sebab itulah saya recommend anda untuk tinggal di sekitar HQ.

Mulu National Park 8
Air Terjun Eden Valley

11. Alatan yang wajib dibawa

Alatan yang harus dibawa oleh anda adalah sama seperti jika anda hendak pergi camping di hutan.

Saya cadangkan untuk membawa lampu kepala sendiri sebab lampu yang diorang sediakan itu mempunyai bau yang kurang enak sebab ramai yang pakai dan anda boleh juga guna lampu itu untuk berjalan dari dorm anda ke Café sebab jalan yang gelap diwaktu malam.

Juga boleh bawah sedikit alatan first aid. Mana lah tahu jika anda cedera ketika tour ada ubat untuk di sapu. Tetapi semua tour guide ada bawa first aid jugak. Bawalah ubat sapu untuk gigitan nyamuk.

Bawaklah spray untuk menghalang anda digigit oleh binatang yang tidak sepatutnya termasuklah pacat. Jika ada leech sock, memang bagus.

Bawa juga kamera kalis air dan bag kalis air jika hujan turun semasa tour ataupun anda kena mengaharungi anak sungai. Jangan lupa untuk bawak baju hujan.

12. Peramah

Just be friendly dengan roommate satu dorm, dengan rakan-rakan di dalam tour anda. Sebelum tour bermula, anda dikehendaki untuk memperkenalkan diri sendiri terlebih dahulu untuk sesi suai kenal.

Kebanyakkannya jugak pengembara solo, so bolehlah bertukar-tukar pengalaman. Sewaktu saya di Mulu, kebanyakkan pengembara barat terkejut apabila saya memeritahu saya adalah seorang local dan berasal dari Kuching.

Saya jugak telah berkawan dengan beberapa traveler yang lain termasuk seorang tour guide bebas yang sama bilik dorm dengan saya. Cuma perlu ringankan mulut, InsyaAllah the wonders will come after that.

Mulu National Park 9
Rare phenomenon. Bat Exodus.

13. Nikmati saat terindah

Jangan risaukan anda tidak dapat talian telefon. Mungkin anda juga akan alami WIFI yang sangat lembab sebab mereka menggunakan talian satelit dan menyebabkan anda tidak dapat mengemaskinikan platform media sosial anda.

Just enjoy every moment of it. Even you having a tough day and journey. Itulah pengalaman yang berharga. Sebab anda ke MULU pun sebab you guys wanna enjoy the adventure kan. Enjoy the wonder of Bat Exodus!, sangat rare ok!

14. Berhati-hati

Apa-apa pun yang anda buat sepanjang tour ataupun sepanjang anda berada di MULU. Silalah berhati-hati. Kita datang dalam keadaan sempurna, diharapkan balik jugak kita masih di dalam keadaan yang sama. InsyaAllah.

Baca lagi: Mi Kolok Restoran Dapur Sarawak, Jalan Sarikei Menu Yang Mengasyikkan!