Platform Shopee sering kali menjadi pilihan ramai untuk melakukan bisnes dalam talian. Mudah dan pantas adalah sebab mengapa pengguna selesa menggunakannya.

Shopee menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa platform e-dagang mereka telah memacu ekonomi dengan menyepadukan dan meningkatkan kemahiran lebih daripada 251,000 penjual tempatan yang mula menjual pada tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Back End News

Dalam pada masa yang sama, penjual kali pertama menjual di platform tersebut didapati telah mengambil kesempatan daripada ekosistem dengan mencapai pasaran baharu dalam talian.

Antara pencapaian terbaharu adalah lebih daripada 140 penjual baharu telah merekodkan jualan lebih RM500,000 pada tahun 2021 yang lalu.

Malah para penjual baharu Shopee itu berjaya mengatasi prestasi rakan peniaga yang lain dengan mencapai rating kedai melebihi 4.8 daripada 5 dan 97% kadar pemenuhan tepat masa serta kadar respon sembang dengan pelanggan yang pantas sebanyak 116 minit.

Sumber